Monday, October 31, 2011

Tolong ajar aku cemana nak buat Facebook.




Ada sorang lelaki ni. Dia nak blajar guna facebook. Dia SMS kawan dia untuk ajar macam mana cara nak buat facebook :

Lelaki : weh! Tolong ajar aku buat facebook bole tak?

Kawan : bole. Ko dah ada depan computer?

Lelaki : dah. Aku dah ada email pun

Kawan : cantekk! Ok, skrg ko bukak browser firefox atau internet explorer

... Lelaki : browser tu ape?

Kawan : laa. Ko click menu start, pastu cari tulisan internet explorer

Lelaki : pastu?

Kawan : kat kotak paling atas, ko type ‘www.facebook.com’ pastu enter

Lelaki : oke! Pastu weh?

Kawan : kalo da kuar gambar, ko isi form pendaftaran sesuai yg ada

Lelaki : isi yg mana weh? Takde pape pun kat page ni

Kawan : takkan la takde pape? Kat page tu tulis apa?

Lelaki : paling atas cuma ada tulisan ‘the page cannot be displayed’

Kawan : oh! Ko salah tulis dari awal tu

Lelaki : betul la aku type, www.facebook.com

Kawan : hm, mungkin connection internet ko mati

Lelaki : eh? Kene ada internet ye? Rumah aku takde internet

Kawan : cis. Senget! Jari aku sampai lebam kasik tau ko. Rupenye rumah ko takde internet

Lelaki : hehe. Takpe la. Nanti kalau aku pergi cyber cafe aku sms ko lagi ye. Thanx ye

Kawan : sokey bro, email ko ape weh?

Lelaki : www.taikocai@yahoo.com

Ada kawan aku buatkan. Aku belum pernah bukak lagi

Kawan : laa.. Mana ade email pakai ‘www’ kat depan. Alahaiii..

Lelaki : www tu ape weh?

Kawan : Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…






Sunday, October 30, 2011

Rumah Terbuka Deepavali.

Salam.

Semalam hari sabtu aku attend majlis rumah terbuka Deepavali. Nama dia Nivashine. She is my good friend since darjah 1 and we still keep in touch until high school and now. Semalam kami gather ramai-ramai kat rumah dia. And sangat meriahuolls.

Nothing much to say. Semalam makan nasi beriyani kot. Sedap gilaa. Pastu ada small birthday party, sebab dua minggu lepas birthday Niva. :)













Rindu jumpa korang semua. Well semua study jauh-jauh kan. hihi. And yeah cuti sem nanti harap boleh gather lagi sekali. And sangat lah awesome bila kami mengekalkan konsep 1Malaysia dalam diri. lol. No racist ;))

P/s: Esok saya dah start final exam. Doakan kejayaan saya k. Terima kasih :)


Saturday, October 29, 2011

Mak Aih! Contest Blog Eazy Izzuddin?!

Mak Aih ! Contest Blog Eazy Izzuddin ?!

Salam. 

Kita nak join contest ni. Contest bloger retis. Contest kali ni datang daripada blog Eazy Izzuddin. Eazy ni suka warna kuning tau kawan-kawan. Tak tahu lah kenapa warna kegemaran Jaafar Onn dia minat. Bunga-bunga matahari gitu. hihi. Jangan marah eh Eazy, gurau je. Jarang orang suka warna kuning ni tau. Ermm jap nak teka. Aku rasa Eazy suka warna kuning sebab dia datang dari Negeri Perak. Bendera Perak ada warna kuning. Kalau tengok banner contest ni ada lah unusr-unsur freemason sikit. #eh hahaha. Tak lah. Unsur-unsur warna bendera Negeri Perak, iaitu Kuning Hitam dan Putih.

Aku kenal Eazy Izzuddin ni dekat dalam laman sosial yang penuh dengan freemason dan iluminiti, iaitu Twitter (@EazyIzzuddin). Eazy juga merupakan peminat tegar Nazim Nasri (@NazimNasri) si retis tu. *kening-kening*. Kali pertama aku berjumpa dengan Eazy Izzuddin ni dekat #OctTwtFest di Digi HQ Shah Alam. Lepak makan malam bersama blogger-blogger femes adalah sangat awesome.Terima kasih Twitter sebab menemukan kami. lol. ( gambar Eazy tak upload lagi, so takde bukti -..- )

Kalau kawan-kawan nak tahu. Kita orang berdua ni satu kampung tau. Bukan setakat satu kampung je. Malahan satu kawasan perumahan di kampung. Hebat tak? Hebat tak? Kau adaaa? Tak ada kan? hihihi. Aku dapat tahu ni pun sebab tengok number plat motor dia start daripada huruf A. Kalau kawan-kawan nak tahu kalau no. plat start daripada huruf A, negeri dia adalah Perak. So kami bersembang lah pasal kampung masing-masing. Kalau nak bercerita pasal kereta SUZUKI Swift warna kuning dalam header tu, aku belum berkesempatan nak tengok dan sentuh kereta tu malahan tak tahu no. plat dia apa. haha So takde cerita pasal kereta kuning tu. Ah sudahh. Tiba-tiba teringat Volkswagen Kuning kat Jalan Karak. jenglot betul -..-

Driving Back Home
Abang Eazy. Timing camera ni berapa saat eh? Penat tak pose semsorang? :p


Nazim Nasri dan Eazy Izzuddin
Aku gunakan gambar ni sebagai edisi membodek penganjur blog. 
Cemburu? #eh :p


Korang kenal tak Nisa Kay? Nisa Kay ni lagi lah famous amos. Nisa dengan Eazy ni adalah student Unisel. Haa percuma je aku promote blog Nisa ni. Mintak payment please.  hihi. Kalau tak silap Eazy dengan Nisa ni baru lepas graduate dua-tiga minggu lepas. Eazy ambil  Bachelor Of Finance (hons) dan Nisa ambil course Mass Communication.

Bagi pendapat aku, Eazy Izzuddin ni adalah seorang yang easy going ataupun easy come easy go (okay tipu je). Pada masa singkat, bagi pendapat aku tentang Eazy ni adalah dia sangat baik sebab belanja aku sizzling mee haritu.hihi. Dia juga yang seorang soft spoken and tak mudah marah. Paling penting dia ni tepati masa. Itu sangat best pasal Eazy ni. 

Lagi satu Eazy ni seorang photographer. Kalau kawan-kawan nak tahu, Eazy Izzuddin beli camera DSLR tu menggunakan duit dia sendiri sepanjang dia belajar di Unisel. Katanya, dia beli camera DSLR tu adalah hasil simpanan duit tabung yang ayah dia bagi kat dia sepanjang 6 semester dia belajar. 

Mak aihh. Kemain panjang berjela entry aku kali ni. Contest je padahal. Nak membodek bukan main panjang lebar. haha. Okay kawan-kawan, kalau nak tahu tubuh badan aku pernah masuk dalam screen DSLR Eazy Izzuddin tau. hihi Macam lucah je bunyi dia. Nak tengok? Nah tatap pepuas. kalau nak bvaca entry yang dia tulis untuk aku boleh baca di sini.

Nazim2 Nazim1

Smile Nazim3

Nazim4 Black & White

Shhhsshh Nazim5

Gambar-gambar kat atas ni waktu aku lepak kat Mid Valley dengan Eazy haritu. So alang-alang tu, aku "say cheese" ah kat camera dia kan. hihi. Oh yea. Kalau nak tahu, baju warna biru ni lah aku guna untuk shooting video clip Siti Nurhaliza: Falling In Love. haha. Malu siaa -..-


Okay aku dah tak tahu nak berleter apa lagi. Almost 2 jam aku spend time untuk contest Eazy Izzuddin ni sebab nak menang ipod punya pasal. huhuhu. Okay, last but no least. Ni video unedited. Harap-harap menang sebab aku dah delay 2 jam masa study. Isnin ni dah ah final exam. Nazim Nazim =.="


Kualiti video adalah sangat menyedihkan. Pakai webcam, falling in love sebagai lagu latar menggunakan youtube dan cahaya menggunakan spot light camera blackberry -.-

Entry ni terlalu panjang. So nak promote entry ni macam payah sikit sebab terlalu panjang sangat nanti, takut ada yg keliru. So siapa-siapa yang nak join tu boleh click kat sini. Hadiah dia sangat awesome. Kalau tak, aku takde lah gigih sangat nak join kan. ;)

hadiah2

Hadiah Utama
1x  iPOd Shuffle  

Hadiah Tempat Pertama
2x LOVELY SLEEVELESS DRESS & 3 SHAWL & T-shirt for men + topup

 Hadiah Tempat Kedua
1x LOVELY SLEEVELESS DRESS & 2 SHAWLS / T-shirt for men + topup

 Hadiah Tempat Ketiga
 3x SHAWLS/ T-shirt for men + topup

 10x Hadiah Saguhati



P/s: Aku join contest ni sebab nak menang iPod tu laaa. Battery blackberry selalu drain sebab dengar lagu je so nnt kalau dah ada iPod, bb ni akan di anak tirikan lah. Aishh. lagi satu susah nak trasfer lagu. Biasalah BB kan. banyak nau masalahnya. hihi. Harap-harap menang. Penat bersengkang mata. Makesure iPod tu berskala besar sebanyak 16GB boleh la nanti letak 16 tahun punya album Siti Nurhaliza. kbye :p

Surat Adik untuk Abang.





Mengisahkan kisah seorang adik yg selalu tulis surat kat abang dia..Dan dia xtau pon abg dia balas surat tu….hmmm..;(

Aku ada abg..Dah lama berpisah..Tapi aku selalu utus surat kat die yg kat kampong..Satu pon x berbalas..

2 Tahun lepas..Aku menikah tanpa izin abang..Sebab puas aku cari tapi x jumpa dia..Sepanj…ang perkahwinan aku..Aku x tenang..

Cuti sekolah yang lepas..Aku ajak suami aku balik kampong..Aku nak bersihkan rumah pusaka makl dan ayah.. Semasa membersih rumah using tu..Aku tersapu surat yang aku kirimkanpada abangku 2 tahun yang lalu..Sebelum aku menikah…suratnya macam ni..

“Khas buat abangku,

Abg, ko ingat lagi x..

Mak ngan ayah meninggal mase aku Darjah 5..ko plak Tingkatan 5.., Masa tu diorang eksiden sebab nak beli kek befday aku sebab aku baling semua perhiasan kat umah kite, sampai mak terpaksa pegi beli ngan ayah..Tapi aku hairan mase tu, ada satu bekas kaca yg aku pecahkan..tbe2 banyak air keluar..Tapi ko cepat2 lap lantai umah kite..Tapi aku x amik kisah pon sal hal tu..

Sebelum pegi, diorang cium kita berdua. Diorang cakap

“ Abg, ko jaga adik. Jangan bagi nangis. Kalo mak dah xde, ko jangan tinggal die. Ingat sket mak ngan ayah ko ni..Jangan sesekali biar die sorang-sorang “

Ko ingat x..

Sebelum diorang pegi beli kek, ko balik dari sekolah, ko belikan aku pengikat rambut warna biru, sebab ko ske warna biru kan..Tapi aku campak kat longkang belakang umah kite, Sebab aku suke warna pink. Lepas kejadian tu..ko x penah ucap bufday kat aku lagi..Sampai sekarang..

Abg, ko ingat x..

Kita hidup 2 orang je lepas tu, ko x sekolah lagi..Ko pegi mana pon aku xtau..Tapi malam malam baru ko balik dan xpernah cakap ngan aku, Ingat tak, aku masak untuk ko, Tapi ko xmakan pon..Last2 pagi esok aku nampak ayam2 yg makan.Ko x penah ucap terima kasih kat aku.

Abg, ko ingat x..

Pernah sekali aku mintak duit nak pegi sekolah, Tapi time tu ko tengah tido..Aku amik Dua riggit dalam poket jeans ko..Masa balik sekolah, ko lempang aku sampai mulut aku darah. Tapi ko x pujuk aku balik pon..Tapi keesokannya,nasib baik luka tu dah elok..

Abg, ko ingat x..

Semasa umur aku 18 tahun..ko hantar aku kat Kuala Lumpur, umah Pak Long..ko cakap ko ada hal..Tapi sampai sekarang ko x datang amik aku..Berpuluh surat aku titipkan bersama airmata aku pada kau..Kenapa tiada sebarang balasan..Kenapa abg??

Sekarang umur aku dah mencecah 26 tahun, dan umur ko dah pon 32 tahun, aku sudah pon disunting orang..Ketika hajat untuk menikah aku sampaikan surat lagi pada engkau..Kenapa kau diam je? Kenapa ko x cakap apa2? Aku perlu izinmu sebagai wali aku..

Abg,

Jika kau dapat surat ni..Katakanlah pada aku..Ada apa sebenarnya yg sedang berlaku..

Salam sayang,

Adik.”

Aku mula terasa yg teringin nak selongkar rumah pusaka ni…Yelah.. Nak balik jarang sangat..

Masa aku buka balik almari aku yang buruk yang dah kena makan anai2..Tibe ada satu kotak besar jatuh and banyak kotak2 kecik serta sampul2 surat..

Dan tiba2 aku terpandang satu surat yang cantik sangat…dan aku buka…

“Assalamualaikum..

Kehadapan adikku yang jauh di mata ..

Maafkan abg kerana tidak membalas satu pon surat yang engkau kirimkan..Kerana aku tidak berdaya sayang..

Aku masih ingat detik kemalangan mak dan ayah kita..Iye, kau pecahkan perhiasan rumah..Tahukah kau salah satu perhiasan di situ adalah hadiah untukmu?? Mesti kau tidak perasan..Yang pecah itu adalah sebuah balang ikan emas yg telah aku, ayah dan mak belikan untuk kau..Tahukah kau ayah masih berhutang dengan apek yg jual ikan tu di pekan..

Adikku sayang..

Aku tau kau tak suka warna biru..Tapi aku beli pengikat rambut itu untuk kau..Supaya kau akan ingatkan aku sentiasa bila kau pakai pengikat rambut itu..Walaupon kau dah campakkan pengikat rambaut tu..Aku dah ambil balik, dan basuh..dan telah aku letakkan dalam sebuah kotak kecil di rumah kita..Nanti kau ambil ya..

Adikku sayang..

Jangan lah kau bersedih kerana aku sudah tidak ucapkan lagi tanggal hari jadi mu..Kau pon sudah lupa ya..Pada tarikh itulah kedua orang tua kita meninggal..Aku tak sanggup melihat tangisan engkau bila aku ucapkannya..Aku harap kau mengerti..

Adikku sayang..

Tahukah kau kenapa aku hanya balik bila malam saja..Kerana aku bekerja di pekan..Mengangkat guni2 untuk letak dalam lori..Untuk menyara engkau..Untuk membeli buku sekolah engkau, makan kau, baju-baju engkau dan semua persiapan kau..Kerana masa itu,..Kau sangat terkenal dengan kecantikan kau, Ramai yg memuji..Aku harus sediakan perhiasan untuk kau..Supaya kau tidak rasa malu..Aku tidak pulang siang hari kerana aku takut jika engkau dicerca kerana abangmu yg kelihatan seperti pengemis ini..

Adikku sayang,

siapa cakap yg aku tidak menjamah masakan kau..Aku akan makan masakan itu sebelum subuh..Sebab aku perlukan tenaga untuk siang hari, dan aku makan semasa engkau tidur..Supaya jari-jarimu tidak tercedera dan kasar semasa basuh pinggan dan matamu tidak bengkak kerana menemani aku makan..

Adikku sayang,

aku malu untuk ucapkan terima kasih..Kerana engkau banyak berkorban untukku..Kau menyediakan makanku dan segalanya..Adakah ucapan itu cukup untuk membayar semuanya?? Jika aku ucapkan terima kasih..Biarlah aku ucapkan di akhir hayatku..Kerana terima kasihku untukmu adalah ntuk semua yg kau lakukan semasa hidupku..

Adikku sayang,

Maafkan aku kerana aku memukulmu..Tahukah kau mencuri dan mengambil barang tanpa kebenaran adalah berdosa? Aku tidak sanggup untuk mengherdik kau lalu aku putuskan untuk memberi pengajaran yg akan kau ingat sampai bila-bila..Betulkan..selepas kejadian itu..Kau sudah tidak mengambil barang orang lain sesuka hati kan?? Itu tandanya perbuatanku tidak sia sia kerana aku dapat mendidikmu..Dan tahukah kau aku berhempas pulas menyapu minyak dibibirmu pada malam itu ketika kau tidur?Aku keluar mencari pucuk jambu batu dan menggilingnya sehingga batu lesung itu turut menggiling tangan aku..Sakit yang amat sangat..Tapi aku tetap teruskan dan Alhamdulillah..aku Berjaya mencuci kesan minyak dan ubat itu sebelum kau bangun..Aku tidak mau bengkak itu mencacatkan wajahmu yang cantik itu..

Adikku sayang..

Maafkan aku kerana terpaksa memisahkan kau dari aku, sebenarnya..aku menghantar kau kerana aku jatuh sakit ketika itu..Mungkin kerana ketika aku bekerja kontrak di tempat pembinaan menyebabkan aku sangat terdedah pada debu dan simen..Aku terjatuh semasa kerja dan dikejarkan ke hospital..Doktor mengesahkan aku menghidapi barah peparu dimana badan ku tidak berupaya untuk memikul barang yg berat, serta pernafasan aku sudah tak selancar dulu..Patutlah aku selalu batuk batuk, sesak nafas dan pandanganku yg makin kabur..Aku terpaksa dirawat dihospital walaupon doktor menjangkakan aku xkan bertahan lama..

Sayangku..

Aku titipkan surat ni di rumah pusaka, ketika ini aku di hospital..Jika suatu hari nanti engkau pulang ke rumah kita..Bacalah semua surat2 dan bukalah semua hadiah yg aku belikan setiap tahun lebih kurang 9 tahun dahulu..Dan maafkan aku jika tidak dapat sediakan hadiah untukmu pada tahun ini..

Adikku sayang..

Mungkin tika kau membaca surat ini..Aku sudah pon tiada..Jangan kau bersedih..Di sini ada beberapa perkara yang ingin aku katakan..

Untuk menyapu rumah kita ketika aku pulang dengan pakaian dan kotor serta debu, TERIMA KASIH.

Untuk mengelap setiap barang yg aku sentuh supaya sentiasa bersih dan tiada kuman, TERIMA KASIH.

Untuk membasuh pakaianku yg busuk dengan peluh ku, TERIMA KASIH.

Untuk melemparkan senyuman dan salaman ketika aku pulang dr kerja, TERIMA KASIH.

Untuk memasak lauk kegemaranku yg kau sangka aku tidak suka, TERIMA KASIH.

Untuk mengingatiku dan menulis surat yg tidak bisa aku balas, TERIMA KASIH.

Untuk menjadi adik yang sangat aku sayangi, TERIMA KASIH.

Untuk segalanya yang kita tempuhi, suka mahupon duka, TERIMA KASIH.

Adikku sayang..

sekiranya engkau disunting seseorang..Biarkan pakcik kita menjadi walimu..Kerana aku mungkin sudah tiada..

Bahagiakanlah dirimu..Kerana itu yg aku mahukan..Jagalah suamimu dan jangan kau ingkarinya..

Salam sayang sedalam-dalamnya,

Abang.”

Di rumah pusaka itu..Aku termenung bersama jernihan airmata yg mengalir..Lantas..Aku buka satu persatu hadiah yang dikatakan..

Semuanya berwarna pink..Dan semuanya di tulis nama aku dengan tulisan yg sangat indah..Ya Allah…Aku meraung sambil menatap hadiah itu..

Ya Allah..dimanakah dapat ku cari insan semulia abangku






Friday, October 28, 2011

Pusat pembiakan lembu berbumbung yang PERTAMA di dunia.

LOL

Sapa la yg edit gambar ni. Ini merupakan respons kepada tindakan FAM ygmenjual harga tiket Final Piala Malaysia yg terlalu mahal (RM50) dgn alasan duit tersebut akan digunakan untuk memperbaiki stadium Shah Alam. Dah takde stadium lain ke? hehehe




Wednesday, October 26, 2011

Wordless Wednesday: NN: Klik disini



NN: KLIK DISINI











What The Fun: #OctTwtFest

Semorang tahu sabtu lepas bertempat di Digi HQ Shah Alam rakyar twitterjaya berpesta selama 6 jam. Oh sangat ramai retis dan rakyat twitterjaya sehingga mencatat nama dalam Guinness World  Record kerana seramai lebih kurang 2K yang hadir pada hari tersebut :)

Clap clap to @karrotgold and @aidasue yang menjadi tulang belakang untuk festival tahun ni. Meh tengok gambar-gambar kat bawah ni, ahh sikit je gambar dengan peminat dan retis. jimat battery sbb nak tweet. lol. 


Oh yeah. Aku datang lambat on that day. Lebih kurang pukul 6 lebih baru sampai di Shah Alam sebab kak Hanim sesat jalan nak pergi rumah aku hehe. Thank Kak Hanim sebab ambil dan pulangkan saya dengan selamat :p



Soley soley hahah. Nama dia Saleh Sley. Kemain kauuu panggil aku retis kan haha. Eh kenapa muka aku cam Bruno Mars? hew hew hew Dia datang dengan Kobain. Kobain tu peminat tengar Beyonce sampai claim diri tu adik Beyonce. ekekekek ;))


Inilah Kak Hanim. hehehehe. Dia sangat baik. kengkawan. Dia Kak Hanim ni engineer tau. Hebak tak? Hebak tak? Masa raya kat rumah Koqin haritu kitaorang tak sempat nak bergambar, so bila dah berjumpa ni nak la bergambar kan? hehe. :p


Ini adalah timeline terbesar kat dinding. Aku tak tahu lah apa yang menarik sangat timeline ni sampau orang dok berkepok-kepok duduk depan dinding ni semata2 nak tengok tweet memasing appear kat wall  -..-
Eh ada nama aku dengan Kak Yani lah. Terus jadi batak duduk atas sofa tengok timeline juga.


Gigih beli. 1 badge ni harga dia RM7. Thanks Hakim Faridzul sebab belikan untuk aku. hewhew. Ini jelah cara nak me-marketkan diri sebab tak beli baju #OctTwtFest huhu


kak hanim dengan Kak Yani. Dedua ni boleh tahan gak mulut bising dorang haha :p


Awwyeahh. Eja Ehsan. Kawan myspace aku masa form 3. And yeah kami masih keep in touch. Kali pertama jumpa dia masa road tour AIM 18 kat Plaza Alam Sentral haritu. Ini kali kedua jumpa dia. Sangat best jumpa kawan yang dah lama kenal. Nak nak pula kenal masa aku masih sekolah lagi :D


Oh ini sangat best. Akhirnya dapat bertentang mata dan berjabat mesra dengan Datin Seri Aida Sue. Korang kenal tak Aida Sue ni? Dia lah founder hash tag #SayaGenerasi yang sampai jadi worldwide trending tu. PR dia sangat bagus. Aku ni jenis tak kenal sangat muka orang. So masa tengah lepak2 bawah dinding timeline tu, she came to me and kenal kan diri sebagai Aida Sue and she know me Nazim Nasri. Ahh bangga siaaa. :p


Oh. Ini kawan-kawan saya. Yang kiri sekali tu nama dia Saiful. Dia ni belajar kat Terengganu. Gigih tak dia datang KL? Yang tengah-tengah tu nama dia Aj. Study kat Shah Alam. Dekat je. Tapi tinggal kat Sarawak. pftttt~ Oh yang baju kuning gemuk tu sudah pasti Nazim Nasri. :p


Homaiii. Pitammm. Ini kali keberapa tah aku jumpa Pojaa.. Sangat seksi dia ni on that day. hew hew. Jumpa kat bilik karaoke dengan kak Effaloea Radzi and Iqram Dinzly. Kak Effa sangat sporting. :)


FAZURA. im speechless. seriously serious. Sangat happy sebab dapat jumpa dia. Last jumpa dia masa aku form 1. huhu. Malam tu aku tweet pic gambar ni and yeah keesokan harinya Fazura reply my tweet for the most 1st time. haha. Sebelum ni dia pernah reply comment aku kat FB. 

@missfazura


Faliq Fahmi. Hes singing Count On You by Bruno Mars and Selamat Malam by Faizal Tahir. kukukuku



P/s: Dapat juga tengok muka muka #retis in real life. Paling oshem dapat tengok Obefiend kena usung dengan tunang dia yang kecil molek. hew hew hew.

Monday, October 24, 2011

(gambar) Bila nenek-nenek pakai baju sekolah.

For the win...

Bila budak-budak sekarang dah tak berminat nak pakai baju sekolah and pergi sekola. Maka ada yang lebih berminat. herherher...


Sunday, October 23, 2011

Lawak Ahad.

Lawak 1


Pelanggan: Hei budak, meh sini kejap.
Pelayan: Ya saya. Ada apa encik? :)
Pelanggan: Saya ada masalah dengan sup saya ni.
Pelayan: Kenapa encik?
Pelanggan: Cuba kamu rasa sup ni.
Pelayan: Kenapa? Sup ni terlalu masin ke encik?
Pelanggan: Tak. Cuba kamu rasa dulu.
Pelayan: Ke sup ni terlalu panas?
Pelanggan: Tak. Cuba kamu rasa dulu.
Pelayan: Ok, baiklah. Erm,mana sudunya? T_T
Pelanggan: Haaa. Itu la masalah dia. =.="





Lawak 2


Seorang anak bertanya pada ibunya ketika melihat sebuah poster seorang lelaki bercium dgn seorang perempuan.
Anak: Mama, gambar tu gambar apa?
Ibu: oohh, itu gambar orang yg sedang menolong kawannya yg sesak nafas
Anak: ooh, kalau mcm tu kasihannya ngan bibik
Ibu: kenapa dgn bibik nak?
Anak: Bibik pun selalu sesak nafas tapi nasib Papa baik dan selalu menolong Bibik
Ibu: "¿¿??????!





Lawak 3



  • Pasal status fb atas ni kan, sebenarnya ada dalam broadcast BBM. Aku malas nak menaip satu-satu sebab banyak sangat ayat-ayat sesumpah yang sumpah celaka tu. haha So aku copy la and update status fb, aku ingatkan nak copy masuk blog pastu delete status tu. Tapi tengok-tengok, in just less than 1 minit, ramai yang like and comment -..-







Kelakar tak? kukukukuku :p





Saturday, October 22, 2011

(GAMBAR) Mobile Upload.

This is my wife. Her name is Siti Saleha, as known as Nora Elena. Kbye.. ♥


Eh saya dah kurus ahh. Nampak tk perut saya nipis mcm disket. Kbye :p


Morning. Free hugs. Kbye ;)


Aku tak reti cemana nak off BBM selain daripada celak dan belakang tapak tangan. 
Battery low


Hate no one, no matter how much they’ve wronged you. :)


Kerepek rokok. Nampak macam sedap. Tak mati pun makan kerepek ni. :)




*SPEECHLESS*