Lepastu fikir jauh je Putrajaya ni aku nak naik motor. So nak cari yang dekat sikit la. Aku dah sematkan didalam hati taknak masuk sebarang bidang hiburan. So aku tak apply lah mana-mana yang berkaitan dengan dunia hiburan, contohnya TV3, RTM, Al Hijrah and so on.
Sampai lah kena marah dengan lecturer sebab tak consult dengan dia dulu sebelum hantar resume. Hurmm nasib baik lepastu okay hehe. But then lepastu aku refer kat academic supervisor. Lagilah teruk kena bambu hahaha
"You tak boleh la pergi kerajaan. You tak sesuai kat situ"
"Kalau i pergi Standard Charted?"
"Tak boleh jugak."
"Habistu nak pergi mana?"
"I nakyou masuk industri"
"Ishh, i tak nak lah Sir. Tak suka."
"Kalau you pergi Standard Charted. No A for you"
Hahahah. nazakkkkk.. Balik je dari college, aku pun cari lah tempat. Aku hantar resume kat Karangkraf, BluInc & RedCommunications. End up RedComm call suruh datang interview.
So sekarang aku ada kat RedComm buat latihan industri selama 5 bulan. Setakat ni semuanya okay, all the task given memang well done lah. hehe. Aku rasa lah. Taktau lah kalau-kalau ada error. heeee. Harini hari jumaat, esok cuti. Nak tido puas-puas. Aku bersyukur sangat sebab masuk office pukul 10.30pagi setiap hari. So takyah la bangun awal sangat kan.
Baru seminggu dah banyak experience. 1st day dah kena pergi Citta Mall. and tu kali pertama motor aku jalan jauh macam tu. hahaha. Siap lah berhenti tepi jalan call kawan-kawan tanya jalan nak g sana. Bila nak balik je dari situ, aku salah jalan balik. Terlajak ke highway Kuantan KL. Last-last tembus kat toll Jalan Duta, area Solaris Damansara sana tu. hahah Kelakar gila kot bila terfikir. Sebab selalu g jalan mana-mana aku tidur je, tak belajar tengok jalan. heeee.
So kebanyakkan kerja yang aku dah buat dalam tempoh seminggu ni aku dah pernah buat masa study dulu. Kecuali buat panggilan telefon. Part tu aku lemah sikit. Tapi aku dapat overcome ke-nervous-san aku muehehe.. Ni baru seminggu. Cemana nak tempoh lagi 4 bulan mendatang..
Minggu depan 15hb Januari ada Movie Premier Kami Histeria kat e@Curve. Insya-Allah pergi buat kerja kat sana sambil-sambil selfie dengan Fazura. Boleh? Okay nak balik rumah dah. Harap langit tak menangis. Jenuh nak sarung raincoat.