Thursday, July 5, 2012

Maksud 786 dalam lagu Alhamdullillah (Too Phat)

Apakah maksud di sebalik 786 yang sering terpampang di papan tanda perniagaan India Muslim. Terdapat dua pandangan dalam menjelaskan maksud dan misteri di sebalik penggunaan nombor 786 yang jelas kelihatan di setiap perniagaan restoran India Muslim.

Pandangan pertama merujuk kepada kaedah memberi nilai angka kepada huruf-huruf Arab. Ia bukanlah diperkenalkan oleh India Muslim. Penggunaan nilai nombor kepada huruf-huruf arab sudah lama dipraktikkan dan mudah dilihat dalam perubatan kuno tempatan yang menjadikan ia sebagai bahan perubatan alternatif. Setiap huruf dalam bahasa Arab diberikan nilai nombor yang berbeza.


487156_3614314991424_1282929346_n.jpg

Daripada gambar di atas ni, ditunjukkan bahawa setiap huruf ada nilai-nilai dia yang tersendiri. Jadi, dalam ayat basmalah, hasil tambah semua nilai-nilai huruf tersebut ialah 786. Kalau tidak percaya korang boleh je nak kira. Selamat mencuba...

Perubatan tradisional kuno pernah menjadikan nilai-nilai nombor ini sebagai susunan kombinasi yang digabung menjadi tangkal. Melalui inisiatif penjelasan pendidikan agama kepada masyarakat secara berterusan, ia tidak diamalkan pada hari ini.

Nombor 786 yang digunakan oleh peniaga India Muslim di papan perniagaan bukanlah tangkal sebagaimana dilakukan oleh pengamal perubatan tradisional kuno. Nombor-nombor yang wujud di papan tanda tersebut membawa kepada maksud perkataan bismilah.

Wednesday, July 4, 2012

Apa itu Corporate Communication?

Q: Salam. Err . Ni nk tumpang tanya ni . Bole tk cite kn skett serba serbi pasal course corporate communication ? Mekasihh.



A: Hye. Wasalam..

Corporate Communication?

Selalu orang anggap Corp.Comm ni macam Masscom (Media Communication). Tapi sebenarnya Corp.Comm ni part of Masscom.

Maksudnya Masscomm adalah satu course yg besar, dan dibawahnya ada banyak cabang. Salah satunya adalah Corporate Communication..

Dalam Corp.comm, lebih kepada PR (Public Relation). Kita punya attire pun more to smart casual and formal. Dalam Corp.Comm ni banyak belajar tentang isu semasa, berfikir luar kotak, menyelesaikan masalah dan banyak lagi benda menarik..

Masa semester 1 dulu saya banyak belajar tentang theory, berdebat, kupas isu semasa, filem..

Semester 2, kena buat event (haritu buat charity event kat zoo negara), short film..

Now saya dah semester tiga, baru nak masuk 1st week, dalam sem 3 ada subjek photography, Public Relation, writing in Mass Media and beberapa subjek lain..

Tq :)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, July 1, 2012

Isteri Dr Morsi Tolak Gelaran Wanita Pertama, Tetapi Khadam Pertama


Isteri+Presiden+Mesir+Puan+Najla'+Mahmud.jpg

Isteri Presiden Mesir, Puan Najla' Mahmud mengulangi pendirian beliau sebelum ini menolak gelaran 'Wanita Pertama' untuk dirinya. Beliau turut mengulangi ucapan suaminya semalam bahawa Presiden tidak memiliki apa-apa hak melainkan kewajipan yang mesti ditunaikan yang berbeza dengan rakyat yang mempunyai hak sambil menggelarkan dirinya sebagai 'Khadam Pertama' bagi menggantikan gelaran 'Wanita Pertama'. 

Kata Najla' lagi, sesiapa boleh memanggilnya dengan "Ummu Ahmad" atau "Saudari Najla" atau juga "Hajah Najla" sambil mengingatkan bahawa Islam tidak pernah membezakan antara satu sama lain.

Selepas suaminya diumumkan sebagai Presiden, aktiviti pertama beliau ialah menziarahi ibu As-Syahid Mahmud Sulaiman, seorang pemuda yang terkorban dalam revolusi yang berasal dari wilayahnya, Syarqiyah. -sumber


P/s: Tiba-tiba teringat kat Datin Paduka Dr. Rosmah Mansor. First Lady katanyahhh!!