Wednesday, April 29, 2015

Terbang Tunduk

Pernah tak. 
Kau dah type panjang-panjang luahan hati kau kat sini. 
Pastu padam balik semua. 
Sebab rasa macam tak payah kot orang lain nak tahu pasal kau. lol. 
Cukup la sekadar, "aku stress".


Tuesday, April 14, 2015

Sebalik Tabir


Aku tak pernah cerita pun kan yang sebelum ni aku pernah kerja/intern dekat production house. Yes, tahun lepas aku intern di Red Communication. Rumah produksi yang produce cerita Oh My English, Gol & Gincu, 3R, Kami Histeria, Pisau Cukur dll.

Best? Entah hahah. Bukan bidang aku kot. Tapi okay lah sebab dapat kerja dengan nama-nama besar. Especially Nur Fazura. Kau je rasa best. Aku rasa biasa je. Setakat lunch sama-sama dengan Diana Danielle, Sara Ali, Fazura and the others . Hahaha. Best lagi kalau dapat lunch sama Dato Siti Nurhaliza.

It was a good experience by the way. Banyak la benda belajar pasal dunia produksi. Tak tidur malam. Kena marah. Ikut shooting. Pergi promo filem. Buat itu buat ini. Tapi tak kurus-kurus. Lol

Oh, dalam gambar atas tu masa aku jadi clapper-boy! Kira mcm orang penting lah untuk bahagian editing nanti. Tapi yang bestnya hari-hari kena marah sebab clapper board tak masuk dalam frame. Hiksss.

Pastu yang best sebab jadi orang pertama yang tengok filem Manisnya Cinta di Cappadocia.

Kenangan tak dapat dilupakan? Aku cabut lari daripada set penggambaran Oh My English S3 selama 3 hari time birthday aku last year. Ok tu je. Night 💆

Thursday, April 9, 2015

Bawa Bertenang

Haritu ada orang tanya aku, aku kisah tak kalau orang yang dulu kita rapat atau selalu bertegur, sekarang layan tak layan atau erti lain layan ala kadar je?

Aku cakap la aku tak kisah pun. Kenapa aku nak kena kisah kalau orang yang kita rapat atau tak tu membeza-bezakan layanan kat kita.

I have my own stand, I want to find my own happiness. Ketenangan jiwa aku tak ada kat orang lain, so kenapa perlu aku kisah kalau orang layan kita ala kadar, walhal tak ada masalah pun.

Aku tak suka stress dan aku tak nak stress. Kalau benda boleh settle, bagus. Kalau tak, lupakan je lah. Silent is better treatment orang cakap, aku jenis tak suka persoalkan tindakkan orang terhadap aku. Nanti meleret. Kalau orang rasa dia betul, let them be. Kalau aku rasa aku yang betul, biar aku je yang tahu. Letih. Baik aku bawa bertenang dan bawa bersabar.


Tuesday, April 7, 2015

Trip to Kelantan

Pantai Cahaya Bulan

Last week i went to Kelantan. Tahun ni banyak travel, just back from Kuantan & Johor Bharu. It's kinda fun bila ada business trip ni. 

Well, Malaysia sekarang banyak conflict antara politik. Tapi as for now lepas dah banyak travel, tak la banyak mana pun. I would say that i love Kelantan, not very much. Tapi boleh lah. I love their culture, Tolak tepi lah hudud apa semua tu. 

I found peaceful in Kelantan. Tak serabut macam KL or Penang. Eventhou' mereka tolak pembangunan. Tapi aku kisah apa, janji tak serabut macam bandar-bandar lain. Orang-orang kampung pun baik belaka. Best dapat sembang dengan strangers, even sometimes being extra-friendly tu annoying. But they're not. Seriously.

Patutnya next month trip to Brunei, Kota Kinabalu & Kuching. Tapi terpaksa cancel sebab taktau lah sebab apa. lol. Ok, i missed nasi ulam and the"jual deh" words after we bought their things. hahaha.

P/s: kadang-kadang kita nak jadi a good example, tapi selalu end-up jadi trouble maker. haiz