Assalamualaikum semorang :)
Semorang dah tengok Nur Kasih The Movie? Semorang nak tahu tak, banyak tau habuk dalam panggung wayang TGV KLCC, sampai berair mata. Teruklah mereka semorang huhu. Semalam aku tengok pun dah nak full seat, nasib baik ada lagi sikit. Rasa eksaited tu jangan cerita lah. Sangat mengujakan. :3
# Tertarik dengan iklan filem baru, yang ada Shaheizy Sam, Lisa Surihani and Mia Sara Nasuha.
# Majoriti penonton dalam panggung wayang adalah wanita dan bertudung. Lelaki kurang sket. Tapi kalau tak silap aku, yang duduk kat sebelah aku adalah orang India atau Banggali. Memang lain rupa Melayu dia.
# Masa intro dia aku tak nampak sangat subtitle, sebab masalah kerabunan. huhu. Tapi apa yang aku tengok kat blog semorang yang review pasal NKTM ni adalah pasal boom yang kat landasan keretapi yang totally nampak fake and sangat tak real.
-teruknya kualiti gambar abg Google neh-
# Masa scene ni aku dah start dah. hehe. ILYAS ni ku anggap sebagai kanak2 yang matang yang boleh faham perasaan bapak dia and kerinduan kat mak dorang yang dah meninggal.
# Kenapa Aidil gagap masa baca Yaasin eh? Aku tak faham kat situ. Pastu aku ingatkan Aidil buta masa dia sembang gan Adam kat sawah.
# Masa ILYAS nak tidur gan Nek Wan dia tu, dia risaukan bapak dia tidur sorang2.
# Masa scene ni anak siapa yer Nur Amina pangku? And masa ni Adam tengah mengajar agama untuk budak2 terbiar.
# Kesian Nur Amina gugur masa Adam mengomel pasal ustaz yang taknak bagi ceramah tu T__T
# Masa Adam masuk hospital, mak dia datang. Dialog dia T_____T sedih gilerrr
# Berdebar saya tengok scene ni bila ada makhluk kain hitam berlegar2 kat belakang tiang tengok Nur berdoa.
# Cinta sejati dorang sangat oshemmm. Saat Nur keguguran, Adam sakit, cincin Nur hilang, Nur cari Adam dalam ribut pasir arghhh banyak lagi.
# Selebihnya tengok sendiri :)
Seriously aku cakap, dan aku memang nak sangat dapat perempuan macam Nur Amina ni (bukan Tiz), korang rasa ada ke perempuan yang betul2 hargai cinta sejati, sehidup semati macam Nur Amina ni?
Konklusinya ada banyak persoalan dan tanda tanya dalam cerita ni . So kena bukak sikit kepalaotak untuk faham setiap scene. Tapi ada lah aku cam tak faham sangat dalam NKTM ni. Rasa cam nk tengok lagi sekali hihihi :)
Tapi masalah dalam cerita ni, babak sedih dengan gembira tak sync betul2. So kucar-kacir sket. Susunan lagu dalam filem ni adalah terbaik sekali, setiap babak ada latar muzik yang sesuai.
Theme Song: Nur Kasih by Yasin and Tiz Zaqiyah
Tanpamu: Helena ft. Sabhi Saddhi
Bertemu Cinta: Mila Jirin
P/S: Masa cerita ni start, aku tergelak tengok Tiz Zaqiyah. haha Sebab aku teringat pasal Tiz Zaqiyah berdebat dengan Solihin and Syed. kahkahkah xD