Tuesday, May 6, 2014

TS Day Out 2014 di Paradise Valley, Broga Hill.

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia

TS Day Out kembali setelah berehat beberapa ketika sejak December 2013 dengan aktiviti Slack Line di Gua Damai, Gombak. Maka tahun ini TS Day Out kembali dengan aktiviti yang lagi mencabar dan telah diadakan di Paradise Valley, Semenyih yang terletak berhampiran dengan Broga Hill .

Macam biasa, jumlah peserta yang menyertai TS Day Out adalah terhad. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh Tourism Selangor. TSDO kali dengan aktiviti yang lebih lasak dan mencabar fikizal serta otot-otot badan telah disertai oleh beberapa blogger tersohor dan media cetak dari Karangkraf.


DSC_0712
Masa sampai di Paradise Valley (Credit: http://foodnframe.com)

Bagi kebanyakkan yang pernah baca entry TSDO ni mesti dah tahu apa benda TS Day Out ni. So bagi yang tak tahu, TSDO ini adalah satu stratergi bagi mempromosikan Negeri Selangor melalui sosial media. Banyak sebenarnya tempat menarik yang ada dalam negeri Selangor ni. Insya-Allah pada masa akan datang akan ada banyak lagi aktiviti macam ni dan korang semua boleh join.

Briefing daripada wakil tuan tanah
Untuk pengetahuan semua, Paradise Valley ni baru je lebih kurang setahun beroperasi disini. So kebanyakkan rakyat kawasan berhampiran pun tak tahu kewujudan tempat ini. Makanya kami akan membantu untuk mempromosikan Paradise Valley yang awesome gila bagi mat-mat dan minah-minah Instagram yang suka ambil gambar scenary. hehe






Kalau nak masuk sini kena bayar la. Tapi jangan risau, package yang mereka sediakan memang berpatutan dan sangat berbaloi dengan pemandangan macam gambar-gambar kat atas ni. Sumpah subhanallah cantik gila pemandangan kawasan Broga Hill ni. Kalau datang pagi-pagi dapat la sedut udara segar.

So korang mesti dah mengelitis macam nak datang kan? Tapi tunggu jap, tengok la dulu berapa rate harga dia bagi penginapan 2 Hari 1 Malam di kawasan bertemakan Eco-Farm Resort ni. Tempat ni sangatlah sesuai bagi sekolah-sekolah yang nak buat aktiviti team building, aktiviti korporat dan juga riadah bersama keluarga.

Luxury Room
RM150 per pax 
(Harga untuk peak season, public holiday & school holiday adalah RM190)

Dormitary Room 
RM118 per pax
(Harga untuk peak season, public holiday & school holiday adalah RM138)

Camping Tents
RM 90 per pax
(Harga untuk peak season, public holiday & school holiday adalah RM108)


Ini adalah camping tents dan dibelakangnya adalah dormitory room. Depan tent ni ada tasik. Best kan?
ini adalah luxury room
Korang mesti nak tahu kan aktivit apa yang mereka sediakan disini. Yelah sebab ada tasik, ada bukit tinggi-tinggi pastu ada pemandangan indah. So kalau nak tahu, bila kita dah beli mana-mana package kat atas tu, aktiviti yang disediakan adalah sama iaitu Flying Fox, Wall Climbing, Kayak, mendaki Bukit Broga atau Air Tejun Broga.

Kat sini memang best lah sebab kawasan dia tenang dan jauh dari bandar. Memang relaks sangat-sangat untuk tenangkan fikiran yang erabut tu, boleh lah join aktiviti yang menyihatkan tubuh badan ni. Sempoi gila kot.

DSC_1043
Wall climbing (credit: http://foodnframe.com)
Tension rope (credit: http://www.budakpacak.com)

Kriss Cross game
Flying fox


Abseiling 
DSC_1639
Abseiling (Credit: http://foodnframe.com)
Kayak


pemandangan dari atas

Sebelum memulakan sebarang acara, kita semua akan dibriefing oleh instructor bertauliah. Sebab kebanyakkan aktiviti kat sini memang merbahaya dari segi ketinggian dan tanah tidak rata. Kita kena kuat dari segi fizikal dan mental. 

Dan kebanyakkan aktiviti disini adalah untuk melatih kita menjadi berani, sabar dan berfikir bagaimana nak hadapi cabaran yang sukar.

Bagi aku, aku memang gayat dengan ketinggian. Tapi tetap nak cuba, sebab bila lagi nak buat benda-benda macam ni kan? Aku suka naik flying fox sebab boleh terbang-terbang. Tapi yang tak syoknya, hanyat 10saat je dari atas ke bawah. haha kalau boleh nak pusing satu Broga Hill. 

DSC_1273
Yeay! Flying fox (Credit: http://foodnframe.com)

Best ke tidakkkkkk? Memang best la cite dia. Tapi kita orang semua tak sempat nak berkayak sebab haritu hujan lebat gila . Tapi nasib baik sempat main aktiviti lasak, cuma tak berkayak je. hmm

So lepas habis semua akviti, kita semua berkumpul semula di satu hall untuk minum petang dan sessi penyampaian hadiah & cederahati. 

Kenang-kenangan

Untuk pengetahuan korang, tempat ni sebenarnya perkampungan Orang Asli tau. Tapi jangan risau la, mereka semua baik-baik belaka. Siap sediakan makan minum untuk kita orang sekali. Orangnya pun cantik-cantik hehe. So datang la ke Paradise Valley, Semenyih untuk melakukan aktiviti yang menarik ni. Tak rugi pun. Siapa yang gemarkan aktiviti lasak macam ni lagi lah dialu-alukan untuk datang dan rasai sendiri pengalaman kat Bukit Broga.




So untuk keterangan lanjut mengenai Paradise Valley, Semenyih ni boleh lah berhubung melalui:

Tell: 011 1668 6186 / 6188

Dan untuk update mengenai TS Day Out ni anda boleh melayari laman web rasmi mereka di www.tourismselangor.my atau facebook mereka di Facebook.com/TourismSelangor.


P/s: Badan bengkak sebab jatuh main tension rope. hahah habis luka-luka. Gemuk sangat ni.