Friday, January 7, 2011

TELADAN: tangan dipotong kerana memberi sedekah.



Dikisahkan bahawa semasa berlakunya kekurangan makanan dalam kalangan Bani Israel, maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah seorang kaya dengan berkata, "Sedekahlah kamu kepadaku dengan sepotong roti dengan ikhlas kerana Allah s.w.t." Setelah fakir miskin itu berkata demikian maka keluarlah anak gadis orang kaya, lalu memberikan roti yang masih panas kepadanya. Sebaik sahaja gadis itu memberikan roti tersebut maka keluarlah bapa gadis tersebut yang bakhil itu terus memotong tangan kanan anak gadisnya sehingga putus. Semenjak dari peristiwa itu maka Allah s.w.t pun mengubah kehidupan orang kaya itu dengan menarik kembali harta kekayaannya sehingga dia menjadi seorang yang fakir miskin dan akhirnya dia meninggal dunia dalam keadaan yang paling hina. 

Anak gadis itu menjadi pengemis dan meminta-minta dari satu rumah ke rumah. Maka pada suatu hari anak gadis itu menghampiri rumah seorang kaya sambil meminta sedekah, maka keluarlah seorang ibu dari rumah tersebut. Ibu tersebut sangat kagum dengan kecantikannya dan mempelawa anak gadis itu masuk ke rumahnya. Ibu itu sangat tertarik dengan gadis tersebut dan dia berhajat untuk mengahwinkan anaknya dengan gadis tersebut. Maka setelah perkahwinan itu selesai, maka si ibu itu pun memberikan pakaian dan perhiasan bagi menggantikan pakaiannya. 

Pada suatu malam apabila sudah dihidang makanan malam, maka si suami hendak makan bersamanya. Oleh kerana anak gadis itu kudung tangannya dan suaminya juga tidak tahu bahawa dia itu kudung, manakala ibunya juga telah merahsiakan tentang tangan gadis tersebut. Maka apabila suaminya menyuruh dia makan, lalu dia makan dengan tangan kiri. Apabila suaminya melihat keadaan isterinya itu dia pun berkata, "Aku mendapat tahu bahawa orang fakir tidak tahu dalam tatacara harian, oleh itu makanlah dengan tangan kanan dan bukan dengan tangan kiri." 

Setelah si suami berkata demikian, maka isterinya itu tetap makan dengan tangan kiri, walaupun suaminya berulang kali memberitahunya. Dengan tiba-tiba terdengar suara dari sebelah pintu, "Keluarkanlah tangan kananmu itu wahai hamba Allah, sesungguhnya kamu telah mendermakan sepotong roti dengan ikhlas kerana Ku, maka tidak ada halangan bagi-Ku memberikan kembali akan tangan kananmu itu." 
Setelah gadis itu mendengar suara tersebut, maka dia pun mengeluarkan tangan kanannya, dan dia mendapati tangan kanannya berada dalam keadaan asalnya, dan dia pun makan bersama suaminya dengan menggunakan tangan kanan. Hendaklah kita sentiasa menghormati tetamu kita, walaupun dia fakir miskin apabila dia telah datang ke rumah kita maka sesungguhnya dia adalah tetamu kita. Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa menghormati tetamu, maka sesungguhnya dia telah menghormatiku, dan barangsiapa menghormatiku, maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah s.w.t. Dan barangsiapa telah menjadi kemarahan tetamu, dia telah menjadi kemarahanku. Dan barangsiapa menjadikan kemarahanku, sesungguhnya dia telah menjadikan murka Allah s.w.t." 

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Sesungguhnya tetamu itu apabila dia datang ke rumah seseorang mukmin itu, maka dia masuk bersama dengan seribu berkah dan seribu rahmat."


Photobucket

Thursday, January 6, 2011

KERJA: solat. mintak korang doakan.

Salam ;)

Rasa mcm dah lama sgt tak hapdet blog en. huhu. Yelahh, Azim dah start keje 1hb haritu. So tak menyempat nak hapdet sgt. Hapdet yg light2 je. Ni Azim curi masa sikit sebelum g kerja jap lagi. 

Harini nak cerita tentang kerja. Skang ni maintenance duduk kat Kl makin tinggi. Eventhou' Azim duduk dgn family, but still kena ada duit sendiri. Malas dah nak mintak ni. hehe :P

Actually parents tak bagi sangat Azim kerja. -,-
Bilaa tanya nape, harammm diaa nak jawab. Motif sangat.
So bila dah lama sket tu, mood dia mcm traffic light. Red colour turn to green. Dia tak kata byk dah. Bagi tau gaji bape, pastuu cahlowww. HAHA. Kerjaa la beb.

So one day aku terlambat nak p KTM, so dia hantar terus kat tempat keje. That day hari pertama adik Azim skola kot. HAHA. Time tu pulak hujann. Sampai kat jalan menghala ke Mid Valley tu, tibe2 jemm. Damn!

So masa dlm kete dia tu, start lah kaset suara dia. Fikir mcm mana org lain cari duit susah2. Mcm2 lahh suara kaset dia tu yg bg aku sentap jap. hehe. Memang masa time kerja kann, dok terkenang mcm mana org lain susah cari kerja. And now turn Azim pula utk lalui fasa baru lepasan sekolah. huhu. 

Lepastu semalam, masa aku tgh beli kuih. Ada makcik kat kedai tu tanya, dah habis SPM ke. So Azim jawab lahh dahh. Dia tanya apa skang, keje mana, mcm2 lagi. Layannn~
Sampai satu part lembayung Kaabah, dia kata, kitaa kalau kerja makesure jangan lupa nak solat. Solat tu paling penting. Lepastu Azim bg tahu lah, kat tempat kerja tu mmg ada ruang solat. And memang ada masa untuk solat. Permanent pun bg izin nk solat. So tkde masalah sangat lah :)

Buat masa ni Azim ok sikit keje at situ. Tipu lah kalau kerja tak pressure kan? hehe. Mcm2 lah prangai org2 kat situ. Layann je :)

Satu lagi, Azim nak mintak semua doakan Azim supaya dpt tukar department. Azim taknak jadi promoter lagi dah, Azim nak jadi Staff kat situ. Mohon kat semua readers. Azim mahukan doakan korang :)

Photobucket

Wednesday, January 5, 2011

SALESMAN: masihkah kau hengat?

"Kau boleh cepat tak? Orang bukan nk ikut masa kau -,- " -ibu
"Yee kejap." -aku

Sebelum perjalanan pegi kerja tu, aku singgah kat sekolah jap sebab nak ambil numb pin UPU kat bilik kaunseling

"Buu, jap nak jmpe cikgu" -aku
"Nakk duit, nak beli makan at kantin" -aku
"Hishh, ibu dah masak kat umah tadi, asal tak makan?" -ibu
"Serious? Tk tau pun. Ok, kejap lagi patah balik. hik hik" -ibu


So dgn belagak gila babeng, aku masuk skolah dgn baju kerja yg head to toe hitam, kiranya Man In Black laa. Dah mcm mafia je. Wahhh, ramai sgt usha aku. HAHA. Ok, femes sekejap. Ehh, aku bukan cikgu baru ye. -,-

"Hyee cikgu, sy nak ambil numb pin UPU" -aku
"Okayy, masuk :)" -cikgu

"Eh, Pavee. Kau buat apa at sini?" -aku
"Aku .... (aku tak tau apa dia ckp, hahaha)" -Pavee
"Ohh. Hehe. Dah lama sampai? Tadi aku masuk, aku tak tulis nama pun doe kat depan, HAHA. Main masuk je" -aku
"Yee je kau? HAHA. tadi aku nampak nama kau kot kat buku report tu. Kau sampai dulu masa aku nk sign" -Pavee
"Ish. Serious? Aku baru sampai ni haa. Tipu ah kau?" -aku (curious)
"Tak caya sudeyyy -,-" -Pavee


"Nah awak punya, check ic, pastu tulis dlm buku tu ek" -cikgu
"Thxx cikguu ;)" -aku

Lepastuu posing Kamal Adli sket depan cermin besar kat bilik kaunseling tu. HEK HEK. tajuk cermin tu, CERMIN DIRI ANDA. =.=

Pastuuu jalannn depan bilik guru, nampak Pn Intan. Ex-form teacher masa form 5 ;)

"Assalamualaikum cikgu" -aku
"W'salam, eh awak. Buat apa at sini? " -Pn Intan
"Amik numb pin nak apply U nnt" -aku
"Ohh, so skang awak buat apa at umah?" -Pn Intan
"Skang ni sy keje arr cikgu. HEHE" -aku
"Keje apa je? Dah mcm model je sy tgk awak ni." -Pn Intan
"Modell apenya cikgu. HAHA. Promoter je kot" -aku
"Ke awak jual perfume? yelah sebab semua hitam." -Pn Intan
"Yo yo oo je. HAHA" -aku
"Keje at mana?" -Pn Intan
"The Garden; Mid Valley" -aku
"Makk aihh, jauhnya" -Pn Intan
.... pastu yg lain dah tak penting.

Sila highlighttang MODEL dgn JUAL PERFUME uh. HAHA. Sepanjang jalan aku gelakk kot. Tak sangka. Gemok2 aku ni ada market nak jadi MODEL dgn JUAL PERFUME. muahahha -,-


Photobucket

Tuesday, January 4, 2011

HOMEWORK: 4th day -,-

: Nama Penuh Anda :
MUHAMMAD NAZIM BIN. NASRI



: Nama Kurang Penuh Anda :
N . BOLEH? haha. NAZIM | AZIM 


: Umur Anda Menjelang 2011 :
18 TAHUN. MUDA LAGI BRO. JANJI LEPAS NAK MASUK PANGGUNG WAYANG YG 18sx. Muahaha :p



: Perkara Yg Xdpt Dilupakan Pada 2010 :
KAUU DAN AKU ADALAH SATUUU. TAKK KIRAA APAA :)




: Perkara Yg Berlaku Pada 2010 & Berharap Berlaku Pada 2011 :
TAHUN BARU, PERKARA BARU OKAYY! :)



: 1 Perkataan Utk Menggambarkan 2010 :
BIASABIASAJE




: 2 Perkataan Utk 2011 :
SAYA HAPPY. SAYA OKAY!



: Perasaan Menjelang 2011 :
HAPPY DONGG~
SUDAH 18 TAHUN ALLAH BERI PELUANG KAT AKU UNTUK HIDUP KAT BUMI. ALHAMDULLILAH



: Luahan Yg Ikhlas Semasa Jawab Tag Ini :
MALAS. NASIB BAIK NAMPAK TAG NI. KALAU TAK. MMG TAK BUAT :p




: Sambung Ayat Ini :
Sy berharap agar tahun 2011 ini . . . . . .
-give me some strength to face any circumstances*tah btol ke tk eja an,lantak ah*
-bg kenangan yg terindh pada thun 2011
-ketemukan sye dgn dia :D
-be good and be matured because im going to 18th years old
-SPM sye bole buat!

-dengar ckp ibu bapa serta family
-be happy with my frens :)
-semoga saya betul2 tak dpt PLKN tapi dpt masuk U
-dapat rainbows colour utk my result
-keje promoter tanpa erti penat -demm



: Tag To :
KAU DAHH BACA KANN. JANGAN BUAT2 TAK NAMPAK. HAHAH.
AMBILL JE. AKU TAU KAU BOSAN :D


Photobucket

Monday, January 3, 2011

Masalah perempuan atau masalah supervisor?

bertugas dlm tandas lelaki


Salam.
Cuba bayangkan time kita yg lelaki ni tgh qada' hajat dalam tandas. Tibe2 ada cleaner perempuan masuk. Kau rasa selesa tak?

Aku tgk ade je cleaner lelaki. No wonder lah kalau perempuan2 tu kena rogol dlm tandas. Gatal sgt bijik tu nk tgk jantan kencing. -wadefakk

Habistu tandas perempuan sape yg cuci? Lelaki?! Gilaaa -,-

Siap letak papan tanda kat depan tandas tu. Kalau cantik tkpe lah juga. Ni dah mcm jual bakso depan stadium. -dem

Masalahnya skang, hari2 aku masuk tandas ni sebelum masuk kerja. -fakiuuu~

Photobucket

Saturday, January 1, 2011

Please dong. Bagi salam~



Tibe2 pagi tahun baru ni mcm nak hangen kejap. Bukan apa, tadi Azim blogwalk lah kat blog kawan. Mostly blogger yg Azim kenal ramai yg Melayu. So entry mesti lah bahasa Melayu kan.

Tapi yg tak sedapnya and hilang mood nk baca. Bila intro entry dorg tu, start with  "HELLO". Erghh!. Rasa mcm tk best dah nak baca. Kalau taknak bg salam tkpelah kan. Azim rasa perkataan "HELLO" tu mcm hape je. 

Azim tahu, sentiap entry Azim bukan ada salam sgt kan? Kadang2 je. Tapi apa salahnya kita buat pahala sikit. Even kita tak bercakap, tp kita bertulis. Bila entry korang start dgn "Salam" atau "Assalamualaikum", then readers jawab salam. Dah dpt pahala kat situ. Bukan susah sgt pun kan? Lepastu earning money yg kita dok dpt slalu tu berkat lah sikit jadinya. Baru rasa seronok. Haishhh~

Okay, tak jadi nak marah balik. Sebab Azim ada komitmen lain lepasni. So kena ceria deh :D
Salam Alaik~

Photobucket

1st tag in 2011

Assalamualaikum semuaa ;)
Harini dah masuk tahun baru 2011. Rasa mmg baru pun. hehe. Sebab harini Azim dh start keje kat The Garden KL. So itu adalah pengalaman baru bg Azim. Insya-Allah semua okay. Doakan yg baik2 ye.

So tadi masa Azim tgh online fesbuk, dpt msg kat inbox. Dpt msg dari Noor Najwa. Tapi bila click link, nama Shita II. HAHA. Azim dah confuse dah ni. Tapi tkpe. Sebab ada url azim dlm blog Shita II tu. Kawan baru lagi ;)

sah sah Azim syg blog ni

-Jawab 10 soalan di bawah ini
Sejarah nama blog dan kisah di sebalik header dan background blog. 
*nama blog dgn url sama kan? AKUNAZIEM. Nak tahu kenapa?! Dulu Azim suka sgt dgr lagu Aku Stacy. Zaman2 AF dulu laa kan. Time tu jugak la zaman mulanya blog ni. Header selalu bertukar actually. Tiada komen utk itu. HAHA. Background pun slalu bertukar. Kiraanya Azim belum jmpe identiti blog ni lagi. :D

Berapa kali anda update blog.
*Azim update blog ikut suka hati je. HAHA. Kadang tu dalam satu hari, sampai 3-4 entry baru. :)

Sebab utama anda buat blog.
* Sebab yg pertama dulu adalah saje2 je. Bila dah bijak sikit dlm dunia blogging ni start la Azim buat duit. hehe. Pastu bila mendapat hidayah sket, Azim ada byk share entry dgn readers pasal Agama sikit2. So dpt la pahala kat situ. Tak susahkan nk dpt pahala <3

5 pekara mengenai blog anda yang patut di ketahui. 
Sape yang patut diketahui? HAHA. Azim atau readers?
- Blog Azim jarang ada org bg feedback/comment. *sedih
- Azim gunakan bahasa yg santaii.
- Takde widgets yg gedik2. HAHA. atau yg menyusahkan korang nak view blog Azim.
- Blog ni tkde lagu. Kalau ada lagu tu, Azim punya suka lah nk letak ke tak. HAHA
- Azim ada byk share info pasal Agama dalam ni. :)

5 entry terbaik di blog anda yang patut di baca( senaraikan entry itu beserta link).

3 pekara yang tak dapat di lupakan sepanjang berblogging.  
- dpt earn duit. thx nuffnang <3
- yg jauh kita dekatkan, yg dekat kita cemolot kan. Thats means dpt kwn baru. hee~
- slalu update blog kat CC dulu. now dah ada laptop sendiri :D

10 blog kegemaran anda.

5 tips yang anda nak kongsi kan dalam berblogging ini.
*Takde tips sgt  kot. HAHA. Azim bukan super terel pun dlm dunia blog ni. Azim tkdenya nak letak doa pelaris dlm blog. Biasa2 je. HEHE. Follower pun light2 je. Thats mean, blog Azim belum cukup gah dan boh beria lagi ;)

sejauh mana anda sayang blog anda.
Sejauh mana ye?! Anggaran syg azim tu adalah diameter garisan khatulistiwa. Mcm tu lah jauhnya. Azim syg kat blog ni sgt2. hehe :)

3 sebab kenapa perlu datang/berkungjung ke blog anda. 
- hye KAWAN baru. hye KAWAN lama. keep in touch dong~
- Selamat datang :)
- Terima Kasih.
hahaha. ntah laa. tkde comment utk ini.

-Siapakah 10 blogger lain yang anda ingin tag
Makk aii. 10? Byk doe. 4 boleh?! hehe


Seriously tak larat dah ni. HAHA. Bye. Nak manid, nak siap g kerja <3

Photobucket