Thursday, May 5, 2011

Terjun bangunan empat tingkat tersangkut di tingkat satu!

Lets ke balai bomba, said ibunda pagi tadi. (Ok takyah nak mix english sangat lah kan) Haa gua malas gila nak p balai bomba, sebab ada open day! So bila terfikir sesuatu yang indah, aku rela pergi. hikss XD

Memula aku cam sakai je baca notes yang dorang tampal kat mounting board, haa dah bape ploh juta kali baca benda yang sama. Sampai lah Hj Seman ajak aku panjat bangunan 4 tingkat untuk abseiling. Memula macam seksaited gila babeh, hoyeh hoyeh, pakai kasut bomba, glove and pasang cawat semua kejadah tu, terus panjat bangunan 4 tingkat.


Kau rasa tinggi tak? Nampak cam bantut je kan?

Kesah dia masa kat atas tu kan, aku ni kononnya je berani, padahal pengecut. Okay, paling best, konfiden lebih ni, dah pasang tali semua kat punggung, sat lagi bila nak turun aku takut. haha. Kaki ketar dol time tu. 

Abg bomba tu soh aku rebah kan badan and kaki buat bentuk L, aku punya lah cuak, fikir banyak kali cemana nak rebahkan badan kebelakang, aku risau jatuh kat bawah je. Haa ok, time tu aku dah ok sket nak rebahkan badan, kemudian lepas tu tali tu cam taknak gerak turun. Adesss, lagi lah aku cam cuak, sebab aku dah terawang-awang kat udara. HAHA. Siap langgar dinding. Pffft~
-



Sampai kat part yang takde dinding, dorang soh aku lepaskan tangan, haa ok. I followw~~ Cehh soh amik gambar kunun. Pastu kau memain gan tali bagi aku terenjut2 kat atas. Gelak eh gelak yer braaa. -,


Okay. punggung gua nampak cam besar sangat!

Aku pun saje2 lah naik naik skylift ni. Mak aihhh, memang tinggi dia punya tren ni. Mau kecut dibawah. Hiksss. Takpe, bila lagi nak naikkan? So naik juga. Hambik.. 


Untuk pengetahuan tuan puan, skylift ni boleh mencapai ketinggi patblah tingkat yer. Tapi aku naik sampai tingkat 4 je. Itu pun dah rasa cam lutut dah tinggal kat bawah sana. Nak tahu tak pandangan tingkat 4 tu macam mana?

Okay, ni tingkat 4. Kalau tingkat 14? 

Tak cukup tinggi lagi ni.

Yang penting, aku dah sahut cabaran. LOL. Cabaran apa tah? Kbai. Memang best. Sabtu ni ada larian Bomba kat Dataran Merdeka.

Day one : 10 things about you

Okay, hari aku nak start game 10 things in 10 days. So task yang pertama ialah 10 things about me! :)
Haa ni semuanya in random tau, takde pasal ler aku nak ikut turutan. heeee


1# MUHAMMAD NAZIM BIN NASRI 
Born day pada hari Khamis 1 april 1993 di hospital Universiti. Saya sudah official 18 tahun dan layak utk menonton tayangan 18SX, 18SG,18PL etc. Anak sulung daripada patplohdua tolak tigaploh lapan juta adik beradik iaitu bertiga -,-


2# PENAKUT DAN GELI KUCING!
Tak kesah ah walau secomel manapun kucing tu, aku tetap tak akan sentuh dan dekat. Nak2 kalau kucing tu gemok ataupun kurus cekeding, and muka garang gila cam nak membunuh. Memang aku tak dekat ah. Geli dan takut. hmmm


3# BAWAK HANDPHONE DALAM TANDAS (kat rumah)
Nyehhh. Selalu sangat aku bawak phone kalau nak mandi ke, nak ukk ukk ker kann. HAHA. Bukan apa, tandas kan sunyi sepi, so rasa cam takde hiburan. Bawak phone, pasang lagu Grenade . Ok, benda ni tak senonoh sangat. -,-


4# SEORANG PENDIAM
Yes! aku memang pendiam. Tak banyak berkata-kata bila hangout dengan kawan-kawan, dengan family pun aku pendiam. Kadang-kadang orang selalu tanya kenapa diam, cakap lah sikit, kau malu ke? Aku tatau lah kenapa pendiam sangat. Nanti nak keluar gan Cik Epal untuk sesi menternak lemak, kita tengoklah sape yang banyak cakap, aku rasa dia ah kot. haha XD


5# BERANI TAPI PENAKUT!
Aku berani je kalau jalan sorang-sorang tempat gelap. Aku pernah dua kali balik rumah ikut jalan hutan yang gelap and memang tempat tu suspek ada momok. Apa nak buat, kena jalan jugak ikut situ sambil baca and pasang ayat Qursi kat hp ni. And aku berani jer nak tengok hantu2 ni, tapi biasalah, mesti ada cuak dia kan? Lagi pun pernah berdepan dengan2 benda2 mistik ni, so cool man. Sebab kat badan aku pernah kena tenggek dengan pontianak. Demam seminggu kau. Tapi dah ok dah :)


6# GAYAT KAT TEMPAT TINGGI
Tahu tak mende gayat tu apa? Gayat tu situasi perut kau menjadi kecut dan dada kau berdebar disertakan sekali kaki kau menggigil bila berada ditempat tinggi. Macam buat abseiling , aku bernai jer nak buat gayut2 ni, part nak turun dari tempat tinggi tu aku dah start seriau. Tapi buat jugak dalam gayat tu. Hikss.


7# KUAT MAKAN
Walaupun kuat makan, dan selalu cam tak kenyang. Badan gua maintain gebu. Tak gemok tak kurus. Yang sedang-sedang saje macam pic kat atas skali baju warna biru tu. heheee :D


8# SUKA BERKAWAN
Aku suka berkawan. Haa kawan daripada myspace, facebook, twitter and blog. Best ramai kawan ni. Yang paling best, aku masih keep in touch dengan kawan-kawan sekolah rendah dulu. :)


9# MELALAK SAMBIL MENYALAK
Okay ni best. Istilah melalak bukan yang budak kecil menangis tu k. Tu meroyan. Ni melalak sama dengan menyalak dalam bilik. HAHA Suka menyanyi lagu kuat2. tak hirau kat jiran dan anak kecil yang sedang beradu. Ibaratnya macam Justin Bieber ah, walaupun suara tak sedap tapi nak jugak menyanyi. XD


10# TAHI TWITTER!
Ketika entry ni sedang ditaip, bilangan status tweet aku ialah 22882 tweets diikuti dengan seramai 570 followers dan telah meng-follow seramai 510 orang. Follow @NazimNasri




Finally aku dapat jugak habiskan masa 2 jam dengan entry ni. hehe. Haa best jugak walaupun merepek habis content. huhuhu :)

Ok bai!


10 Things in 10 Days!

Haa kalau CikEpal, dia punya 30 things in 30 days, tapi gua tak sanggup wo nak buad 30 hari. Mau mati kutu nak fikir. Yang  10 things in 10 days ni, aku jumpe kat blog MakBed.

Tengok cam best je natang ni. So, kalau korang nak jugak, amik lah, buat cam harta sendiri k. ;)

  • Day one : 10 things about you 
  • Day two : 10 10 important people 
  • Day three : 10 things you hate 
  • Day four : 10 things you want to say to one person 
  • Day five : 10 wishes 
  • Day six : 10 items you can’t live without 
  • Day seven : 10 things you love 
  • Day eight : 10 of your favourite songs 
  • Day nine : 10 ways to win your heart 
  • Day ten : 10 final words
Apa? Game ni macam perempuan je yang layak buat. Lelaki tak layak. Haa ada tulis kat situ, just gegirl can join this kind of game. LOL. Ada kita kesah ke lelaki atau perempuan yang boleh join benda-benda cam ni. Waterparkkkkkkk!

Wednesday, May 4, 2011

Teknik SEO tingkatkan traffic blog anda!



Ermm haritu Syed ada cakap, entry yang aku tulis bukannya carian SEO sangat pun. haa Memang betul pun. Aku tak reti sangat main SEO ni. Aku just belajar daripada blogger2 otai. Haa belajar sendiri, aku baca entry dorang dari atas sampai bawah sebab nak maju dalam dunia berblogging ni. :)

Aku selalunya belajar semua-semua ni daripada blog pendekar berkuda, eventhou' aku tidaklah kenal beliau sangat, tapi blog dia banyak ilmu yang sangat berguna untuk para blogger. Tapi masalah aku ni, malas dan segan nak bertanya, takut tak direply mereka. huhu. So jadi silent reader jelah.

Salah satu teknik blogging yang aku ambil, belajar dan guna daripada blog Pendekar Berkuda ialah teknik SEO: Brwoser Tag.
Kelebihan penggunaan browser tag ini adalah, browser akan membaca terlebih dahulu ayat-ayat yang terhidang di dalam blog anda di ikuti dengan pemaparan gambar, grafik, dan sebagainya. Oleh itu, robot SEO hanya akan membaca isi blog anda terlebih dahulu berbanding segala grafik yang ada di dalam blog anda.

 

And tips yang Pendekar Berkuda ni guna sangat-sangat-sangat berharga dan berbaloi untuk naikkan ataupun tingkatkan Traffic blog korang. Even aku guna teknik SEO ni pun, traffic aku tak meriah sangat pun, sebabnya aku tak gunakan tajuk carian yang paling dikehendaki pembaca. Aku just tulis title yang merepek dan simple. (haa betul ke apa aku cakap ni. err)

Korang nak cuba tak teknik SEO daripada Pendekar Berkuda ni? Marilah cuba, dan esok lusa tulat, korang tengoklah hasil dia, korang check UV and traffic korang meingkat ke tidak.

TIPS SEO: BROWSER TAG!

(GAMBAR) Kuala Lumpur Masa Dahulu!


Korang pernah tak tengok gambar sekitar Kuala Lumpur pada zaman dulu? Disebabkan aku ni anak jati KL, so aku update beberapa gambar sekitar Kuala Lumpur . 

Haa macam mana lah kalau korang-korang yang lahir tahun 90-an hidup zaman black and white ni kan, agak2 kat mana korang lepak? HAHA Adakah di Jalan Bukit Bintang juga? ataupun Central Market?  Lets cekidoutt gambar sekitr Kuala Lumpur masa dulu. -ihsan dari pada google


 
Central Market

 
Muzium Negara (macam Istana Negara)

 
 Petaling Street (macam pekan Ipoh)

  
Jalan Bukit Bintang (skang ni aku tatau jalan ni dah jadi yang mana satu kat BB)

Masjid Jame'

Penjara Pudu

Bukit Aman

Masuk je alaf baru. LRT feeling2 boleh terbang. haa

Okay yang LRT ni cam takde kaitan sangat ah kan. haha Korang ingat tak kes LRTmerempuh dinding ni? Kalau tak silap aku, kes ni berlaku kat station LRT SENTUL TIMUR. Haaa mesti kecut perut driver LRT ni kan. Cemana tah leh terlajak.
Terlajak lori boleh diundur, terlajak LRT? Kecut perut jadinya. haha XD

Teka Teki Imam Ghazali!



Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki )

Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI . Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?" 
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama". 

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia? "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketikaAllah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah." 

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "


Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "



sumber: Indahnya Islamku


Tuesday, May 3, 2011

The Roommate!

Hari ahad haritu aku pergi tengok wayang kat Wangsa Walk. Ingatkan nak tengok kat KLCC, sat lagi Abg Abir suruh pegi kat Wangsa Walk, so i followww~

Haa aku tengok wayang ni sebab dapat tiket daripada Nuffnang haritu, yang hadiah harijadi tu kan. Dapat 4 tiket complimentary, so can watch any movies yang kau nak. So aku pilih cite The Roomate!

18SX

Haa cite ni memang best. Tapi untuk 18 tahun keatas lahm sebab banyak aksi romen. So yang feeling-feeling 18 tu jangan mengada ah nak tengok kan? haha Aku dah official 18 tahun hehehe.

Beb, aku tak reti doh nak review filem ni. Aku try jap. haha. Perempuan yang nama Rebecca ni sakit, aku tatau lah dia sakit apa, and dia ni memang takde kawan langsung dari dulu. Sat lagi bila dah masuk kolej, dia dapat roommate, so dia pun berkawan lah dengan kawan bilik dia.(aku tak ingat doh nama, ingat Rebecca je, sebab dia jahat).


Si Rebecca ni sayang sangat kat roommate dia ni, dia memang jaga betul2 si Sara Matthew ni. Haaa okay, nama kawan dia tu Sara. Dia sanggup buat apa saje demi Sara. Dia bunuh kawan clubbing Sara, bunuh Ex-bf Sara, kantoikan pensyarah dia yang kaki konkek and dia nak bunuh Irene yang lesbian tu. Haa memang saiko gila lah si Rebbeca ni. Sanggup cederakan diri dia, bunuh kucing dalam washing machine.

Okay aku rasa baik korang p tengok sendiri, sebab aku memang tak reti nak review filem ni. Tahu tengok jer. hehehe. So kalau 5 bintang tu kan, aku kasai 3 je kot. :)

Tapi ok lahh, kalau boring2 and nak layan gersang, leh ah tengok cite ni. haha. :)