Monday, July 4, 2011

4 fakta tepat!

Fakta 1 :
Anda tidak boleh menyentuh semua gigi anda dengan lidah anda…


Fakta 2 :
Setelah membaca Fakta 1 kamu dengan bodohnya mempraktikkannya


Fakta 3 :
Setelah baca Fakta ke 2 anda tersenyum pahit ….dan berkata dalam hati “Hampeh..! aku dah terkena nih!

He He He…!!! betul ker??

Dan…

Fakta 4 :
Setelah anda membaca Fakta 3 anda berniat untuk copy lawak bodoh ni kepada geng korang yang lain untuk kenakan diaorang seperti korang yang telah terkena ……Wkwkwkwkwk…!!!



P/S: Sumber sukar dikenal pasti.

Sunday, July 3, 2011

Abang Ajai balas surat Adik Unik.

Hai adik Unik.

Berhubung dengan Surat Adik Unik Untuk Abang Ajai. Abang sihat je di sini. Abang ada menerima dan sudah membaca surat yang adik Unik utuskan kat Abang Ajai tempoh hari. Sekarang Abang Ajai membalas surat adik Unik. Wah banyak betul kebolehan adik Unik ni. Betul-betul unik lah. Tapi persoalan sekarang ni, bila masa adik Unik pernah tengok Abang bogel?

Ohh Adik Unik peminat tegar Justin Bieber yer. Masalah kulit tak perlu dipertikaikan. Sedangkan bekas duet partner abang dulu pun berkulit hitam manis macam Nurul. Maka tak ada masalah tentang itu. Kebanyakkan orang yang kononnya boleh menyanyi selalu membuat persamaan dengan Anuar Zain. Tak mengapa, harap angan Adik Unik menjadi kenyataan.

Berkenaan dengan official music video yang Adik Unik lakonkan tersbut telah Abang Ajai tonton dari minit pertama sampai minit terakhir. Tiada masalah juga daripada segi pengalihan Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu sebab Maher Zain pun lakukan perkara yang serupa. Tapi beliau mempunyai pakar bahasa yang betul-betul boleh buat market ke luar negara tanpa merosakkan lagu asal.

Maaf lah, Abang Ajai tiada komen untuk rapper jalanan tersebut. Sebab Abang Ajai pun susah nak shebut huruf ESH (S). luls. Akhir kata, insyaAllah bakat yang adik Unik ada tu boleh di hebahkan ke dalam youtub tanpan menjadi artis rakaman dibawah naungan syarikat bangunkan bayi itu. Sekian.



P/S: Babe. This MV is cool ever! Good job Unik. luls.

Artis tipu peminat. luls

Tajuk dia kemain sangat kan. Takde lah, saje nak cerita kat korang pasal sorang artis dangdut ni. haha. Semalam aku nampak dia perform kat downtown KL. Kalau aku sebut, sah sah korang kenal. Anak dia pun artis gak. 

Masya-Allah pakaian dia semalam, ketat ya azab. Lepas tu ajak budak-budak kecil naik atas pentas. Kat bawah pentas orang semua dah kerumun kan. Yelah, sbb artis ni familiar jugaa.

Tajuk lagu dia ronggeng (haa, nak google la tu. haha). Memula dia suruh budak-budak kecil tu gelek macam dia. Aku macam tak sanggup nak tengok dia. kukukuku. 

Lepas tu kan. Korang nak tahuuuuu, dia nyanyi lagu ronggeng tu hanyalah miming je. And sangat obvious dia miming. Mulut dgn lagu tak sync. Elok-elok orang nak tengok kau nyanyi secara live, rupanya propaaa ya lebih. Orang-orang yang ada kat depan pentas terus 'angkat kaki'. haha Malu gila kot kalau macam tu. 

Dia dah lama jadi artis kot, takkan lah takde minus one langsung? Aku kalau dapat record smalam, dah lama dah buat. Nasib baik bateri handphone low. 

Nak tengok bukan artis miming sambil bergitar? Nah tengok video bawah ni. hahahaha -.-

Jar Of Heart 

I Will Survive

Tolong Ingatkan Aku

P/S: Gelak lah. Tak heran -,-

Info Facebook #BBNU

Aku jumpa info ni kat facebook budak perempuan yang add aku. Tapi aku tak approve lagi. Sila lah baca dengan hati dan dada yang lapang.

HEYHEY ! kau nak add aku yea ?? ohh , sudah tentu boley sayang :) tapi kau kene follow rules aku , boleh kan sayang ?? :)

PLEASE TAKE A NOTE :

- kau fucker kau bla !
- kau copycat kau boleh pegy mati !
- kau gedik itu kau punye pasal !

DP kau tuh biar muka kau sendiri , jangan kau nak mengada letak muka kartun lha , kereta lha ape lha . kau jangan ingat aku nak approve kau eh , harap maaf . kau memang aku reject awal-awal yer :]

kau jangan nak menyombong dengan aku faham . dalam 5 minit kau tak wall aku , aku delete kau dari sini . kau nampak aku onchat ? kau jangan harap aku nak layan , aku layan wall jea harap maklum :)

nombor telefone ? FTF la weyh . aku takk kan bagi dekat kau faham fucker ! kau nak kawan dengan aku biar beradab .

kau nak bagi tahu aku hal , tapi hal tuu kau takk boleh send dekat wall . konon nya privacy lah gitu okeoke kau bole send dekat mesej faham , chat ? kan aku da type TAKBOLEH aduh , kau nie buta yea ??

aku oke if kau pun oke dengan aku . aku takk menyombong kalau kau takk menyombong dengan aku . aku takk akan memaki hamun kau , if kau takk macam pundek oke :)

kau nak cakap or tanya aku pasal sex , be gentle kau tanya aku ada dara ke tak ? pernah main ke tak ? breast besar ke tak ? so kali ni aku pulak dengan getle cakap "kau pergi tanya then fuck mak kau dulu yea :)" DOUBLE FUCK dekat kau ah ! dah masuk fb orang nak menanya itu ini 

aku suka BERsayang-sayang . if kau tak suke pergi lha kau mampus ! niyy fb aku ke fb kau ? pfftt --' 

aku akan terus delete kau kalau kau macam sial ! then , if hati aku memang sakedd or tak puas dengan kau . aku terus block tau ! FULLSTOP !

kau jangan masuk dalam fb aku if setakat nak menyemak kan kawan kau je . kau dah masuk dekat aku kau mesti tangan gatal LIKE picture aku ada faham !

kau ade blog ? kau jangan lupa follow blog aku oke ! kau nak url blog aku ? mintak sendiri lah weyh . takkan tu pun aku nak sumbat at mulut kau ..

lastly , kau dah add aku tapi macam mana "add as friend" balik niyy ?? maknanya kau dah aku halau dari friends aku taw :) kau jangan batak weyy nak add aku balik ! sebab aku takkan batak nak aprove kau balik yeah :)

YOU LIKE ME , I LIKE YOU . 
YOU HATE ME , I FUCK YOU !

do add do talk , do hate do blah okay !

kau jangan nak jadi stalker lha fucker !

thank you , see you again :)

p/s : info niyy MINE ! kau jangan nak jadi copycat terhormat nak mengopy ayat aku keyy ! memang aku fuck kau laju-laju sial ! 

TD owner this info official .




Ni aku punya komen yer :)


#BBNU- Budak Baru Nak Up



P/S: Dah nak balik kolej dah. Ads.

(Gambar) BERSIH 2.0 : 1Malaysia


Sumber: BikMama

Saturday, July 2, 2011

(Gambar) Majlis Pernikahan Noh & Mizz Nina

TAHNIAH kepada Noh Salleh dan Mizz Nina :)




P/S: Hidup kat hostel susah sikit kalau takde benda ni 

Friday, July 1, 2011

Tazkirah Jumaat: Mencuba pakaian syurga.


Sewaktu saya bersiar-siar di KLCC, Mid Valley, Times Square dan seribu satu pasaraya lagi, hampir setiap kali saya akan berjumpa dengan remaja Melayu yang tidak ada langsung ciri-ciri kemelayuan.
Sekali pandang persis Minah dan Mat Salleh. Rambutnya berwarna-warni, didandan pula dengan mekap beserta aksesori, ditambah pula dengan skirt singkat, memang serupa dengan orang kulit putih, cuma kulit mereka sahaja masih Melayu.
Kenapa ya? Kalau adapun remaja Melayu, jiwa dan pakaian mereka membuatkan seolah-olah saya sedang membeli belah di pasaraya ternama di New York atau Hong Kong. Hebat bukan?
Saya akui, fesyen mampu mencipta satu suasana yang berbeza. Cuba bayangkan sebentar, kamu sekarang di Mid Valley dengan berjubah, dan hampir semua manusia di sekelilingmu berpakaian jeans ketat dan berskirt singkat, bukankah kamu akan gusar?
Mana tidaknya, apa yang kita fikirkan ialah apa yang orang lain fikirkan terhadap kita. Betul?
"Eh, Minah ni, pakai jubah pula."
Dalam zaman yang serba canggih, hatta pakaian sekalipun mahu dicanggihkan (bukan jenama canggih). Saya juga hairan, entah dari mana pereka-pereka fesyen ini mendapat ilham.
Mereka mencipta pakaian dalam pelbagai versi, dedah belakang, tutup depan, dedah atas dan tutup bawah. Semua kelihatan hebat di mata kita kerana ia adalah sesuatu yang lain dalam norma masyarakat kita. Bukankah anda suka kalau anda menjadi perhatian?
Kita dan Fesyen
Teringat sewaktu saya dan dua orang teman lama bertemu, kami menghabiskan masa dengan membeli belah. Saya dan Si A mahu membeli pakaian. Al-kisah, singgahlah kami di sebuah kedai pakaian di East Cost Mall, dan ketika membeli kemeja, saya memilih kemeja yang agak labuh manakala teman saya, si A memilih kemeja biasa. Lalu saya ditegur begini :
"Eh, Aishah, kenapa labuh sangat?".
Saya tergamam. Kelu lidah seketika. Walhal sebenarnya akal saya mencari-cari idea untuk membalas soalannya yang bagi saya tidak perlu dijawab.
"Erm, memang saya suka jenis yang macam ini."
Sikap Umat Kita
Di zaman fesyen bohsia bohjan dijaja, akhlak lumat entah kemana, saya merasakan sesuatu telah hilang dalam diri kita. Sesuatu yang hilang itu yang pernah berlaku pada umat terdahulu; yang menyebabkan kita kehilangan zaman-zaman indah kegemilangan Tamadun Islam.
Apa yang Hilang?
Izzatul islam. Perasaan bangga dengan Islam. Saya percaya umat kita sudah hilang perasaan bangga sebagai seorang Muslim. Mana tidaknya, kita sendiri yang merasa malu apabila berpakaian mengikut syariat, apabila tidak berhias, berdandan dan tidak mengikut trend fesyen.
Seolah-olah Muslim yang mengikut syariat tergolong dalam golongan yang terasing jika berpakaian menutup aurat kerana kebanyakan manusia berfesyen dengan fesyen dedah-dedah.
Ada satu lagi cerita. Harap siapa yang sudi membaca tidak jemu.
Saya berasal dari sebuah sekolah biasa, maka adab dan sosial pelajar-pelajar juga biasa-biasa sahaja. Apabila saya dan kawan bertudung jenis kain akel, saya dan teman baik dipanggil ustazah. Tinggi sungguh penghargaan yang diberi pada kami.
Suatu hari, kawan saya memakai tudung labuh. Usai solat Isyak di surau sekolah, dia keluar. Merah padam mukanya apabila memasuki kelas gara-gara semua mata memerhatinya dari surau sehingga ke kelas. Terpaksalah dia menyorok seketika di dalam tandas.
Saya tahu, barangkali kamu terlupa sekali-sekala untuk memakai lengan panjang, terlupa untuk menutup rambutmu yang ikal mayang, terlupa untuk memakai seluar di bawah paras lutut dan seribu satu lagi kelupaanmu.
Tapi kamu jangan lupa, malaikat yang mencatat amalanmu di kiri dan kanan tidak pernah lupa untuk menulis amalanmu. Dan yang paling kamu tak boleh lupa, Pencipta kita sentiasa memerhatikan kita. Maha Suci Allah dari sifat hamba-Nya yang pelupa. Kalau hari-hari lupa, sampai bila kesudahannya?
Barangkali juga kamu tahu menutup aurat penuh itu wajib. Cuma kamu masih belum kuat untuk berubah. Kamu tahu, memakai tudung perlu menutup dada, memakai baju jangan yang ketat-ketat dan nipis, apabila berhias biarlah berpada-pada.
Tetapi kamu jangan lupa, kekuatan itu datangnya dari iman. Dan iman itu datangnya dengan keyakinanmu pada janji Tuhan. Apa kamu sudah lupa mengapa Allah memberi arahan sedemikian?
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (An-Nur :31).
Maka saya membuat kesimpulan peribadi. Kebanyakan kita berpakai mengikut undang-undang budaya bukan syariat lagi. Kalau tidak, mana lahirnya golongan pakai jubah tapi tak bertudung, apabila bertudung pula, baju hampir-hampir tanpa lengan, kain pula terbelah depan belakang?
Kalau lelaki pula, seluar ketat-ketat, seluar singkat-singkat. Mungkin begini, lahir-lahir ibu bapa pakai begitu, maka anak-anak juga mengikut apa yang dipakai ibu bapa. Kita pakai ikut budaya tanpa tahu dalilnya?
Prejudis Terhadap Umat Sendiri
Seringkali bila memikirkan masalah umat, saya hairan, mengapa umat Islam lewat zaman ini bersikap prejudis terhadap saudara sendiri? Mengapa apabila ada yang cuba-cuba "berhijrah" ke arah yang lebih baik, akan ada nada-nada sumbang di belakang yang memandang serong?
Bukannya mahu diambil yang jernih dibuang yang keruh. Apatah lagi memberi sokongan, tapi ia dipulaukan pula semata-mata kerana mentaati perintah Allah. Masya-Allah saudaraku, cepat-cepatlah hisab diri!
Sabda Nabi Junjungan
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasululah saw. ,"Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing." -H.R. Muslim
Lihatlah saudaraku, Islam kembali asing di akhir zaman ini dan dirasa ganjil dari pandangan dunia, bahkan pada pandangan orang Islam sendiri. Kita sendiri yang merasa ganjil dan pelik tatkala melihat orang Islam yang iltizam dengan Islam dan cuba mengamalkan tuntutan Islam yang sebenar.
Seorang yang iltizam dengan Islam dipandang sepi oleh masyarakat dan terlalu susah untuk diterima sebagai individu yang normal di kalangan mereka.
Dan begitulah seterusnya nasib lslam di akhir zaman. Ia akan terasing dan tersisih dari masyarakat, bahkan tersisih dari pandangan orang Islam sendiri yang mengaku sebagai umat Islam dan marah apabila dikatakan yang dia bukan orang Islam.
Daripada Anas r.a. bekata, Rasulullah saw. bersabda, "Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api." H.R. Tirmizi
Di zaman yang sangat mencabar ini, sesiapa yang hendak mengamalkan ajaran Islam terpaksa menghadapi kesusahan dan tentangan yang sangat hebat. Kalau tidak bersungguh-sungguh, nescaya Islam terlepas dari genggamannya.
Kerana apa? Kerana umat Islam sendiri tidak membantu untuk dia menunaikan kewajiban agamanya, bahkan apa yang ada disekelilingnya mendorong untuk membuat kemaksiatan dan perkara-perkara yang dapat meruntuhkan aqidah dan keimanan atau paling kurang menyebabkan kefasiqan. Jadi kesimpulannya, orang Islam tersepit dalam melaksanakan tuntutan agamanya di samping tidak mendapat kemudahan.
Lecehnya Islam
Ada yang mempersoalkan, kenapalah perempuan diperintahkan menutup aurat hampir keseluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan? Kenapa lelaki tidak?
Jawapannya pada saya mudah. Kerana yang Allah perintahkan untuk kita tutup itu adalah yang indah-indah belaka. Tanpa perlu lagi dikiaskan dengan analogi palsu yang sudah dihadam oleh kita (analogi permata dalam bungkusan), kita pasti faham. Buktikan pada saya, dimana perempuan tidak cantik?
Tiada.
Tapi lelaki, diberatkan pula dengan amanah dan tanggungjawab. Menjadi lelaki bagi saya umpama bakal memikul sebeban gunung. Mana tidaknya, kalau sudah berkahwin, keluarga sendiri perlu dijaga, ibu dan ayah perlu diutama, anak isteri juga dipikul dosa, nafkah pula perlu diusaha, bukankah itu amanah besar dari Tuhan?
Saya menulis ikhlas dari hati. Untuk kakak, adik, ibu, ayah, abang, kawan, teman, dan Muslim semuanya. Semua ini tanda kasih dan sayang bersama. Kerana saya tahu, syurga dicipta untuk semua hambanya. Maka,saya mahu masuk bersama kalian. Sungguh, syurga itu mahal nilainya, dan jalan menujunya tidak semudah yang kita sangka. Maka, berubahlah dari sekarang.
Yang lebih menakutkan apabila direnungi hadis Nabi di bawah :
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda : "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya".

Marilah kita sama-sama berubah menuju ke jalan-Nya. 

Sumber: I LUV ISLAM.