
Wednesday, June 15, 2011
Tuesday, June 14, 2011
Senarai statistik: Semakin ramai yang murtad.

Masa sekolah dulu, cikgu aku dah pesan siap2, kalau nak tulis karangan yang ber-tema-kan budaya sosial jangan guna lagi dah alasan "Kurang didikan agama" "Ibu bapa tidak bertanggung jawab" "Pengaruh rakan sebaya" "Pengaruh media massa" . Katanya alasan tu semua dah lapuk.
Kalau kita tengok permohonan dalam statistik tu. Kenapa Kelantan takde permohonan langsung? Sebab dia negeri Islamik? Sebab Kelantan tu fully under PAS? Kurangnya pendekatan barat? Fikirlah, kalau diorang boleh buat macam tu. Kenapa tidak negeri2 lain.? Teruklah.
Kalau kita tengok permohonan dalam statistik tu. Kenapa Kelantan takde permohonan langsung? Sebab dia negeri Islamik? Sebab Kelantan tu fully under PAS? Kurangnya pendekatan barat? Fikirlah, kalau diorang boleh buat macam tu. Kenapa tidak negeri2 lain.? Teruklah.
Tapi kalau dalam permasalahan macam ni, apa punca mereka ni murtad? Apa yang menyebabkan hati dorang nak keluar daripada Islam. Cuba fikir kenapa?
Faktor berlakunya gejala murtad di Malaysia -wikipedia
1. Lemah pegangan agama.
2. Jahil tentang akidah dan hukum-hakam Islam.
3. Menyedari tentang kebaikan dan nilai-nilai murni yang terdapat dalam agama lain.
4. Faktor perkahwinan.
Ingat tak pasal Lina Joy? Lina Joy dibenarkan untuk keluar daripada Islam (MURTAD). Secara tidak langsung Pertubuhan Melayu Murtad @ Persatuan Melayu Kristian telah sah ditubuhkan di Malaysia..!! Ini sepertimana menghina agama Islam di Malaysia.
Fikir fikir fikir. Sistem pemerintahan kita di landasan yang betul ke? Menteri-menteri kita sebenarnya BETUL-BETUL ambil berat pasal Islam tak? Bagi pendapat aku lah yang baru 18 tahun hidup ni, aku tinggal kat Malaysia ni, 20% je aku rasa duduk dalam keadaan negara Islam. Tak kisah lah kalau negara kita ni ditadbir secara Islam sepenuhnya kalau itu yang terbaik untuk mendapatkan syurga. Hidup kat dunia bukan kekal.
Mengucap dua kalimah shahadah adalah sumpah kita dengan Allah untuk mengelakkan kita terkeluar daripada agama Islam. Keluar daripada Islam boleh dilakukan dengan 3 perkara iaitu melalui lisan, perbuatan dan hati.
P/S: Betulkan tulisan saya kalau ada salah dan silap. Ini adalah iklan grapevine.
Guna grapevine untung RM1K.
Tadi usha blog Fezal, dia punya acc Grapevine dah cecah RM1K. Sumpah jeles. Siapa yang tak jeles kan tengok duit beribu-riban camtu. Aku pun dah try dah, Grapevine ni memang masyuk sikit, earning pun kemain laju dia masuk.
Aku tengok ramai yang tak reti guna lagi Grapevine ni. Korang pernah tak nampak iklan Grapevine ni? Bila korang blogwalking kat mana-mana blog, ataupun kalau ternampak iklan nuffnang kat blog sendiri ke, dia akan keluar macam ni:

Aku tengok ramai yang tak reti guna lagi Grapevine ni. Korang pernah tak nampak iklan Grapevine ni? Bila korang blogwalking kat mana-mana blog, ataupun kalau ternampak iklan nuffnang kat blog sendiri ke, dia akan keluar macam ni:

Korang jangan bebuat tak tahu pulak bila dah nampak iklan mcm ni. Isi email korang kat situ. Yang tak ada blog tu jangan risau, masih boleh dapat duit juga, kalau yang ada account churp-churp tu lagi bagus, sebab earning dia masuk dalam account korang.
Friday, June 10, 2011
Awkward Agama : Gelang,Rantai dan Siapa Allah?
Masjid Putrajaya pada petang itu kelihatan agak penuh,dipenuhi dengan pelancong yang datang melawat.Kelihatan seorang lelaki Cina sedang berdiri di depan masjid itu sambil mundar-mandir berpusing-pusing.Ahmad baru selesai menunaikan solat Asar keluar berjalan ke arah keretanya.Dia ditegur lelaki Cina itu.
"Abang,saya mau tanya sket buleh ka?" tanya apek itu."Ya,nak tanya apa?"Ahmad menjawab."Lu olang Melayu kan...apa pasat semua perempuan Melayu kena pakai itu tudung ka?Wa tengok pakai itu banyak panas,tadak selesa woo!" Ahmad kaget sebentar."Apasal kau tanya camtu?"
"Tadak apa,wa cuma mau tanya...mau tau saja," jawab apek itu."Dalam Islam pempuan kena tutup badan,jadi itu pasal kena pakai..."
"Ohoo...saya tanya lagi aa..itu Muhammad...apa pasai lu olang manyak respek sama dia?" tanya lagi apek itu."Dia Nabi orang Islam,Rasul..dia pembawa agama Islam," jawab Ahmad."Oh,ya ya ya,saya ada dengar itu Lasul,Lasul...itu Jejak Lasul,iklan selalu keluar tv....selalu orang Melayu ada sebut." Apek itu mengangguk2 kepala.
Amin melangkah mendekati mereka berdua,"Apsal Mad?"
"Dia ni nak tanya-tanya," jawab Ahmad. Apek itu memandang Amin lalu menghulurkan tangan bersalam."Kawan u ka?Saya mau tanya sikit lagi kalau u boleh tolong sama saya,boleh?" tanya apek itu lagi.Amin dan Ahmad mengangguk kepala.
"Itu kan,saya ada selalu dengar orang Melayu panggil orang Cina kapir,kapir..itu apa meaning dia?Apa pasal bila Melayu sebut itu kapir,bunyi macam orang Melayu tadak suka sama orang Cina woo..." Amin dan Ahmad terkedu,tak tau nak jawab apa."Err,kafir tu gelaran yang digunakan untuk orang bukan Islam.."
"Saya tau itu kapir,tapi apa pasal bila Melayu sebut itu word aa,bunyi dia ada bunyi racist?Saya mau tanya apa pasal..." tanya apek tu sungguh-sungguh.Amin mendekatkan dirinya dengan Ahmad,"Mad,dia ni dah macam nak carik gaduh aje ni..." Ahmad memandang Amin,menyruh dia cool down."Chill bro,chill.."
"Itu nama saja,ada orang kadang2 dia extreme atau melebih-lebih...sebab tu u dengar macam racist.Itu orang u tak payah peduli la.." jawab Ahmad tenang. Apek itu angguk2 tanda setuju. "Saya mau tanya lagi,apa pasal orang Melayu mau makan halal punya benda?Pasal apa itu halal orang Cina pun kena ikut jugak?" tanya apek itu.
"Hoi,dah kaum kau kontrol ekonomi kena la ikut,kau tak nak ikut tak payah la buat bisnes kat sini!" herdik Amin hilang sabar.
"Betul,betul...tapi saya ada pelik juga apa pasal orang Melayu mau halal punya food tapi tak banyak maa orang Melayu yang bukak bisnes food product..." apek itu menggelabah sedikit.Amin naik berang."Kau nak kata orang Melayu malas la ni!Kurang hajar punya Cina!"
"Sabar Min..sabar," Ahmad cuba menenangkan Amin.
Apek itu berundur ke belakang sedikit kerana gentar agaknya.
"Sori abang,sori...last..wa janji ini last soalan......Siapa Allah?Apa pasal lu sembah dia?.............macam orang Cina ada semayang sama Buddha,olang putih semayang sama itu Jesus tapi lu punya Tuhan tak ada nampak...siapa itu Allah?"
Amin tak dapat mengawal diri..dilayangkan penumbuknya tepat ke muka apek itu.Tergolek apek itu di atas tanah memegang pipi."KURANG HAJAR!Kau dengan kawan-kawan kau,kaum kau,balik China lagi bagus!" jerit Amin.Pekikan yang kuat itu menarik perhatian orang ramai.Pegawai Masjid di situ terus menerpa mereka.
"Encik Chong,kenapa ni Encik?Encik ok?" tanya pegawai itu kepada Encik Chong yang masih lagi duduk di atas tanah memegang pipi sambil mengesat bibir yang luka."Aiyoo,u pigi banyak lama woo...cari seluar ka buat seluar?" tanya Encik Chong kepada Pegawai Masjid itu.
"Saya lama sebab mau cari seluar saiz u banyak susah.Visitor ramai..U mau masuk masjid mesti tutup lutut..u pakai seluar pendek mana boleh masuk..dah lah,jom masuk masjid.Pakai kain ni...nanti saya tengok kalau ada first aid kit" kata nya sambil menghulur sehelai kain pelikat berlipat rapi.
"Tak payah la..tadi wa manyak excited mau tanya pasal itu Melayu punya agama tapi sekarang wa tak mau la.." kata Encik Chong menghulurkan kembali kain yang diberikan.
"Tapi Mr,Chong..." sayu suara Pegawai Masjid itu."Tak payah! No need for this nonsense..." kata Encik Chong berlalu pergi ke arah kereta Mercedesnya.
Pegawai Masjid itu merenung Ahmad dan Amin tajam..."Apa yang jadi ni?" Ahmad dan Amin diam...Sejenak kemudian,baru Amin buka mulut..."Dia mempersoalkan Islam! "
"Memang la dia mempersoalkan Islam,dah dia tak tau hapa2 pasal Islam.Hang ni buat malu Melayu aje la..yang hang pii tumbuk dia pasaipa?" kata Pegawai Masjid sambil berjalan.Beberapa langkah kemudian,dia berpaling kepada Amin."Bukak rantai kat leher tu.Tak elok lelaki pakai rantai ni,gelang tu pun sama....kalah orang pompuan!" katanya tegas.
Merah muka Amin.Bertambahlah lagi merahnya bila kata-kata itu didengari oleh sekumpulan gadis yang sedang leka mengambil gambar masing-masing menggunakan DSLR dengan gaya mulut muncung macam ikan tembakul, sambil ada seorang dua yang menjeling tersenyum memandang Amin.
Ahmad berlagak pura2 tidak kenal Amin.Laju dia berjalan menuju ke keretanya.
Gelang perak yang dipakainya senyap2 dimasukkan dalam poket. "Nasib baik dia tak perasan.." fikir Ahmad dalam hati....
P/S: Nak copy ke nak post dekat mana-mana,silakanlah kalau kau rasa benda tu berguna.Aku bukannya penulis professional yang nak mengamuk macam sesetengah photographer poyo kalau kau copy paste benda2 sini.Kau rasa bagus,copy.Takyah mintak izin pun takpe.Tak nak kreditkan aku pun takpe. -CursingMalay
Tazkirah: Menunggu Lampu Isyarat.
Dalam kehidupan seharian, kerap sekali kita akan bertemu dengan lampu isyarat. Jika dibilang, mungkin kita menghabiskan masa berminit-minit hanya untuk menunggu lampu isyarat bertukar daripada merah ke hijau.
Daripada kita sekadar membuang masa menunggu, apa kata bermula hari ini kita berazam untuk memanfaatkan masa menunggu lampu isyarat dengan zikir.. ya, zikir dan sucikan hati kita tatkala kita sedang menunggang motosikal atau memandu kereta. Mudah dan hebat bukan?
P/S: Pesanan khidmat masyarakat dipinjam daripada I Luv Islam.
Wednesday, June 8, 2011
"Awek" Erul Af9 Kena Troll.
Annyeonghaseyo. HAHA Siang tadi kawan aku bagi fb sorang budak perempuan ni, dia cakap boyfriend dia Erul Af9 tu. So aku pun godek-godek lah. Tengok dia ada buat in relationship dengan Khairul apa tah nama penuh si Erul tu. Aku gelak je sebab tak percaya. Yelah, dia bermati-matian bagitahu kat budak2 yang add dia kt fb yang dia ni awek Erul. Ko tak rasa cam whattdehel? hahaha.
So aku usha lah wall dia, nasib baik tak private. Kawan aku suruh add dia, sebab boleh komen2. Tapi aku tak add perempuan tu sebab wall dia jenis public, boleh letak komen terus. So takyah susah-susah nak add. Aku scroll lah kat wall dia sampai aku jumpa satu wall post ni. Terus aku serbu dia hahaha. Sumpah lawak doh tengok reaksi. Lets baca ;)
Kalau tak nampak tekan lah pic ni kasi besar punyaaa~
At last dia cam takut kantoi kann, dia delete wall post ni. muahaha. Kan aku ada cakap yang aku nak tanya Erul pasal ni kan, aku memang betul-betul tanya kat Erul, sebab aku dah lama ada Fb original si Erul ni. Zaman-zaman mentor lagi dah friend dengan dia. Tapi lepas dah lama-lama tu, aku delete balik soalan tu. haha Malas nak panjang kan cerita, takut masuk beautifulnara je nanti ;p
Lepas tu dia cam tak puasa hati gan aku, dia add aku kat Fb, korang aku nak approve ke? haha Memang tak lah.. BAIDEWEI, dia ni adalah budak sekolah. Lahir tahun 1996 kot.
And link gambar yang aku bagi kat budak perempuan dalam ni adalah gambar kat bawah ni, aku jumpa Erul masa kat rumah terbuka. Wewit. Pic ni adalah 2/3 tahun lepas. Lama dah -,-
P/S: Selamat Hari Raya korang. muahahahahah
Ada yang kata ni lesbian?
semuanya perempuan
P/S: Nak kahwin ke tak? Nak ke tak? Nak ke tak? Tak ke nak? Bujang~
Subscribe to:
Posts (Atom)