Thursday, May 31, 2012

Instagram: Nazim Nasri

Instagram is trending nowwwww.


 
 
 
 
 


Sebenarnya apps Instagram ni dah lama. Tak tahu lah kenapa skang baru nak up. haha. Kalau dulu trend gantung DSLR kat tengkuk. Skang install apps Instagram dalam peranti APPLE ataupun ANDROID je. Snap snap terus edit gittew. Aku guna applikasi instagram ni pakai iPod je :)


Wednesday, May 30, 2012

Kolej Poly-Tech Mara


Agaknya Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) dah boleh hire aku jadi juru cakap untuk Kolej kot. Lagipun apa guna aku amik course Corporate Communication kan? Kena lah polish my PR. Tak gitu? :)

Kadang-kadang aku ada dapat emel daripada bakal-bakal pelajar yang nak tanya pasal KPTM ni. Sebab ada yang tahu aku study kat KPTM KL ni. 

1st thing aku nak bagitahu, nama saya Muhammad Nazim bin. Nasri known as Nazim Nasri. Tak famous pun kat kolej, tapi dapat la keluar TV selama 10 saat untuk ujibakat Cornetto Uda dan Dara haritu. Ambil jurusan Komunikasi Korporat (Corporate Communicaton- BK101) semester 2 dan bakal masuk semester 3 July ni. *tengah cuti semester bro*

Okay, aku bukan nak introduce pasal KPTM panjang berjela. Tak koser la nak type panjang-panjang Misi Visi Kolej, Piagam Pelanggan ke apa jadah bagai tu kan. kalau nak tahu, masuk je KPTM. lol. Yang best pasal KPTM ni, lagu rasmi Kolej jelah. hahahaha

Untuk first timer yang nak tahu pasal KPTM ni, boleh bukak website ni: WEBSITE RASMI KPTM
KPTM ni ada website ikut negeri (branches), kalau aku KPTM KL, so ni link untuk website KPTM KL


Lepastu kalau nak tengok bidang pengajian, rujuk gambar kat bawah ni yer. 

(klik kasi besar)


Korang bukannya tak reti guna internet kan? So pandai-pandailah klik mana-mana link okay?. Kalau rasa susah sangat, boleh emel kat aku ( naziem581@gmail.com ) atau call je KPTM tu. hahahaha KPTM TAK BAYAR AKU SURUH BUAT KERJA NI YE. Ni sebab nak tolong korang-korang yang nak tahu pasal KPTM je.

Kalau pasal Yuran pengajian, Yuran Pendaftaran dan Yuran Penginapan boleh refer kat KPTM terus. Aku tak tahu course apa yang korang amik. Lepas tu pasal pinjaman PTPTN dengan MARA ni, kalau nak hidup aman sejahtera sikit better amik MARA lah. hewhew :) 

Untuk pertanyaan rasmi boleh click link ni: FAQ
Untuk pertanyaan tak rasmi boleh tweet @NazimNasri atau emel kat contact me atas tu .

KPTM KL (HQ)
Alamat:
Jalan 6/91, Taman Shamelin Perkasa,
56100, Cheras
Kuala Lumpur
Malaysia

Telefon:             03-9281 9700       ext. 230/205
Fax:             03-9281 5764      
_____________________________________________________________________________
pergi kelas pakai headphone. apa ada hal :p

Sunday, May 27, 2012

Kali Pertama Berada Diangkasa



Seharian tak tidur sebab excited nak naik udara.. Pukul 4 pagi dah sampai LCCT and boarding ke destinasi jam 630 pagi..

Almaklumlah selalu naik kereta atau bas je.. Kali ni naik belon pula kata orang Sarawak hihi..

Malam tu kiteorang naik bas dari KL Sentral ke LCCT. Amik masa 1Jam je. Masa aku sampai LCCT utk kali pertama, aku ingatkan IKEA. Nampak tak betapa jakunnya aku. Hohoh

Pagi tu masa check in, kena check dgn Polis.. Biasalah kena raba-raba lepas acan badan.. Bag aku dah sumbat dalam scanner. Tapi Blackberry letak dalam poket. Mana la aku tahu handphone tk lepas. So kena letak masuk scanner jugaaa. Adoi..




Pastu menapak kat lapangan terbang.. Nebesnyaa jangan cerita la. Pertama kali kot.. Masa naik kapal terbang tu macam macam aku fikir. Hahaha Paling teruk dok teringat cite Final Destination dengan Dark Flight.. Hahahahahh..

Aku dpt duduk kat tepi tingkap.. So memang bajet berani lah kan. Macam macam aku tanya kat member mcm mana kapal terbang ni nak naik. Wehuuuu.. Bestttt :))

Bila dah berlepas sikit ke udara, aku tengok lapisan langit.. Cantik sang at-sangat.. Hmm jakunnya aku :((

Then bila dah sampai deatinasi yang dituju. Turin kapal terbang, rasa seolah olah Datin Paduka Rosmah Mansor melawat kawasan.. *bebetulkan tudung*

p/s: takde lah scary sangat naik flight ni. Lol cakap besar :p

Thursday, May 17, 2012

Wednesday, April 18, 2012

iPod Touch: Hadiah Sempena Hari Keputeraan ke-19.

Hye kawan-kawan sila jeles okay! Hadiah hari lahir ke-19 saya kali ni dapat iPod Touch. hehe. 
Dok merengek-rengek nak iPad, last-last semalam terus pergi EPI Center Pavilion beli Ipod Touch ni. :p

Alhamdulillah. Rezeki.



Bila dah dapat iPod ni, blackberry aku letak merata-rata je. HAHA. Walaupun bile keluar kawasan yng tak ada line internet, tetap bimbit iPod ni. Haihhh. :p

Ohh btw kawan-kawan, tujuan asal nak gadget mcm ni sebab aku suka camera and picture editor. Since now trend menggunakan Instagram, aku sangat ketagih. hewhew. Application pertama yg wajibul download adalah apps untuk ber-Twitter, second adalah Instagram. haha.

Instagram: Nazim Nasri







P/s: Tengah tunggu banyak hadiah yang tengah pending. HAHAHAHAHAH :p

Sunday, April 15, 2012

Titanic 3D: Kate Winslet seperti Nur Fazura


Aku bukanlah peminat tegar filem Titanic. Ada orang tu, asal ada Titanic, melayan je lah. Kalau aku, idak ler. Macam semalam, aku tak nak pun tengok Titanic. Pulak tu 3D. Aku tak suka 3D sebab pening tengok screen dia.

Ada satu iklan sebelum movie start. Kelakar nak mampos hahaha. Satu panggung mengekek gelak kuat-kuat tengok iklan ni. 



Kalau sebelum ni aku tengok wayang sekadar tengok je, faham tak faham belakang cerita. Janji terhibur. but now tak lagi. Every single script aku cuba fahamkan. Ada pengajarfan yang dia nak bagi. Best sangat bila kita dapat faham jalan cerita. hewhew.

Titanic is always the best. But then still nampak fake bila waktu malam and kapal tu berlayar. hehe. Tapi memang awesome. Fyi, kalau tak silap aku filem Titanic 3D ni mengambil masa 6 tahun untuk disiapkan dan menelan belajan ratusan juta. Awesome :))


"Hidup ini adalah suatu kurniaan, jangan sia-siakan" -Jake Dawson
"Hati wanita seperti lautan penuh rahsia" -Rose Dawson


KATE WINSLET ada iras seperti NUR FAZURA :)

 

 

Friday, April 6, 2012

Hari Keputeraan Nazim Nasri. Thank you Amir Luqman.

hye 
assalamualaikum
:)


Selepas berhari-hari jadi ni kan. baru lah nak update pasal birthday hehe. ada je lagi mention kat twitter yang aku tak reply. sorry lah. terlalu banyak kot nak reply satu-satu. tapi aku cuba cari balik semua tweet tu, then aku reply k? haha walupunnnn -____-"

Kalau kawan-kawan nak tahu. hari ahad lepas bertarikh 1 April 2012 adalah Hari Keputeraan Muhammad Nazim bin. Nasri yang terhensem ni. kah kah kah

Malam sebelum tu (sabtu), aku pergi ICT Shah Alam dengar family. Jalan-jalan luangkan masa. Gittchewww. Plan dengan member nak pergi makan kat Satay Station jam 10 malam. Tapi Jam 11.45 masih di ICT. Gua dah neves dah ni sebab dah terlebih masa. By the time aku dah cuak sebab battery low. Sedih betul pakai BB.

Lepastu dah sampai rumah pe semua, kemudian pergi Satay Station Ampang, tapi dah tutup. Sedih betul :(

Terus mengesot ke NZ KLCC. Kiteorang gerak dengan 2 pacuan empat roda. Masa tu dah pukul 1 lebih. BBM dengan Twitter dah berkicau mintak di reply. Tapi battery hausss di aidilfitri.

Kemudiannnnn. Semua ajak balik. Ok bosan. Kesian aku sebab macam takde celebration. hahaha. *mengharap sebenarnya*



ada banyak gambar tapi malas nak upload huhu



Aku dok tengok si Rif ni drive lalu kat Istana Budaya. Ingatkan nak lepak tasik kat situ. (ada tasik ke?)
Kereta lagi satu tah mana-mana dia ghaib. Dan-dan la si Aim ni haus nak air bagai. Tadi taknak pulak. AKu tak expect apa-apa yang berlaku pun masa ni. Tengah fikir nak lepak dan berjimba sahaja. Dapat lah aku coklat Cadburry dan Kit Kat dua bungkus. HAHA Keji sangat. -.-

Lepas tu aku dok layan coklat tu, tak tengok kiri kanan pun. nampak la bohsia-bohsia kereta lagi satu tu dok memekik kat car park. Dok menyalak terjerit-jerit. aku tension betul tengok depa.

Bila turun je kereta. Gebushhhhhhhh kena kejar
*masa ni aku tak tahu lagi motif kena kejar sampai lah ternampak belon kat tepi jalan*

Lepastu aku nampak la pondan-pondan ni dok usung plastik kunyit dengan tepung gandum. Hanjj betul. Lepastu dok saje bakar lilin sparkling tu. Dah rupa mercun. Jenuh dok meniup tapi tak nak padam lilin tu. Memang dasar dengki budak-budak ni -.-




And yeah. Hadiah yang paling aku nak sekali adalah jam tangan berwarna biru. HAHA. Finally saya dapat juga. Thank you Rayy for this present. Dan terima kasih juga kepada Amir Luqman kerana dia wish birthday saya. :D

AMIR LUQMAN