Saturday, August 31, 2013

Nyanyi Lagu Negaraku Dalam Panggung Wayang

Semalam sambut malam Merdeka kat KLCC. Keluar rumah dalam pukul 6.30 petang. Tapi tak tahu nak buat apa kat sana, so cadang nak tengok Tanda Putera. Tapi bila fikir balik, dua tiga minggu lagi mesti keluar ASTRO first. So tengok cerita Martial Instrument je.

Sejak-sejak ni kan ada cerita pasal nyanyian lagu Negaraku dalam panggung wayang kan. Kawan tanya lah, lagu Negaraku dah lepas ke. Sebab  kiteorang masuk lambat time tu. Dia ingat aku kerja situ kot tahu dah lepas ke belum lagu Negaraku tu? -.-"

Tak sampai seminit lepas dia cakap, keluar audio suruh penonton berdiri untuk nyanyi lagu Negaraku. Rasanya semua orang bangun untuk hormat lagu Negaraku time tu. Tak tahulah kenapa diorang gelak-gelak bila suruh bangun untuk nyanyi lagu Negaraku dalam panggung wayang. hmm



Bagi aku lah. That is a good way how to respect our country. Habistu bila lagi nak nyanyi lagu Negaraku? Korang bangun pagi ke dan buka TV1 masa dia mula siaran untuk dengar lagu Negaraku? Tak kan? And aku rasa takde masalah pun kalau kena nyanyi lagu Negaraku dalam panggung wayang kan? :)

Kita akan bangga dengan Malaysia bila bendera Jalur Gemilang dan budaya Malaysia ada kat luar negara. Time tu lah baru nak "I'm Proud To Be Malaysian".

P/s: Selamat Hari Kemerdekaan KE-56. Semoga Allah sentiasa merahmati dan melindungi bumi Malaysia. :)

Tuesday, August 27, 2013

PTPTN, Mid-term dan Nescafe

Assalamualaikum.

Minggu ni minggu mid-term. Tak la busy mana, dua subject je. Tapi killer paper ah bagi aku. Paper media & publicity dengan entrepreneurs. Lagi satu tengah busy dok uruskan final year project dengan drama production.

Study media &publicity sampai terburai nescafe

Bila dah nak habis study ni kan, aku macam tak tahulah kenapa rajin belajar. Masa awal-awal dulu malas nak mampus. Dapat 3 pointer tapi tak dekan. Looser gila rasa. Mungkin usia dah menginjak 20 ni baru sedar yang PTPTN tu nanti kena bayar sendiri dan bukan mak bapak aku yg bayar. haha.

Nasib baiklah aku guna PTPTN tu untuk 3 semester je. Now pakai tajaan MARA. So aku kena struggle habis untuk deans semester ni dan sem depan. So aku berdoa dan berharap yang MARA akan jadi scholarship seterusnya aku hanya perlu focus bayar PTPTN jer (RM 12K + bunga). Insya-Allah.

Lagi satu aku struggle untuk kali ni sebab nak cuba dapatkan tajaan belajar kat luar negara, which is kat UK. Entahlah, kalau ada rezeki, ada la. Kalau takde, study kat sini pun okay sajoo.

Doa-doakanlah supaya aku berjaya dalam pelajaran. hehe. Anyway sekarang ni aku dah pandai minum Nescafe, haha. Tapi tak addict lah. Sedap gak aku buat air. lol

Esok ada paper Entrepreneurship. bye korang.

Monday, August 26, 2013

Jangan Kacau Orang Tidur

Aku sebenarnya dah lama nk update pasal ni. Tapi bukan pasal Emma Maembong, tapi pasal "Jangan Kacau", especially time tidur. Oh aku memang pantang kalau orang kacau aku tidur. Boleh bawak bergaduh kot. Seriously serious.

Aku paling tak suka kalau orang kacau tidur. Selalunya yang kena kacau time tidur ni waktu siang lah. Kalau malam tu tak heran sangat, sebab waktu tidur kan. Well korang pun tahu kenapa orang tu tidur. Obviously sebab letih. Kalau nampak orang tidur tu, tolong la hormat sikit.

Aku pernah menangis stress sebab tak dapat tidur. haha. Selalunya sebab kena kacau lah aku nak tidur. Time tu lah ada orang panggilm ajak bersembang, suruh tu suruh ni. Urghh. Tapi bila time tak tidur, sikit pun orang taknak kacau. Tak paham aku.

Tapi masa bulan 6 haritu aku demam teruk, 3 hari tak tidur. Kalau dapat tidur pun, 10 minit je sepanjang 3 hari tu. Seksa sangat, menangis-nangis gak lah sebab tak dapat tidur. Badan kejang gitu. Air mata lelaki priceless kot. hahahahaha. K!

So bila dah kena macam tu, barulah rasa macam sedar diri sikit betapa nikmatnya tidur yang aku kufurkan. Selalu tidur lewat, tapi tak buat apa-apa pun. Kan kufur namanya tu. Tapi skang masih tidur lewat. Aku tak tahulah kenapa terjal sangat aku ni.

Erm aku ni memang jenis takkan kacau orang tidur. Sebab aku tahu macam mana menyirapnya bila tidur kena kacau. haha. Lepastu aku kalau nampak kucing tidur pun aku tak kacau depa. Kalau nak naik tangga tu, aku slowkan tapak kaki aku supaya tak dengar foot step. wuuuuu.

Aku tiba-tiba macam nak update pasal ni sebab ter-tengok video Emma Maembong kena kacau time tidur dengan adik dia kot. Kesian sangat sampai nangis-nangis. Macam tu ler aku rasa.


P/s: Aku tak boleh tidur kalau lampu terpasang. Akan bertambah stress and sakit kepala. 

Sunday, August 18, 2013

Tiga Ramadhan terakhir di Rumah Datuk Siti Nurhaliza

Sepanjang bulan Ramadhan lepas, menu utama aku masa sahur adalah McDonald's. HAHA. Seriously, setiap kali sahur mesti nak McD, sampai ada 1 hari tu lagi 2/3 minit nak azan subuh, aku still mengunyah burger sebab terlambat sahur.

Sampai lah 3 Ramadhan yang terakhir, aku still dok menyondol McD. Apa nak buat, dah feveret aku. Then sebelum nak balik kampung keesokannya. Aku rasa macam malas nak balik rumah awal-awal masa lepas sahur. So aku dengan si Naqib ni dok lah meronda KL subuh-subuh adam tu.

Tapi rasa macam dah bosan sebab asek KL je. So aku cadang nak naik Bukit Antarabangsa. So bila dah nak Bukit Antarabangsa ni, rumah yang aku nak sangat pergi adalah rumah Siti Nurhaliza. Mana taknya, rumah dia dah lah besar bagak. Dengat cerita harga RM7juta. Gilaaaaa tak nak pergi?! *menangis laju-laju*



So aku decide nak lalu depan rumah Siti. Saje lalu buat lepas rindu. haha. Psycho gila. Nasib baik ingat jalan. Sebab aku pernah lalu sebelum ni. Ermm aku dah macam histeria kejap dalam kereta sebab lalu depan rumah besar Siti. Mueheh. Lawa sangat. Gelap je time tu. Mungkin tak bangun sahur kot hahahaha.




Teringin nak bertandang rumah Siti. Sepatutnya awal tahun haritu dapat peluang datang rumah dia. Tapi time tu ada kelas :(

Kbailah.

Friday, August 16, 2013

Jadikan aku seperti sebuah Televisyen.


“Oh Tuhan, malam ini saya ingin meminta kepada-Mu sesuatu yang sangat istimewa. Jadikan saya sebuah televisyen. Saya ingin mengambil kedudukan televisyen. Menikmati kehidupan sebagaimana peti telivisyen di rumah saya. Saya akan memiliki ‘tempat’ tersendiri dalam hati keluarga sehingga mampu menjadikan keluarga sentiasa berada di sekeliling saya.
Saya akan diberi perhatian serius ketika bercakap. Saya ingin menerima penjagaan yang sama seperti televisyen.
Ayah akan menemui saya setiap kali ayah pulang dari tempat kerja walaupun keletihan. Ibu pula bersama-sama saya saat sedih dan kecewa, bukan mengabaikan seperti sekarang.
Seterusnya, saya mahu abang dan kakak berusaha memperuntukkan masa untuk bersama-sama dengan saya.
Saya mahu merasakan bahawa keluarga sanggup mengetepikan kepentingan lain untuk meluangkan waktu bersama-sama saya.
Akhirnya, jadikan saya mampu membuat semua individu yang saya sayangi itu merasa gembira dan saya menghiburkan mereka. Tuhan, saya tidak meminta lebih dari itu.
Saya hanya mahu hidup seperti televisyen pada setiap masa.”
Selesai suaminya membaca esei tersebut, suaminya berkata:
‘Kasihannya, anak ini miskin kasih sayang. Ibu bapanya terlalu teruk!’
Mendengar itu, tangisan si isteri semakin kuat.
‘Abang, itu karangan anak kita!’

Tuesday, August 13, 2013

Rambut Lelaki

Rambut aku tak pernah lawa. Nak tiru style Beckham, jadi rambut Safee Sali. Nak rambut macam Zac Efron jadi rambut Zed Zaidi. Haa parah-parah. Kadang-kadang aku berterima kasih kat bantal dan kipas. Sebab bila bangun tidur, rambut aku lawa nak mampos. Rasa macam taknak mandi pun ada.





Teringin rambut macam dia ni ha. zzz

Saturday, August 3, 2013

GANJARAN PAHALA SELEPAS MATI.



Semalam ada baca belog Hanis Zalikha pasal Kebaikan Rambang atau Random Act of Kindness. Terus rasa nak vacuum rumah. Tetibe je kan. Nampak tak keberkesanan penulisan yg mengajak kebaikan. giteww.

Tapi untuk yang Yizlumik sikit bagi menjayakan #PositivelyMalaysia disamping membawa lebih kap ba ro kap alif ta nun (KEBERKATAN) ni, ada beberapa cara mendapat pahala berterusan walaupun sesudah mati (:

Media preview