Friday, August 16, 2013

Jadikan aku seperti sebuah Televisyen.


“Oh Tuhan, malam ini saya ingin meminta kepada-Mu sesuatu yang sangat istimewa. Jadikan saya sebuah televisyen. Saya ingin mengambil kedudukan televisyen. Menikmati kehidupan sebagaimana peti telivisyen di rumah saya. Saya akan memiliki ‘tempat’ tersendiri dalam hati keluarga sehingga mampu menjadikan keluarga sentiasa berada di sekeliling saya.
Saya akan diberi perhatian serius ketika bercakap. Saya ingin menerima penjagaan yang sama seperti televisyen.
Ayah akan menemui saya setiap kali ayah pulang dari tempat kerja walaupun keletihan. Ibu pula bersama-sama saya saat sedih dan kecewa, bukan mengabaikan seperti sekarang.
Seterusnya, saya mahu abang dan kakak berusaha memperuntukkan masa untuk bersama-sama dengan saya.
Saya mahu merasakan bahawa keluarga sanggup mengetepikan kepentingan lain untuk meluangkan waktu bersama-sama saya.
Akhirnya, jadikan saya mampu membuat semua individu yang saya sayangi itu merasa gembira dan saya menghiburkan mereka. Tuhan, saya tidak meminta lebih dari itu.
Saya hanya mahu hidup seperti televisyen pada setiap masa.”
Selesai suaminya membaca esei tersebut, suaminya berkata:
‘Kasihannya, anak ini miskin kasih sayang. Ibu bapanya terlalu teruk!’
Mendengar itu, tangisan si isteri semakin kuat.
‘Abang, itu karangan anak kita!’

No comments: