Wednesday, November 27, 2013

Assignment paling susah kat dunia!

Haa dah nak dekat sebulan tak update blog sebab terlampau busy dengan urusan dunia. Well alhamdulillah aku dah tamatkan semester 5 yang sangat hazab bagiku. Terik mentari, petir, halilintar ribut segala bagai aku dah lalui dengan tenang. Alhamdulillah syukur ya Tuhan.

Masa tengah shooting dalam rumah
Trivia assignment:

1. Story board dengan tagline kena REJECT bulat-bulat.
2. Jumpa kawan-kawan minta idea untuk TV ads
3. Present idea baru. ACCEPTED. nak sujud syukjur je rasa.
4. Pelakon dengan camera man last minute takleh datang.
5. Terpaksa jadi bidan terjun berlakon sendiri
6. Setiap hari kena bangun awal pagi untuk pergi shooting & siapkan kertas kerja
7. Benda paling lama nak siapkan adalah kena kira bajet RM600K
8. Bergaduh dengan rakan seperjuangan jangan cerita lah, setiap masa gaduh. HAHA
9. Editing TV ads punya iklan siap hanya sejam setengah.
10. Berlari masuk dalam Pustaka Rakyat time kedai nak tutup dah.
11. Bawa printer ke hulu kehilir sebab takut tak sempat print. 
12. 24 jam tak tidur hari-hari terakhir sebelum present pagi tu.
13. Print proposal pukul 5 pagi sebelum present.
14. Print story board pukul 8 pagi sebelum present.
15. Beberapa perkara terpaksa dirahsiakan. hahahah kerana terlalu mengaibkan 



Alhamdulillah semuanya dah selesai. Eventhou' tak menang untuk TV ads dengan Jingle (radio ads). Tapi kiteorang make it well kat proposal dengan poster. Walaupon proposal tu aku design pukul 2 pagi dan print pada pukul 5 pagi. krukk krakk bunyi printer. hehe.

Menangis tak tengok kertas-kertas ni? haha
Kalau ada tempoh masa setahun, setahun jelah hadap calculation 600K ni je

Aku tak sempat nak snap gambar proposal yang dah siap tu sebab terlalu rushing, tapi ni ha dia isi dalam proposal yang diiktiraf sebagai creative. Creative keeeee? :3


Ini je yang termampu untuk ditayangkan, sebab proposal terlalu tebal. Tak masukkan lagi design budget RM600K tu. Proposal ni berbentuk booklet dan lari daripada idea asal. Sebab last minute kann print. hahah. Tapi alhamdulillah bila lecturer kata ini adalh creative. So saya gembira tanpa was-was. hehe

So yang kedua, group aku menang untuk poster yang full of details dan menepati syarak. HAHA. Well sebab kita dah belajar konsep Z dalam poster, so aku apply kat the real one. gitcheww. Ini sebenarnya poster ala kadar yang aku rasa asal ada je sebab nak siapkan assignment. Tapi bila dah diubah niat kepada aku buat assignment lillahi taala, so ini je lah hasilnya. Masih mendapat tempat dihati lecturer :p


2 comments:

penaberkala said...

power buat poster dan video rupanya
boleh la tolong ajar nanti

Nazim Nasri said...

penaberkala: Video aku upah orang je buatkan. tp tgh belajar sikit2 editing video hehe