"Sabar lah nak. Mak tak ada duit ni."
Setelah kematian suaminya dan hilang pekerjaan. Sabariah tiada lagi punca pendapatan. Mahu dipanjat tangga jabatan kebajikan sudah beberapa kali permohonan ditolak.
"...tok...tok..tok..." Pintu rumah Sabariah diketuk.
"Assalamualaikum puan" sapa seorang wanita lewat 40an bersama suaminya.
"Waalaikumussalam.. Kenapa ye puan?" ujar Sabariah.
"Kami berdua tinggal dihujung taman sana. Dengar khabar ada jiran yang memerlukan bantuan." sambil menghulurkan beras, gula, garam dan beberapa keperluan asas.
"Alhamdulillah. Baiknya hati kamu berdua. Semoga Allah berkati" puji Sabariah sambil menangis.
"Sebagai manusia, ini adalah tanggungjawab kita jika ada diantara jiran memerlukan bantuan." balas wanita berhati mulia itu.
Aku saja nak bagitau sebenarnya ada satu-satu masa kita kena jaga tepi kain jiran.
Bagi kes budak OKU yang umur 15 tahun tu kan. Korang takde kat situasi mak dia. Korang semua comment macam sebenarnya korang nampak apa yang berlaku tu depan mata korang.
Aku tengok rata-rata yang dok komen pasal kes budak OKU yg ditinggalkan sorang kat rumah tu macam tak boleh fikir, terus tuduh melulu yang mak dia tu bagi alasan je kat media. Korang tak pernah rasa susah, korang takde anak OKU. Susah korang level berapa? Cukup sifat anak korang banyak mana. Kau tak faham apa yang hari-hari dia lalui.
Kau tahu masa bila mak dia suapkan anak dia tu makan?
Mungkin kali ni mak dia dah betul-betul tak mampu nak tanggung anaknya yang lain upaya tu.
Allah jentik hati penguatkuasa untuk buat serbuan. Allah temukan budak OKU ni dengan penguat kuasa. Dah tengok video yang mereka rakam? Aku tak tengok habis sebab tak sanggup. Tapi ada dengar apa orang-orang yg ada kat situ cakap?? Rata-rata mengucap panjang, terkejut. Pegawai bertugas serta merta menyuruh orangnya belikan makanan dan minuman untuk budak tu makan.
Tolong lah ada sifat baik sangka terhadap orang lain. Tak semua orang nasib dia sama macam kita. Kalau kau rasa diri kau ada sifat kemanusiaan yang tinggi, patutnya perkara pertama yang kau kena buat adalah berbaik sangka. Bukan terus tuduh mak dia tu bagi alasan kat media tak tahu procedure untuk minta bantuan. Hidup jangan nak salahkan orang je. Fikir dulu. Mungkin harini tak kena kat awak semua, sampai satu masa kena kat anak cucu cicit. Ingat balik apa yang pernah awak tuduh kat orang-orang yang kita tak tahu salah betulnya lagi.
Susah lah nak educate orang.
Tu sebabnya wujud jurusan Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Supaya besar tak jadi bodoh.
Bye.