Friday, December 30, 2011

(Gambar) Sepanjang Tahun 2011

Assalamualaikum semua. Harini adalah jumaat terakhir sebelum ber-labuh-nya tirai 2011. Banyak perkara yang berlaku sepanjang tahun ni. And semuanya adalah kenangan yang tak dapat dilupakan.

Alhamdulillah Allah masih izinkan kita bernafas dan mencari rezeki dimuka bumi yang dipinjamkannya..Harini aku nak share sikit beberapa gambar-gambar aku sepanjang tahun 2011 hihi. Okay okay. Tak suka tengok entry ni boleh tekan butang [X] sekarang. Sebab ni blog aku. Erkk :)

KOLEJ. Dunia baru. Belajar di IPT sangat berbeza dengan sekolah. Susah nak cakap. Kolej life sangat best and alhamdulillah aku tak culture shock hihi. Paling best sebab dapat kawan baru dan belajar untuk develop diri. Awesome :)


Hostel. Untuk kali pertama dan terakhir aku duduk rumah yang dinamakan HOSTEL atau ASRAMA. Walaupun hostel aku ni adalah sebuah penthouse yang mega besarnya memuatkan seramai 20 orang. Tapi. ermm takde pape lah. haha. Best duduk hostel ni sebab ramai kawan and ada McD sebelah rumah. Tiap-tiap malam selalu lepak bistro. Oh yang penting aku tak pernah mandi kolam renang kat bawah tu.


Baju koyak masa presentation. Oh ini adalah kenangan yang aku takleh lupa. Masa ni hari jumaat. Nervous sangat atau baju ni kain murah. Entah lah. Koyak dicelah ketiak. Biasalah orang gemukkan. Apa nak buat. Maka jadi, jadilah. huhu. Sebelum presentation start, aku balik rumah cepat-cepat pastu tukar baju lain huhu. :)


Anugerah. Disebalik kejadian baju koyak kat atas tu ada hikmah disebaliknya hihi. Siapa tahu kan. Petang selepas presentation tu, ada majlis penganugerahan kecil-kecilan kepada student BK101; subject Masscomm. Aku dapat anugerah most promising student, sebab aku adalah class rep. huhu. Thanks Sir Azrul. :')


OctTwtFest. This is awesome ever man. hihi. For me lah kan. Ini adalah the largest gathering yang menghimpunkan penguna Twitter and what happen kan, event ni adalah salah satu daripada catatatn Rekod Dunia. Good job Aida Sue and Faliq Fahmie. Aida Sue semakin famous. Selamat Pengantin Baru sista :)


Shila Amzah. Tahun ni adalah tahun yang banyak kali aku jumpa Shila Amzah. Best kot. Paling best bila lepak shopping dengan dia awal-awal tahun haritu dengan Aress and Yana. Eh Shila adalah artis favorite 2011 yer. And well, dia dah kenal saya. muahaha. :)


Siti Nurhaliza wish birthday. Ini adalah penyjuk hati dikala handphone rosak masa tu. hihi. Eh best gila lah bila artis kesayangan wish birthday kita. Seronok gila. haha Jeles tak kawan-kawan? :)


Join video clip lagu english Siti Nurhaliza: Falling In Love. Ini juga merupakan kenangan terindah dan terkelakar bagi aku. haha. Adoyai. And baju biru tu adalah baju kesayangan serta warna kegemaran. Wohooo. And most of my friend memang suka bahan aku dengan video clip ni. Menari songsang la sundel. Malu haha. 

*****

Sebenarnya ada banyak lagi perkara-perkara yang best berlaku sepanjang tahun 2011 ni. Tapi kat atas ni jelah yang terlintas dalam kepala otak aku memalam ni. haha. Kalau nak diceritakan memang penuh ahh page blog aku ni. Gittew. Tapi dalam suka, mesti ada duka. Dalam tahun 2011 ni aku kehilangan 3 orang. Dua daripadanya adalah kawan dan sorang lagi adalah Tok Long aku.

  • Yang pertama adalah pemergian Arwah Megat yang aku baru kenal 17 jam sebelum dia meninggal dunia. (entry ini)
  • Yang kedua adalah pemergian Arwah Shahrul Nizam @ Nikki yang dah lama tak aku tak contact. Baca (entry ini) untuk cerita selanjutnya.
  • Yang ketiga adalah pemergian Arwah Mansor bin Mat Kaus. Iaitu Tok Long aku yang meninggal dunia beberapa hari lepas. 

Al-Fatihah .


Selamat menyambut tahun baru kepada seluruh penduduk dunia. Semoga Allah memberkati hari-hari yang mendatang. Insya-Allah. Lagi beberapa hari je nak buka semester baru. Tak sabar rasanya :D

P/s: Planner 2012 dah ada. Nak kena tulis schedule untuk activity 2012. Wohoooo.

Kau percaya kat vampire dan hantu pocong ataupun hari kiamat 2012?



Assalamualaikum.

Harini nak cerita pasal KEPERCAYAAN tentang kata-kata yang diucapkan. hikhokhikhok bersama Nazim Nasri. :p

Tahu tak kepercayaan itu adalah suatu perkara yang sangat penting? Untuk mendapatkan kepercayaan kita kena buktikan yang kita ni boleh dipercayaai. Sebab kepercayaan ini adalah suatu pengaruh yang sangat besar dan berat. Betul tak kawan-kawan.?

Korang pernah dengar tak cerita pasal rumah banglo berhantu yang kat SS2 Shah Alam tu? Sebenarnya tak ada apa pun. Tapi disebabkan satu Malaysia bercakap benda yang sama dan percaya perkara macam tu. Maka perasaan tu timbul lah.

Okay, contoh senang lah. Kenapa kat Malaysia orang percaya ada hantu pocong? Tapi kat US tak ada pun hantu pocong dan dorang tak tahu pun amende tu pocong? Sebab rakyat Malaysia banyak bercakap pasal hantu pocong. Dan semua percaya kewujudannya. Betul tak? Sampai jadi takut. -..-

Kalau kat US, kenapa dorang percaya wujudnya Vampire yer? Tapi kat Malaysia vampire tu mesti kau feeling2 nak kapel dgn dia, sebab handsome macam Edward Cullen. Tak takut pun. Nampak tak situasi dia cemana? :)

Sekarang ni kau percaya tak tahun 2012 tu hari kiamat? Siapa yang cakap eh? Kenapa korang boleh percaya cakap mereka? Sedangkan kiamat tu rahsia Allah yang paling besar. Nabi pun tak tahu bila kiamat. Inikan manusia biasa yang sering melakukan khilaf. :)

P/s: Maaflah kalau entry ni tak sebagus yang korang sangka. Aku tulis mengikut pendapat aku je. Yang baik daripada Allah, yang silap daripada diri sendiri. Selamat hari jumaat. :)

Thursday, December 29, 2011

Lirik Lagu Najwa Latif kearah murtad??




Tahukah anda? Kalau dengar lagu Cinta Muka Buku oleh Najwa Latiff, harap2 jangan ikut nyanyi sekali la yea, sebab ada bait lirik yang boleh bawa kita kearah murtad. Kalau boleh tak payah dengar langsung. ni liriknya:

~ Banyak persoalan yang berada diminda
~ Banyak tanda tanya dan juga kata cinta
~ Otak kata jangan hati pula kata ya
~ Hidup tak menentu adakah ini cinta
~ Banyak soalan banyak juga jawapannya
~ Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
~ Harus pejam mata dan cuba apa saja 

O.k, tipu jer. Amboi, menyanyi ikut rentak nampak? HaHaHaHaHaHa



P/s: Aku ketawa berdekah bila dapat broadcast msg ni semalam. hewhew 

Wednesday, December 28, 2011

(gambar) Pantai Teluk Lipat, Dungun Terengganu Dipukul Ombak. | mini tsunami

Assalamualaikum semua.

Berita tak berapa nak lewat sangat. Cuma malas update je. Tapi kena update untuk menyampaikan berita mutakhir. Sebagaimana yang korang tahu beberapa hari lepas berlaki mini tsunami atau ombak besar yang menyebabkan hakisan tanah yang teruk di persisiran pantai hingga menyebabkan jalan terpaksa ditutup kepada orang ramai.

dah tahu ombak besar yg gatal duduk tepi tu buat mende

Aku sebenarnya baru tahu melalui twitter dan terlihat beberapa keping gambar kat blog Koqin. Agak terkejut lah. Nasib baik takde sedara mara tinggal kat sana. Haihhh. Allah kalau nak turunkan bencana. Kat mana-mana je. Agak menakutkan la bila tengok gambar-gambar ni. Jalan raya di Pantai Teluk Lipat yang hancur setengah daripada saiz asal. Makin mengecilkan peta kita nanti huhu.



kena hempas dengan air je pun. itu pun batu jalan hancur. 
kalau orang? mau tak meninggal?





Kenapa lah orang-orang kita ni degil nau. Dah bagi amaran jangan berada kat area-area situ waktu-waktu mcm ni. Nak juga pergi tengok. Awak semua bukan boleh terbang. Terkedek-kedek lari. Pastu menyusahkan orang lain nak selamatkan awak. huhu. Hati-hati lah bila hujung-hujung tahun. Banyak bencana. Dengan hujan lebatnyaa. Haishhh

P/s: Orang-orang Pantai Timur takyah la bayar bil ASTRO bulan ni. Tak dapat siaran pun time hujan lebat. LOL -sumber gambar


P/s: Siapa nak join dalam Video Clip Yuna.?

Tuesday, December 27, 2011

Remaja pengsan melihat Siti Nurhaliza di Kedai Buku.

"Who's that girl? Siti sebagai Madonna"

Siapa yang pengsan tu? Siapa? Siapa? hahahaha. Tajuk nak gampak je. Gambar kat bawah ni yang ala-ala rockstar ni adalah gambar pertama yang aku dapat daripada BBM. hiksss. Sebut je nama Siti, semua orang tahu. Takyah nak sebut nama panjang. Is it? :p

Semalam pergi bookstore cari majalah GLAM Jan 2012 yang dikira wajib beli. lol. And aku beli yang ala-ala rockstar ni lah. Sebenarnya ada 4 cover yang korang tahu, daripada aku perabis duit RM32 beli 4 majalah sekali tapi isi kandungan majalah semua sama. Baik aku beli satu je. hahaha. 


 


minnie 
Minnie Mouse

 
Ilham daripada video clip Madonna: Nothing Really Matters





Monday, December 26, 2011

Jarak Neraka dan Matahari

Jarak antara matahari dengan bumi adalah lebih kurang 149,680,000 km. Sangat jauh, tapi itu pun kita dah boleh terasa bahang panasnya matahari. Di akhirat nanti jarak antara kita dan matahari hanya sejengkal. Bayangkan keadaan kita nanti, dapatkah kita tahan betapa panasnya matahari? Ini bukan borak kosong, ianya pasti akan terjadi pada kita semua suatu masa nanti. Masanya akan tiba, tapi telah bersediakah kita dengan amalan yang akan menyelamatkan kita dari kepanasan itu? Itu baru matahari, 1 dari 70 bahagian kepanasan api Neraka

Saturday, December 24, 2011

Tahukah Anda Rakyat Malaysia Pemalas?

Seramai 85268283653953 warga Malaysia yang tahu membaca malas baca nombor2 tersebut. Jadi mereka terus skip dan sambung membaca. Tanpa mereka sedari ada huruf B di antara nombor2 itu. Dan mereka sedang mencari huruf B tersebut tapi mereka tak nampak sebab mmg tak ada =='


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Official Video Patah Seribu by Shila Amzah

Salam. Kepada semua peminat Shila Amzah. Korang skang dah boleh menangis sakan tengok kecomelan dan ke-sweet-an Shaarnaz dan Shila Amzah. Video clip Patah Seribu baru je release kejap tadi. hihi. Arghhh comel gila. Comel gila. Shila Amzah super comel. Muahhh Muahh Muahhh..

* Kenapa Shaarnaz pakai gelang kaki sampai dua belah kaki?
* Aku rasa Shila Amzah ni tak cukup tidur, nampak tak ada 3 layer eye bag dia. Kesian dia :(

  


VERSION 1


VERSION 2



Dua-dua version adalah lebih kurang je. Tapi aku prefer version kedua lah. Tapi sebenarnya dua-dua adalah super mega maha best. hohoho. Sedih kot tengok MV ni. Superduper cute ^_^

i love you Shila Amzah <3



Friday, December 23, 2011

Kenapa kita tak boleh dengar lagu Bruno Mars (It Will Rain)

Kalau dengar lagu It Will Rain by Bruno Mars , harap2 jangan ikut nyanyi sekali la yea, sebab ada bait lirik yang boleh bawa kita ke arah murtad ( for Muslims) .
kalau boleh tak payah dengar langsung, tak ada faedah pun.. .

Ini lirik nya :
There's no religion that could save me ( tiada agama yang boleh selamat kan aku )

No matter how long my knees are on the floor ( tak kira berapa lama melutut di lantai )

TIADA AGAMA ? :O jaga².Allah murka nanti, sebab kita terleka.Tolong sebarkan ! Jika kamu sayang Allah
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, December 20, 2011

Siti Nurhaliza sebagai Madonna @ Majalah GLAM edisi Jan 2012


I said FUCK! Damn Gorgeous this beautiful creature. almost menjerit kat food republic pavilion yesterday. lantas bangun dari kerusi dan menuju kestiap bookstore. Belum dipasarkan lagi!. I want this! Babe i love her so much. Like i care kalau orang nak cakap aku mengada. hihi ;)

BBM picture dan avatar twitter saya adalah gambar beliau. Cantik bukan? :)



Saya tak boleh akses facebook saya! Ini serious.



BOLEH SIAPA-SIAPA JELAS KAN PERKARA INI? =..="


Saya tak lupa password pun. Saya ada dua facebook, tapi facebook lagi satu boleh je akses walaupun tak aktif. Tapi facebook yang saya aktif, tak dapat diakses. Hmm :(



Friday, December 16, 2011

Katakan Tak Nak!



Bila orang kata #taknak tu #taknak lahh. Aku paling tak suka bau rokok dan asap rokok. Boleh mati lemas tau. Honest said, aku pernah cuba sekali merokok dan berjaya habiskan sebatang rokok. LOL. Tapi sumpah lah rokok tu adalah neraka dunia. Dah la tak sedap, pahit lak tu pastu bau asap lekat kat mulut dan baju.

Lu bajet style lah kalau merokok tu? Bazir lah. Sumpah bazir. Bila sedut tu, tak kenyang pun. Dapat asap busuk jer. Menyesal tahu tak merokok ni. Nasi baik lah tak gian.




Heh. By theway aku sebenarnya join photo contest / duit free. hehe. Bersahaja nak cuba ;)

Amalkan gayahidupsihat yer kawan-kawan.takyah la merokok. Serious membazir. Betul membazir. Percayalah. Bazir itu sebahagian daripada amalan syaitan.

Thursday, December 15, 2011

Saya menang iPod Shuffle

Assalamualaikum kawan-kawan hihi. Apa khabar semorang? :D

Harini ada berita gembira. Padahal berita ni dah basi dua-tiga hari lepas. hihi. Ingat tak haritu aku ada join Contest Eazy Izzuddin? Ingat tak? Err tak ingat? Yelah sebab aku takde followers yang betul2 baca blog aku ni. Sedih :(

Tapi apa-apa pun. Aku tetap nak update entry. Æª(˘⌣˘)┐ ƪ(˘⌣˘)ʃ ┌(˘⌣˘)ʃ
Entry paling gembira untuk bulan December. haha. Sebab aku dah dapat hadiah X-Mas. LOL. Haa untuk pengetahuan korang semua lah kan. Keputusan pemenang untuk contest Eazy dah keluar dah kelmarin. hewhew.


Korang nak tahu aku menang apa? mihmihmih :p


PEMENANG UTAMA

1X iPOD Shuffle


iPOd Shuffle


Korang ada? Tak ada kan. *berlagak gila*
Syukur alhamdulillah sebab menang contest yang dapat hadiah grand gila. Ingatkan dapat kerete kuning tu hihi. Eh korang tak percaya ke aku menang? Jeles eh. haha. Nah pergi tengok pepuas entry dia. 


Sila tinggalkan ucapan tahniah diruang comment mahupun di shoutmix. Okay thanks. Assalamualaikum :p
Kak Hanim baca mesti dia sukaaaaa sebab dia jeles kita menang iPOD.. And battery BB aku confirm lambat drain. weeee~

Terima Kasih Eazy Izzuddin, Kak Hanim dan NurAizuddin. ahahahah xD
Aku lah kaki kipas mereka semua ni. Jeles lettew.


Tuesday, December 13, 2011

Tips untuk menaikkan seri wajah muka menggunakan kalimah Allah..

Baca ayat ni dengan mengadap ke arah cermin.

ya badiyah
ya nur
ya hadi
ya allah
ya allah
ya allah

tiup di telapak tangan n sapu di muka mula dari bawah dagu n ke dahi dan keseluruhan muka sebanyak 3x bersama selawat...insyaallah..



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, December 11, 2011

Saya nak minta maaf.


Sebab lambat blogwalking and reply comment kat setiap entry. Tengah demam nih. Demam kali kedua untuk bulan ni. hmm Insya-Allah akan berbuat demikian secepat mungkin. Sorry yer kawan-kawan. T__T





Friday, December 9, 2011

Bakal ayah mertua aku disamun Mat Rempit.


  • ND Lala. Ayah kepada penyanyi Shila Amzah. (bakal isteri)
  • Disamun oleh 15 orang rempitan ketika berhenti di sebuah stesen minyak
  • Kejadian berlaku selepas ND Lala melepaskan hajatnya ditandas dan masuk kedalam pacuan empat roda berjenama BMW.
  • ND Lala dikepung oleh rempitan sejati ketika beliau sedang membaca khidmat pesanan ringkas (sms)
  • Lokasi kejadian berlaku di Jalan Genting Klang sekitar jam 3.30 pagi waktu tempatan.
  • Cermin kereta BMW beliau dipecah menggunakan topi keledar. (Jenama APOLLO barangkali. Helmet ARAI mahal, takkan dorang nak balun kan. )
  • Kerugian sekitar RM4000.
"Mereka menggunakan topi keledar mengetuk cermin sisi penumpang sebelah pemandu hingga retak dan meminta saya menyerahkan wang, telefon bimbit, dan bag duit serta mengugut ingin membunuh saya"

Ps: Kesian pak mertua saya kena samun. Patah seribuuuu hatikuuu :(


Thursday, December 8, 2011

Wednesday, December 7, 2011

K-pop? euwww yucks bluwekkkk





Sian la kat kau dik kalau betul kena aniaya. Haihhh..
Aku tak faham betul sampai seribu lebih yang komen kat entry tu kutuk Amira Afiqah ni. Apa yang dibanggakan sangat tah kepop tuh lahai.

#np berdua bersatu by forteen

Wordless Wednesday: Seterika Rambut.



Tolong sedar diri.

Assalamualaikum semua.

Malam ni mood aku down sikit. nasib baik tak gila meroyan. huhu.. buat masa ni aku okay sikit. esok tatau ah cemana..

Aku teringat kata-kata kawan aku: "Nazim, kau ni aku tengok jenis yang suka jaga hati kawan-kawan. Betul tak?" Kak Nita jawab apa uolsss, betul lah tuh. huhuhu..

Hmm kawan-kawan semua. Pernah kan dengar pepatah buat baik berpada-pada, jangan sampai kena pijak kepala. (buat jahat jangan sekali tu takde gunanya, tak sah kalau tak buat jahat)

Tak salah kita nak jaga hati kawan-kawan. Memang sangat dituntut supaya kita tak menyakiti hati orang lain. Tapi silalah berpada-pada. Maksud aku kat sini, kalau kau nak miliki hati malaikat sekalipun tolong lah fikir hati sendiri. Buat apa kalau kau jaga hati kawan-kawan kau kalau hati sendiri sakit dan terseksa?

Fikirlah siapa kawan sebenar kita. Bagi aku, sahabat sebenar aku adalah hati aku. Aku selalu bercakap dalam hati. Aku selalu mengadu kat hati.. Allah tahu segalanya. Allah dengar rintihan hati kita. Tolonglah fikir untuk diri sendiri. Kita perlu pentingkan diri sendiri dalam satu situasi yang sepatutnya. Jangan risau kalau kawan-kawan kau tinggalkan kau sebab kau melakukan sesuatu yang bermanfaat dan betul untuk diri sendiri.

Kawan-kawan. Pernah tak saat korang bersedih, kecewa, tetapi tak ada seorang pun disekeliling korang yang dapat korang jadikan tempat curahan hati?? --Ketahuilah, itulah saatnya dimana Allah ingin kamu berbicara kepada-Nya (QS 12:86)..

Tenangkanlah dirimu, rasakan kehadiran-Nya. Dengarkanlah suara-Nya yang berkata:
"Jangan khuatir, Aku ada disini bersamamu..." (QS 2:214, 2:186, 50:16)




P/s: Ini pendapat aku, aku terima pendapat orang lain. Lain orang lain pendapat. Belajar daripada kesilapan.


Tuesday, December 6, 2011

The Ultimate Year End Giveaway by Nisa Kay

NEW Giveaway BANNER

Korang adalah wajibul ghunnah join give away ni sebab korang telah ditadahakan dengan 77 jenis hadiah yang ditawarkan untuk korang. Peluang korang untuk menang sangatlah cerah seperti suria.fm. Korang tahukan perayaan Hari Natal atau Krismas adalah tak patut diraikan bagi orang Islam. So kalau korang nak feeling-feeling dapat hadiah daripada Santa Claus, join la GA ni. Sah sah dapat hadiah gak bulan December ni. kahkahkah =="

Korang tak percaya ke ada 77 hadiah tu? Tolonglah percaya. Kalau aku tipu apa yang aku dapat? Tu sebab aku join GA ni. Kalau aku tipu, takde kerja lah aku nak buat entry GA ni. Buang masa. Baik aku tidur :p




SPONSOR:-

Monday, December 5, 2011

Adik Khairul Fahmi Che Mat meninggal dunia!



DariNya kita datang, kepadaNya kita pergi! Perjalanan terakhir Mohd Amirul Izzat Che Mat, 16thn., adik kpd Khairul Fahmi Che Mat yg pulang ke Rahmatullah jam 11.30am td krn denggi & demam panas. Takziah diucapkan.







Thursday, December 1, 2011

Teka Teki hilang RM1

Saya nak beli baju RM97 tp sy xde duit.
So sy pn pinjam la RM50 kat kakak, RM50 kat adik.
Skrg saya ada RM100 dlm tgn.
Lps beli baju, cashier plgkan RM3.

Sy pun plgkan RM1 kat kakak. RM1 ktt adik.
Lg RM1 sy pegang.

Skrg ni sy hutang kakak RM49, hutang adik RM49.
Tp bila sy campur dua2 hutang kakak n adik, RM49+RM49= RM98.
Campur duit dlm tgn sy RM1=RM99. Mana lagi RM1 duit sy?




P/s: Aku rasa mcm dah dapat jawapan :)

Sebalik tabir pembikinan video clip Falling In Love (Siti Nurhaliza)

Aku tatau nk update entry apa. Update entry yang sepatutnya dua bulan lepas. Tapi harini baru nk berupdate hehe. Tapi banyak gambar jelah :p