Saturday, October 29, 2011

Mak Aih! Contest Blog Eazy Izzuddin?!

Mak Aih ! Contest Blog Eazy Izzuddin ?!

Salam. 

Kita nak join contest ni. Contest bloger retis. Contest kali ni datang daripada blog Eazy Izzuddin. Eazy ni suka warna kuning tau kawan-kawan. Tak tahu lah kenapa warna kegemaran Jaafar Onn dia minat. Bunga-bunga matahari gitu. hihi. Jangan marah eh Eazy, gurau je. Jarang orang suka warna kuning ni tau. Ermm jap nak teka. Aku rasa Eazy suka warna kuning sebab dia datang dari Negeri Perak. Bendera Perak ada warna kuning. Kalau tengok banner contest ni ada lah unusr-unsur freemason sikit. #eh hahaha. Tak lah. Unsur-unsur warna bendera Negeri Perak, iaitu Kuning Hitam dan Putih.

Aku kenal Eazy Izzuddin ni dekat dalam laman sosial yang penuh dengan freemason dan iluminiti, iaitu Twitter (@EazyIzzuddin). Eazy juga merupakan peminat tegar Nazim Nasri (@NazimNasri) si retis tu. *kening-kening*. Kali pertama aku berjumpa dengan Eazy Izzuddin ni dekat #OctTwtFest di Digi HQ Shah Alam. Lepak makan malam bersama blogger-blogger femes adalah sangat awesome.Terima kasih Twitter sebab menemukan kami. lol. ( gambar Eazy tak upload lagi, so takde bukti -..- )

Kalau kawan-kawan nak tahu. Kita orang berdua ni satu kampung tau. Bukan setakat satu kampung je. Malahan satu kawasan perumahan di kampung. Hebat tak? Hebat tak? Kau adaaa? Tak ada kan? hihihi. Aku dapat tahu ni pun sebab tengok number plat motor dia start daripada huruf A. Kalau kawan-kawan nak tahu kalau no. plat start daripada huruf A, negeri dia adalah Perak. So kami bersembang lah pasal kampung masing-masing. Kalau nak bercerita pasal kereta SUZUKI Swift warna kuning dalam header tu, aku belum berkesempatan nak tengok dan sentuh kereta tu malahan tak tahu no. plat dia apa. haha So takde cerita pasal kereta kuning tu. Ah sudahh. Tiba-tiba teringat Volkswagen Kuning kat Jalan Karak. jenglot betul -..-

Driving Back Home
Abang Eazy. Timing camera ni berapa saat eh? Penat tak pose semsorang? :p


Nazim Nasri dan Eazy Izzuddin
Aku gunakan gambar ni sebagai edisi membodek penganjur blog. 
Cemburu? #eh :p


Korang kenal tak Nisa Kay? Nisa Kay ni lagi lah famous amos. Nisa dengan Eazy ni adalah student Unisel. Haa percuma je aku promote blog Nisa ni. Mintak payment please.  hihi. Kalau tak silap Eazy dengan Nisa ni baru lepas graduate dua-tiga minggu lepas. Eazy ambil  Bachelor Of Finance (hons) dan Nisa ambil course Mass Communication.

Bagi pendapat aku, Eazy Izzuddin ni adalah seorang yang easy going ataupun easy come easy go (okay tipu je). Pada masa singkat, bagi pendapat aku tentang Eazy ni adalah dia sangat baik sebab belanja aku sizzling mee haritu.hihi. Dia juga yang seorang soft spoken and tak mudah marah. Paling penting dia ni tepati masa. Itu sangat best pasal Eazy ni. 

Lagi satu Eazy ni seorang photographer. Kalau kawan-kawan nak tahu, Eazy Izzuddin beli camera DSLR tu menggunakan duit dia sendiri sepanjang dia belajar di Unisel. Katanya, dia beli camera DSLR tu adalah hasil simpanan duit tabung yang ayah dia bagi kat dia sepanjang 6 semester dia belajar. 

Mak aihh. Kemain panjang berjela entry aku kali ni. Contest je padahal. Nak membodek bukan main panjang lebar. haha. Okay kawan-kawan, kalau nak tahu tubuh badan aku pernah masuk dalam screen DSLR Eazy Izzuddin tau. hihi Macam lucah je bunyi dia. Nak tengok? Nah tatap pepuas. kalau nak bvaca entry yang dia tulis untuk aku boleh baca di sini.

Nazim2 Nazim1

Smile Nazim3

Nazim4 Black & White

Shhhsshh Nazim5

Gambar-gambar kat atas ni waktu aku lepak kat Mid Valley dengan Eazy haritu. So alang-alang tu, aku "say cheese" ah kat camera dia kan. hihi. Oh yea. Kalau nak tahu, baju warna biru ni lah aku guna untuk shooting video clip Siti Nurhaliza: Falling In Love. haha. Malu siaa -..-


Okay aku dah tak tahu nak berleter apa lagi. Almost 2 jam aku spend time untuk contest Eazy Izzuddin ni sebab nak menang ipod punya pasal. huhuhu. Okay, last but no least. Ni video unedited. Harap-harap menang sebab aku dah delay 2 jam masa study. Isnin ni dah ah final exam. Nazim Nazim =.="


Kualiti video adalah sangat menyedihkan. Pakai webcam, falling in love sebagai lagu latar menggunakan youtube dan cahaya menggunakan spot light camera blackberry -.-

Entry ni terlalu panjang. So nak promote entry ni macam payah sikit sebab terlalu panjang sangat nanti, takut ada yg keliru. So siapa-siapa yang nak join tu boleh click kat sini. Hadiah dia sangat awesome. Kalau tak, aku takde lah gigih sangat nak join kan. ;)

hadiah2

Hadiah Utama
1x  iPOd Shuffle  

Hadiah Tempat Pertama
2x LOVELY SLEEVELESS DRESS & 3 SHAWL & T-shirt for men + topup

 Hadiah Tempat Kedua
1x LOVELY SLEEVELESS DRESS & 2 SHAWLS / T-shirt for men + topup

 Hadiah Tempat Ketiga
 3x SHAWLS/ T-shirt for men + topup

 10x Hadiah Saguhati



P/s: Aku join contest ni sebab nak menang iPod tu laaa. Battery blackberry selalu drain sebab dengar lagu je so nnt kalau dah ada iPod, bb ni akan di anak tirikan lah. Aishh. lagi satu susah nak trasfer lagu. Biasalah BB kan. banyak nau masalahnya. hihi. Harap-harap menang. Penat bersengkang mata. Makesure iPod tu berskala besar sebanyak 16GB boleh la nanti letak 16 tahun punya album Siti Nurhaliza. kbye :p

8 comments:

aslann said...

HAHA boleh menang ni! bodek cukup rasaaaa! LOL. lagi 2 hari je nak tamat contest...cemana ni..xde idea nk present entry... -.-

DRC said...

wOOOwwww!! banner mcm gempak... igtkan menang swift tu...hahahaa

Nazim Nasri said...

@aslann as AKu sarankan kau jangan join lan. aku tahu kau banyak idea. please k lan. jangan join -..-

Nazim Nasri said...

@DRceria Tak pernah lagi tgk orang buat contest kat blog bagi hadiah kereta hahah

Blog Eazy Izzuddin said...

hahaha
thanks ouh for joining...
dah baca
i like !
hehehe

bicara mak dara said...

Tahniahhhhh Dik... =)

Nazim Nasri said...

@ADZA IRDAWATI aka MAK DARA Terima kasih mak dara :D

HazHand said...

wahahhaa, tahiniah dooo!