Thursday, July 5, 2012

Maksud 786 dalam lagu Alhamdullillah (Too Phat)

Apakah maksud di sebalik 786 yang sering terpampang di papan tanda perniagaan India Muslim. Terdapat dua pandangan dalam menjelaskan maksud dan misteri di sebalik penggunaan nombor 786 yang jelas kelihatan di setiap perniagaan restoran India Muslim.

Pandangan pertama merujuk kepada kaedah memberi nilai angka kepada huruf-huruf Arab. Ia bukanlah diperkenalkan oleh India Muslim. Penggunaan nilai nombor kepada huruf-huruf arab sudah lama dipraktikkan dan mudah dilihat dalam perubatan kuno tempatan yang menjadikan ia sebagai bahan perubatan alternatif. Setiap huruf dalam bahasa Arab diberikan nilai nombor yang berbeza.


487156_3614314991424_1282929346_n.jpg

Daripada gambar di atas ni, ditunjukkan bahawa setiap huruf ada nilai-nilai dia yang tersendiri. Jadi, dalam ayat basmalah, hasil tambah semua nilai-nilai huruf tersebut ialah 786. Kalau tidak percaya korang boleh je nak kira. Selamat mencuba...

Perubatan tradisional kuno pernah menjadikan nilai-nilai nombor ini sebagai susunan kombinasi yang digabung menjadi tangkal. Melalui inisiatif penjelasan pendidikan agama kepada masyarakat secara berterusan, ia tidak diamalkan pada hari ini.

Nombor 786 yang digunakan oleh peniaga India Muslim di papan perniagaan bukanlah tangkal sebagaimana dilakukan oleh pengamal perubatan tradisional kuno. Nombor-nombor yang wujud di papan tanda tersebut membawa kepada maksud perkataan bismilah.

Wednesday, July 4, 2012

Apa itu Corporate Communication?

Q: Salam. Err . Ni nk tumpang tanya ni . Bole tk cite kn skett serba serbi pasal course corporate communication ? Mekasihh.



A: Hye. Wasalam..

Corporate Communication?

Selalu orang anggap Corp.Comm ni macam Masscom (Media Communication). Tapi sebenarnya Corp.Comm ni part of Masscom.

Maksudnya Masscomm adalah satu course yg besar, dan dibawahnya ada banyak cabang. Salah satunya adalah Corporate Communication..

Dalam Corp.comm, lebih kepada PR (Public Relation). Kita punya attire pun more to smart casual and formal. Dalam Corp.Comm ni banyak belajar tentang isu semasa, berfikir luar kotak, menyelesaikan masalah dan banyak lagi benda menarik..

Masa semester 1 dulu saya banyak belajar tentang theory, berdebat, kupas isu semasa, filem..

Semester 2, kena buat event (haritu buat charity event kat zoo negara), short film..

Now saya dah semester tiga, baru nak masuk 1st week, dalam sem 3 ada subjek photography, Public Relation, writing in Mass Media and beberapa subjek lain..

Tq :)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, July 1, 2012

Isteri Dr Morsi Tolak Gelaran Wanita Pertama, Tetapi Khadam Pertama


Isteri+Presiden+Mesir+Puan+Najla'+Mahmud.jpg

Isteri Presiden Mesir, Puan Najla' Mahmud mengulangi pendirian beliau sebelum ini menolak gelaran 'Wanita Pertama' untuk dirinya. Beliau turut mengulangi ucapan suaminya semalam bahawa Presiden tidak memiliki apa-apa hak melainkan kewajipan yang mesti ditunaikan yang berbeza dengan rakyat yang mempunyai hak sambil menggelarkan dirinya sebagai 'Khadam Pertama' bagi menggantikan gelaran 'Wanita Pertama'. 

Kata Najla' lagi, sesiapa boleh memanggilnya dengan "Ummu Ahmad" atau "Saudari Najla" atau juga "Hajah Najla" sambil mengingatkan bahawa Islam tidak pernah membezakan antara satu sama lain.

Selepas suaminya diumumkan sebagai Presiden, aktiviti pertama beliau ialah menziarahi ibu As-Syahid Mahmud Sulaiman, seorang pemuda yang terkorban dalam revolusi yang berasal dari wilayahnya, Syarqiyah. -sumber


P/s: Tiba-tiba teringat kat Datin Paduka Dr. Rosmah Mansor. First Lady katanyahhh!! 

Friday, June 29, 2012

New Born Baby (28 Jun 2012)


Selamat menjadi milik abang ye Nikon D3100 hehehe
Semoga menjadi anak yang berguna dan tak rosak akhlak :p
nak bagi nama apa eh? haha 

Tuesday, June 19, 2012

Iz Sulaini finalis OIAM terjun juram akibat putus cinta.





Hye. Salam subuh. brr. Title drama habis dah. Tahu tak aku tak boleh tidur sekarang ni. Tadi aku dok melayan video clip terbaru Iz Sulaini (OIAM). Magad. Trauma dik. Intro je nak dekat setahun makan masa dia play. Aku tunggu je, bila dia nak nyanyi. In this video aku tak suka minit 1:07. Ohmagad. Pastu banyak nau dia menganga dalam ni. Miming ke apa? Bukan kalau buat MV kena singalong bagi sama dengan audio ke? #TanyaJer

Tapi yang best dalam video ni, HD dia boleh nampak lubang pori yer. Pastu bandar metropolitan dia. Waterfall dia pun cantik. Hair style dah macam Adam Lambert. Tapi kening? Macam Neelofa dah. Why not? hahaha






P/s: Aku takleh tidur sebab trauma. Dia putus cinta dengan siapa kalau in real life. lol. And to sissy in this MV. Itu je komen akak dik. tibahhh. 

Monday, June 18, 2012

Ujibakat Cornetto Uda dan Dara

"Dik, korang course apa eh?"

"Corporate Communication"

"Oh yeke. Esok datang la ujibakat Uda dan Dara eh. Bagitahu kawan"

"k"

*esoknya*

"You guys pergilah audition tu, pergi satu kelas" <--- K sir. 


So lepas kelas theory tu, semua pergi lobi kolej (Tengah mengingat balik situasi bulan lepas punya hal)
Semua dok pakat tolak-tolak, nak audition atau tak. Maka segerombolan budak BK101 pergi audition.

UDA ke DARA ni? Setan. -___-"

Waiting room senarnya tempat audition stage 1

Bilik audition

Borang markah

So masa audition tu. Aku pun mengelabah ayam lah prepare lagu Shiela Majid. Lagu apa tah. Tak ingat dah. Sampai je turn aku. Memang takleh blah, aku rasa nak campak camera keliling tu. haha Orang tu suruh aku buat lawak. Ye, memang aku ni pak lawak. So tayah la tahu lawak apa aku buat. Aku syak mamat tu gelak terpaksa. So dapat lah aku masuk stage 2. :/

Second stage on that day juga. Maka bertempek la aku kat depan dewan audition tu dengan kengkawan lain. Eksaited bebenor. Momantai aiskrim percuma 3/4 batang. 

So masa audition tu, ada 3 orang juri daripada Era.fm dan orang ASTRO. Masa tu aku dah blank yoww. Tak tahu nak buat apa. Dah introduce diri bagai. Then aku diam. Tatau nak sambung apa lagi dah. So mamat gemuk tu, hahahahahahahaha suruh aku mengacara. Kenapa panggil dia gemuk, sebab dia pedajal aku dalam bilik audition tu :(

Nama dia Rayy, dia suruh aku mengacara sebuah konsert besar. Matilah. Aku terbayang Aznil Hj. Nawawi time tu. Apa aku nak buat ni. Hmm. Lepas tu kan.. Si gemuk tu cakap.

"Dik, kau nervous eh? Cuba tahan sikit perut tu" 

Arghhh stress aku. Dia cakap pasal perut hmm. Mana taknya. Membusung macam orang mengandung. Lepastu dia datang sebelah aku, aku ingatkan nak jadi guest artist. Rupanya dia pegang perut aku, and suruh aku bercakap. Matilah. TV 1dunia tengok kot. Tapi nasib baik masa 1st episod tu, dia tak siarkan muahaha. Oh ye, lepas tu dia suruh aku berlari anak setempat. Amboi. Macam-macam la kau nak kenakan aku ye bang.

saje aku amik jauh-jauh sebab tak nak bagi nampak sangat situasi pegang perut tu :(



Lepastu ada interview dengan dorang. Aku suka gila kot part ni. Wahh macam tengah buat dokumentari gittew. Then interviewer tu tanya, kenapa Rayy pegang perut tadi? Aku nak kata apa? Aku kata la mungkin dia suruh aku kurus agaknya. Tapi dia? hahahah kbai :p

Lepas tunggu 5 kali Deepavali, hari rabu jam 9.30 malam kat ASTRO RIA, aku dari The Curve Damansara jam 9.00 terus balik rumah, drive konon ala2 laju lah, sampai rumah 9.33 malam mcm tu. Nasib tengah iklan. Masa ni untuk episod pertama. Ku menanti lah depan TV, dengan stokin, bag, baju berterabur. Terus melepet depan TV.


Empat orang mak nenek atas ni semua aku kenal. 3 perempuan tu kawan kelas aku. Yang Britney Spears baju biru tu member kepada ARIF @ RIF SUHAILE.

So since dorang ni semua dah adi ARTIS SEGERA. Time lepak dengan Rif, habislah dia kena bahan dengan kiteorang. muahaha. So nak tunggu buka kolej pula. Raha dengan Farah memang kena ah nanti. hahaha.

Rif Suhaile

Raha Raffie

Farah Athirah


Bye korunkkkkk. -___-"

Friday, June 8, 2012