Tuesday, April 7, 2015

Trip to Kelantan

Pantai Cahaya Bulan

Last week i went to Kelantan. Tahun ni banyak travel, just back from Kuantan & Johor Bharu. It's kinda fun bila ada business trip ni. 

Well, Malaysia sekarang banyak conflict antara politik. Tapi as for now lepas dah banyak travel, tak la banyak mana pun. I would say that i love Kelantan, not very much. Tapi boleh lah. I love their culture, Tolak tepi lah hudud apa semua tu. 

I found peaceful in Kelantan. Tak serabut macam KL or Penang. Eventhou' mereka tolak pembangunan. Tapi aku kisah apa, janji tak serabut macam bandar-bandar lain. Orang-orang kampung pun baik belaka. Best dapat sembang dengan strangers, even sometimes being extra-friendly tu annoying. But they're not. Seriously.

Patutnya next month trip to Brunei, Kota Kinabalu & Kuching. Tapi terpaksa cancel sebab taktau lah sebab apa. lol. Ok, i missed nasi ulam and the"jual deh" words after we bought their things. hahaha.

P/s: kadang-kadang kita nak jadi a good example, tapi selalu end-up jadi trouble maker. haiz

Thursday, July 24, 2014

LAGU SUKAN KOMENWEL DALAM ALBUM TERBARU SITI NURHALIZA #FRAGMEN

Aku tak kisah jadi orang paling lambat dapat album Siti Nurhaliza, janji ada hahaha. Rata-rata aku tengok kawan aku time tu dah ramai yang beli album Fragmen ni. Aku dapat dengar preview je dalam whatsapp member aku send. hahaha. At first aku rasa macam biasa je. Ada satu dua lgu je best selain lagu Lebih Indah dengan Jaga Dia Untukku.

Lepastu best friend aku beli sekeping. Aku macam biasa lah, nak pinjam pastu copy dalam laptop. HAHAH Perangai tak semegah. Masa aku lepak member aku bagi je CD Fragmen tu. Sebab dia saje-saje beli. So aku rasa macam rezeki terpijak dalam album Siti Nurhaliza for free. Padahal sebelum ni ada je dapat album free, which is Tahajud Cinta. Album All Your Love beli sendiri. hew hew

At first masa aku dengar preview lagu-lagu dalam album Fragmen ni, aku tertarik dengan satu lagu rancak ni. Aku panggil lagu ni lagu Citrawarna. hahaha Sebab lagu dia rancak and sesuai dengan opening majlis sukan. HAHAHAHAHAHHAHA.. Semalam kan opening sukan Komenwel, so aku rasa lagu ni patut play masa opening sukan Komenwel time kontijen Malaysia masuk. hahaha.. Ni aku attach sikit lagu Warna Dunia.


Anyway jualan album untuk sejak kebelakangan ni sangat teruk. Bukan Siti je. Ramai lagi penyanyi Malaysia dah tak keluarkan album sangat sebab market teruk. Nak pulak zaman teknologi ni banyak cetak rompak. Rugi lah diorang kan.

Kalau korang nak tahu, sejak album All Your Love, Siti Nurhaliza dah buat album tu sebagai copyright. Kiranya tak boleh nak transfer dalam handphone atau laptop untuk elakkan sebarang muat turun secara haram. Tapi sebenarnya ada je cara untuk convert album copyright ni. Tapi tak baik lah kan. Orang cari rezeki huhuhu.

Aku ni suka buat kerja gila sikit. Lepastu menyesal hahahah. Aku kan dah ada album fizikal ni kan. Lepastu pagi tadi aku pergi beli lagu-lagu dalam album Fragmen ni kat iTunes. Aku tak tahu pulak ATM card ada duit lagi. Ingat dah habis. haha So terpurchase. hmm Apa nak buat. Redha je lah kan. :p

Anyway mostly lagu dalam album ni semuanya best. Tapi ada juga lagu feveret. Hari-hari dok zikir dengan album ni. Time kerja pun dok pasang, nak balik rumah pun pasang. Bangun tidur pun pasang. Ohh parah macam ni -,-"


Wednesday, July 23, 2014

JANGAN BUAT MACAM RUMAH SENDIRI

Aku dah dua bulan kerja. Alhamdulillah. Daripada duduk rumah membesarkan perut baik aku kerja kan? Kerja sambilan je sementara nak tunggu study tahun depan. Okay la tu kan..

Anyway aku nak tanya ni, kenapa eh makin lama Malaysia ni berlambak pendatang tanpa izin? Kat area apartment aku tu dah tak boleh bilang dengan jari dah berapa ramai orang Indonesia. Aku takde lah rasa diorang tak boleh menetap kat Malaysia. Tapi paham tak generation diorang makin lama makin membiak kat Malaysia, kahwin lepastu beranak-pinak. Anak bukan sorang dua, ramai pulak tu.

Kerajaan Malaysia tak kawal ke population warga pendatang asing ni? Aku tak tahu lah kalau ada ke kan Kerajaan kawal berapa populasi yang orang negara luar boleh ada dalam negara. Tapi kan aku macam tak puas hati lah jugak sebab terlalu ramai warga Indonesia kat Malaysia ni.

Aku faham warga asing patut ada kat Malaysia ni sebab atas dasar kerja. So part tu aku tak kisah. Tapi aku tengok kat area rumah aku, tak semua warga asing Indonesia tu kerja. Hari-hari melepak saje. Lepastu bergaduh sesama sendiri. Tiap malam aku balik kerja pun takut tau nak balik rumah. Lepastu ada adik kecik, takut la juga kalau kena culik ke apa kan..

Just nak tahu, kenapa Kerajaan Malaysia tak kawal populasi penduduk warga asing yang menetap di Malaysia. Kadang-kadang tak boleh bagi muka sangat kat diorang ni. Mungkin kalau kau ada kuasa, so kau tak kisah diorang nak ada kat sini sebab kau stay jauh dari penempatan warga asing. Tapi kesian lah kat rakyat Malaysia yang tak selesa dengan situasi macam ni.

Aku tak kata semua warga asing ni jahat dan tak bagus. Ada yang friendly and boleh make friends. Tapi tu lah, kalau aku sendiri tak selesa dengan lambakkan warga asing yang ada kat Malaysia ni. Orang lain pun mesti sama.

Jangan sebab duit. Perasaan rakyat dilacurkan.

Friday, July 4, 2014

EMPAT SAAT TANPA HARAPAN

Dekat sebuah hospital, seorang pesakit baru sahaja dimasukkan ke sebuah bilik yang menempatkan dua buah katil. Disebabkan keadaannya yang kritikal, pesakit itu tidak mampu bergerak dan cuma terlantar di atas katil.

Di sebelahnya pula, ada seorang lagi pesakit yang terlbih dahulu dimasukkan ke bilik itu. Pesakit itu juga tiadk mampu bergerak, namun disebabkan katilnya terletak bersebelahan tingkap, maka dia dapat melihat pemandangan di luar.

Mereka berdua berkenalan dan menjadi kawan. Pesakit pertama sedar pesakit yang baru dimasukkan itu mungkin kebosanan kerana hanya mampu terlantar di atas katil. Dia sering bercerita perihal pemandangan yang dapat dilihatnya di luar bagi menceriakan kawan barunya itu.

Ada masanya, dia bercerita berkenaan pokok-pokok yang bergoyang dan daun-daun yang berguguran ditiup angin. Ada masanya, dia bercerita perihal gelagat manusia-manusia yang berada di luar. Dia menceritakan dengan terperinci satu persatu perbuatan mereka.

"Suatu hari nanti, apabila kamu bertambah sihat, pasti kamu gembira dan seronok kerana dapat melihat pemandangan yang saya ceritakan ini." katanya, cuba memberikan harapan kepada kawannya di sebelah.

Namun, berlainan pula dengan kawannya itu. Pada mulanya, dia berasa seronok mendengar cerita pesakit pertama itu. Lama-kelamaan, timbul rasa kecewa dalam hatinya kerana tidak mampu melihat sendiri pemandangan yang diceritakan itu. Perasaan kecewa itu akhirnya bertukar menjadi benci. Dia menganggap pesakit pertama itu sengaja menunjuk-nunjuk kerana katilnya terletak bersebelahan tingkap.

Pada suatu malam, keadaan pesakit pertama itu tiba-tiba menjadi kritikal. Walaupun pesakit kedua menyedari perkara itu, namun dia hanya mendiamkan diri dan tidak meminta pertolongan. Akhirnya pesakit pertama itu menghembuskan nafas yang terakhir.

Keesokkan harinya, pesakit yang sudah meninggal dunia itu dibawa keluar dari bilik itu. Pesakit kedua pula segera memohon supaya dia dipindahkan ke katil yang terletak bersebelahan tingkap. Permohonanya ditunaikan.

Apabila pesakit itu memandang je keluar, tiba-tiba tubuhnya tersentak. Pemandangan yang dilihatnya hanyalah dinding banguna sebelah. Tidak kelihatan pokok-pokok. Tidak kelihatan manusia-manusia yang sering diceritakan kepadanya sebelum ini.

Kini barulah dia sedar, semua perkara yang diceritakan kepadanya sebelum ini cuma imaginasi kawan sebiliknya, yang kini sudah tiada. Tujuannya tidak lain, adalah bagi menggembirakan dan memberikan harapan kepadanya.

P/s: Meratapi kesakitan tidak akan memberi matahari kepada kita. Ia menjadi kubur kepada sang pendengar, maka bunga kemboja menjadi iringan. Mengapa tidak kita memberikan matahari kepada orang sekeliling? Mereka membawa sejambak bunga kenangan ketika kita dalam kehidupan mereka.

Sunday, June 22, 2014

KALAU KAU PEDULI.

"Mak....lapar."
"Sabar lah nak. Mak tak ada duit ni."

Setelah kematian suaminya dan hilang pekerjaan. Sabariah tiada lagi punca pendapatan. Mahu dipanjat tangga jabatan kebajikan sudah beberapa kali permohonan ditolak.

"...tok...tok..tok..." Pintu rumah Sabariah diketuk.
"Assalamualaikum puan" sapa seorang wanita lewat 40an bersama suaminya.
"Waalaikumussalam.. Kenapa ye puan?" ujar Sabariah.
"Kami berdua tinggal dihujung taman sana. Dengar khabar ada jiran yang memerlukan bantuan." sambil menghulurkan beras, gula, garam dan beberapa keperluan asas.
"Alhamdulillah. Baiknya hati kamu berdua. Semoga Allah berkati" puji Sabariah sambil menangis.
"Sebagai manusia, ini adalah tanggungjawab kita jika ada diantara jiran memerlukan bantuan." balas wanita berhati mulia itu.


Aku saja nak bagitau sebenarnya ada satu-satu masa kita kena jaga tepi kain jiran.
Bagi kes budak OKU yang umur 15 tahun tu kan. Korang takde kat situasi mak dia. Korang semua comment macam sebenarnya korang nampak apa yang berlaku tu depan mata korang.

Aku tengok rata-rata yang dok komen pasal kes budak OKU yg ditinggalkan sorang kat rumah tu macam tak boleh fikir, terus tuduh melulu yang mak dia tu bagi alasan je kat media. Korang tak pernah rasa susah, korang takde anak OKU. Susah korang level berapa? Cukup sifat anak korang banyak mana. Kau tak faham apa yang hari-hari dia lalui.

Kau tahu masa bila mak dia suapkan anak dia tu makan?
Mungkin kali ni mak dia dah betul-betul tak mampu nak tanggung anaknya yang lain upaya tu.
Allah jentik hati penguatkuasa untuk buat serbuan. Allah temukan budak OKU ni dengan penguat kuasa. Dah tengok video yang mereka rakam? Aku tak tengok habis sebab tak sanggup. Tapi ada dengar apa orang-orang yg ada kat situ cakap?? Rata-rata mengucap panjang, terkejut. Pegawai bertugas serta merta menyuruh orangnya belikan makanan dan minuman untuk budak tu makan.

Tolong lah ada sifat baik sangka terhadap orang lain. Tak semua orang nasib dia sama macam kita. Kalau kau rasa diri kau ada sifat kemanusiaan yang tinggi, patutnya perkara pertama yang kau kena buat adalah berbaik sangka. Bukan terus tuduh mak dia tu bagi alasan kat media tak tahu procedure untuk minta bantuan. Hidup jangan nak salahkan orang je. Fikir dulu. Mungkin harini tak kena kat awak semua, sampai satu masa kena kat anak cucu cicit. Ingat balik apa yang pernah awak tuduh kat orang-orang yang kita tak tahu salah betulnya lagi.

Susah lah nak educate orang.
Tu sebabnya wujud jurusan Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Supaya besar tak jadi bodoh.

Bye.

Saturday, June 21, 2014

KURANG BERSYUKUR DAPAT KEPUTUSAN BAGUS.

Sehari sebelum keluar keputusan Latihan Industri aku dah tension sampai tahap kritikal. Aku jenis kurang sabar nak tahu apa result yang aku dapat lepas dah berhempas pulas untuk final semester. Aku tweet Sir Jazzie tanya pasal result. Eventhou' dia takkan bagi tahu berapa pointer, tapi cara dia reply tweet aku dah rasa memang kali ni bukan rezeki aku lagi.

He replied me:
"@nxzim_ I know u have tried ur best, but maybe the sky isnt for u this time around"

Heartbreaking siaaa. Aku rasa macam bodoh gila dapat 3.672 je instead of 4 flat. Ada orang cakap aku tak bersyukur dapat pointer macam tu, they said "at least kau Deans List". Look here, ramai orang boleh dapat DL, tapi tak ramai orang boleh dapat 4 flat. Lagipun sem 6 mana ada DL, either Pass or Fail. Itu je. Even my status dah graduate dengan jaya. Aku masih rasa ralat dapat result macam tu.

So malam tu aku pergi dinner dengan kawan. Aku cakap kat dia, "wei, tolong bagitahu aku yang result macam ni tak gelapkan future aku." hahaha macam apa je. Banyak orang cakap result exam tak menjamin sesuatu perkara, hanya Allah yang berkuasa. haa gituh laaaa. Habistuh kenapa ada kebanyakkan orang tak dapat kerja, tak naik pangkat, tak naik gaji disebabkan result kurang bagus. Berapa banyak je yang berjaya sebab nasib, aku berusaha nak berjaya sebab aku tak nampak nasib. Kalau nasib kena, itu rezeki lah. Tu baru betul kuasa Allah. Lagipun tanpa usaha, ingat Allah nak tolong gitu jer? Betul tak? hmm

Tapi apa pun alhamdulillah dengan result macam tu. Cuma sekarang ni aku tak tahu nak study kat mana. Currently baru graduate dari Kolej Poly-Tech MARA KL. Ayah suruh masuk IPTA. Aku okay je, tapi next year la sebab aku lupa amik MUET (lol).

Cuma tu lah, ikut hati nak sambung je Degree kat KPTM so total pengajian dalam 2 tahun setengah. Tapi kalau tukar pergi IPTA, jadi 3/4 tahun. Aku nak jimat masa belajar, tapi dalam masa yang sama nak tukar masuk IPTA. STRESS tahu tak?!

Bye.

Monday, June 16, 2014

Sambung belajar.

Alhamdulillah, akhirnya berjaya tamatkan Dip. in Corporate Communication di Kolej Poly-Tech MARA KL. Sekarang tengah cuti terbongkang sambil part time cari duit nak raya memandangkan allowance MARA dah tamat bulan ni.

Sejak-sejak dapat dean list dulu, aku sangat passionate terhadap pelajaran. Sekarang ni nak sambung study pun tak tahu lah nak study di mana dan study apa. Kalau ikutkan nak sambung je kat KPTM tu & course yang sama. Jimat masa sikit. Tapi hati ni teringin nk berhijrah ke IPTA.

Tapi satu je lah masalah aku ni, dalam pada nak jimatkan masa study. Aku tak amik MUET lagi. Tapi kononnya nak amik further study kat UIA sebab sistem dorang pakai exam je untuk masuk. Tapi tu lah, aku ni bodoh English & Bahasa Arab. So takut la kalau tak lepas nak sambung study kat situ.

Anyway aku nak pursue study in Psychology. Tapi tak tahu cemana nak buat research tentang course ni. By the time aku online, ternampak entry pasal Education: Passion is an Option. So baca entry kat blog Mr Aiman Azlan ni sangat membantu sedikit sebanyak la aku nak sambung study dalam bidang Psychology.

Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii... Aku takut kalau dah sambung study nanti, tak dapat perform bagus-bagus memandangkan English aku tak superb. hmm. Tapi teringin nak belajar course ni. Cuma rungsing, patut aku sambung course Psychology ni untuk Degree atau tunggu Master je nanti.

Hmm entahlah, nak sambung study balik pun payah nak decide. Dok mikirkan pinjaman lagi satu hal. Sebab kalau kat KPTM ni, aku pakai loan MARA. Aku fikir kalau masuk IPTA, aku taknak amik PTPTN. Sebab masa semester 1 dulu kt KPTM aku dah guna PTPTN then semester 3 aku tukar loan kepada MARA. Tak kosser nak guna PTPTN balik. hmm

Serabut.