Thursday, April 21, 2011

Kenapa korang selalu takde idea nak update blog?!

Korang selalu mengeluhkan bila tak dapat update blog. Biasanya sampai merepek-repek entry korang tu. Celaru sampai orang tak faham apa yang kau tulis. Jangan lah paksa diri tu kalau tak tahu nk update apa. Penat dah blogger-blogger otai bagi cadangan, nasihat dan tips bagi blogger newbie yang selalu buntu nak update kat blog.

Mostly blogger yang selalu takde idea nak update blog ialah budak-budak sekolah dan penganggur yang tak terdedah kepada dunia luar macam aku. Tapi aku tetap cari jalan macam mana nak update. Duduk tengok tv aku dok fikir, dok termenung dalam tandas pun aku fikir. Aku cuma fikir tajuk je, isi aku fikir kemudian.

Korang nak tips mudah dan sempoi tak? Aku selalu praktik-kan tips ni. Dan dah menjadi amalan. huhu :)

  1. Wujudkan account twitter. Dalam twitter ni kita boleh bersembang dan mencari ilham secara spontan dengan kawan-kawan ataupun selebriti. 
  2. Baca tajuk entry yang menarik kat dashboard blogspot untuk mencari ilham lain yang berkaitan (similar)
  3. Paling mudah. Google je apa-apa jenis topik, lepastu korang olahkan sendiri isi entry.
  4. Dunia blogging ni kecil je. Kalau ada persamaan entry tu takde hal sangat. Sebabnya korang mendapat story yang sama. Contohnya macam blog-blog gosip!
  5. Join contest/segmen yang blogger lain anjurkan.
  6. Kalau dah mati kutu. Korang delete jelah blog tu. huhu. Menyeksakan diri sendiri sampai terlupa rutin hidup. pfft~
So korang cuba-cubalah mencari ilham. Better pergi blogwalking kat blog orang lain. Tapi jangan sampai copy dan paste entry orang lain. Masak kau dik kena maki nanti. Korang ingat blogger-blogger yang popular sekarang ni tak pernah alami situasi macam korang ke? Mereka semua start dari bawah jugak. Mula-mula memang lah rasa cam waddefak je bila takde entry nak diupdate. Bila dah lama-lama nanti kan, kau mesti kekwat ngan aku. Blog aku ni takde sape nk masuk. Percayalah T____T

Okaylah, aku tengah tunggu orang nak datang rumah ni. Bye~

Berdosakah aku melihat Sila Sahin?

Arghhh gara-gara terbukak blog Cik Epal tadi. Aku terus gatal tangan meng-google-image nama Sila Sahin sebab nk tengok muka dia yang lain. Aku pun tak kenal dia ni sape. Alang-alang kita dah tahu, apa lah salahnya kita sebok-sebok kejap kan. haha. Dah dah, rasa cam berdosa sangat.

Nasib baik lah Cik Epal censored kan pic Sila yang tunjuk sebelah nenen tu. Kalau tak..masaklah.
Pastu al bangangnya, kawan aku p bagi link image kat fb aku, so aku click,pfftt~ nampak lah segala-galanya yang tersirat dan maksiat. Maigaddd apakah yang telah aku lakukan pada malam jumaat ni. Huarghh demyuuu~

Aku malas nak share pic tu dalam entry ni. Sebab dosa dia masya-Allah. Selagi ada gambar tu kat kita, dan ramai yang tengok, selagi tu kita dapat dosa. Faham tak?

Maksudnya macam ni: Aku letak pic Sila kat dalam blog aku kan, pastu ramai yang tengok pic tu. So aku dapat dosa. Selagi aku tak remove gambar tu dan orang masih nampak. Dosa tu tetap datang kat aku sampai pic tu dibuang.- sumber aku tak ingat dari mana T___T

Aku bersyukur! | Bieber and Selena Gomez @ KLIA

Salam. Harini aku bangun lambat, tetapi aku bersyukur.

Aku bersyukur sangat-sangat. Tak terkata aku bersyukur kepadamu Tuhan.

Aku bersyukur sebab aku dapat update entry harini.

Yeaaa aku bersyukur sangat! Amin~



Can this buggy go any faster?

We see you, Selena!
Bieber with Selena Gomez @ KLIA
P/S: Hitam jugak SelGo ni

Join Churp-Churp Harini, sebab Churp-Churp nak bagi iPad :)



Korang dah join churp-churp? Belum lagi? Apa kata mula dari sekarang korang join Churp-Churp ni. Churp-churp ni mudah je. Bagi yang ada twitter, korang cuma share ikaln kat twitter. Kalau takde twitter, boleh guna facebook, share kat wall korang. Mudah je kan?

Earning Churp-Churp dikira laju jugak lah nak masuk dalam account kalau korang put effort yang lebih. Kalau korang tak yakin, korang boleh join dulu Churp-Churp, lepastu tengok sendiri macam mana dia proses. Lama-lama nanti korang mesti macam heaven gila dengan Churp-Churp ni. :)

So you better join now: Join Churp-Churp!

Wednesday, April 20, 2011

Cara Tonton Maharaja Lawak di ASTRO Warna Secara PERCUMA !! LEAKED !



Aku pasti ramai peminat Maharaja Lawak di luar sana kecewa apabila Maharaja Lawak minggu ke-3 hanya akan ditayangkan di ASTRO Mustika sahaja terutama pelanggan ASTRO yang tidak melanggan pakej Mustika.

Tak apa. Jangan risau. Kami ada menerima emel yang memberitahu teknik untuk melanggan pakej Mustika secara percuma. Ya. Percuma.

Mari kita ikuti tips daripada emel tersebut :-

HANYA IKUT ARAHAN YANG DIBERIKAN SEPERTIMANA DIBAWAH DENGAN TENANG DAN SABAR..KERANA IANYA MENGAMBIL SEDIKIT MASA..AL-MAKLUMLAH...BENDA FREE...JIKA KENA LAH SABAR...MARI KITA MULAKAN...STEP BY STEP..OKEY..

Cara ni aku dapat dari cousin aku yg kije di Astro. Aku xmo cakap department mana takut die terkantoi.


Tu ari aku pergi rumah die time siaran MAHARAJA LAWAK. Die tgk kat channel ASTRO WARNA.

Ntah mcmane die pecah lobang bgtau aku mcmane nak access saluran dalam pakej MUSTIKA nie tanpa perlu melanggan.

Aku mula tak caya gak. Tapi balik uma aku test sendiri MEMANG BETUL JADIK!


Korang cuba try test. Cara nie boleh UNLOCK channel pakej MUSTIKA sahaja.

HBO ke, NG ke, Sport ke, sume xboleh sebab channel ni di kawal selia di luar negara.


1. Biarkan dekoder Astro anda dalam keadaan 'STAND-BY'.

2. Tekan butang ON/OFF. Astro akan menyiarkan channel terakhir yg anda buka.

3. Tekan butang 130. Anda akan melihat pratonton utk pakej Musika.

4. Tekan MENU. Pilih LIST SERVICE. Kemudian tekan OK.

5. Pilih saluran yg anda ingin UNLOCK. (WARNA, CITRA, B4U shj)

6. Tekan OK untuk pengesahan.

7. Tekan MENU untuk keluar ke siaran TV. TV akan kembali ke saluran 130.

8. Tekan MENU sekali lagi. Pilih OPTION. Tekan butang OK

9. Pilih CHANNEL INFO. Tekan OK

Di sini pengaktifan akan di hantar terus ke bahagian penyiaran. Dekoder anda akan di kemaskini untuk menyiarkan saluran yg anda UNLOCK.

10. Tekan butang ON/OFF. Tunggu selama seminit (supaya dekoder anda dikemas kini.)

11. Tekan semula butang ON/OFF utk siaran TV.

12. Langkah terakhir, tekan 130

13. Saksikan pratonton Mustika.

14. Untuk melanggan:

i - Hubungi 1 300 82 3838; ATAU
ii - SMS Mustika ke 32888; ATAU
iii - Klik 'Dapatkan Mustika' di atas untuk melanggan secare ONLINE.


15. Dgn muke bengang korang tgk jela pakej2 yg korang langgan.


Hahahhahaha...mana ada benda free kat kat ASTRO ni...semua nak kena bayor...

Takkan aku sorang jer terkena kan....

Malaysia's next top female blogger!



Sape kenal Sandra Azwan? sila follower blog aku. haha. Sekadar bergurau je kengkawan. Korang kenal kan Sandra ni? Fesyen designer yag sedang mencipta nama. Yelah korang pun suka kan bila Sandra ni follow blog korang, comment dengan korang kannn. Siap buat entry khas lagi. HAHA.

Okay, proceed. Tak lama lagi Sandra akan mengajurkan satu contest untuk blogger perempuan tulen. Ye, perempuan tulen. Ada apa-apa masalah dengan ayat tu? Takde? Okay bagus. Contest ni dinamakan Malaysia's Next Top "Pure" Female Blogger. Aku pun suke hati je tambah pure kat situ. HAHAHA. Gurau je Sandra, jangan saman yer :P

Korang patut join contest ni nanti. Aku jamin gerenti best. Manelah tahukan, kot-kot Sandra TERhadiahkan korang satu dress yang paling cantik. Kau nak? Konpem nak kan? Tolong bookmark entry ni kalau teringin nak join nanti.

Aku sekadar spread this love. Tak bermakna aku nak masuk. Aku hanya membantu beliau meng-promote-kan contest ni je, sebabnya dalam perjanjian lisan semalam, Sandra berkata bahawa aku akan dapat sedikit komisyen nanti. HAHAH Okay. aku  begurau lagi sekali. :P

Hey girls, do you have what it takes to be the next Malaysia's top female blogger2011? More details coming soon, this contest should be a fun way to show off your true personality and most importantly your blog & get a chance to win a great+ exclusive prize!! Feel free to spread the word around as every little bit helps, Thank You!! by Sandra Azwan

Kalau korang nak tahu. Sandra siap promote contest ni kat TV3 tau. Jangan main-main. Aku tipu je pun, jangan percaya yang ni. HAHA. Matilerr kena marah dengan Sandra jap lagi :D

Tapi like seriously, contest ni memang wujud nanti. So korang tunggu jelah. Bila Sandra dah ready, dia akan announce kat dalam blog dia. So korang kenalah masukkan blog dia dalam blog list korang untuk dapatkan update terkini. Okay?

Mari bersuka ria dan sebarkan berita gembira ni. :)

Kecantikan bukan diwajah sahaja, tetapi lahir dari hati yang suci -Kahlil Gibran


Rasa cinta dah kurang. Rasa macam nak curang je. hmmm

Rasa cinta aku kat Nuffnang dah kurang. Dah nipis. macam takde hati dah nak hadap nuffnang. Kecewa sangat. Poket ni dah la tengah gersang kering dan kontang tak berduit. Bila aku dah build up effort dengan gigih. Macam ni dia buad kat aku. Sampai hati dia :((

Walaupun traffic tak lah seberapa, tapi aku dapat maintain kan selama 2 minggu. Aku rasa macam nak curang dengan nuffnang ni. Nak cari pasangan lain. Takpun aku madu-kan nuffnang ni, pasang sekali dua. huhuhu

Tapi aku tak sampai hati la pulak nak curang. Korang cemana? Ada masalah yang same tak? Hurmmm~