Tuesday, August 23, 2016

Whatttt?


When people ask me what I'm doing for a living. I don't know what to answer them. Malu tau. That's not because I'm working in retail company. But my position as a Personal Assistant to the boss. I have no experience in managing someone elses schedule and stuff. Furthermore I'm not graduated in PA field.

Dah nak 2 tahun kerja secara serius. Aku rasa masih belum ada satu level yang I'm proud for who I'm. Aku ada je rasa yang suatu hari nanti aku tak akan jadi bodoh macam sekarang. haha. Aku selalu stress sebab aku tak perform apa yang aku buat.

Kadang tu penat juga kena marah sebab buat silap. Konon lesson learnt. Tak ada maknanya. Selalu je short term memory. Tak faham lah. Aku tak tahu apa aku nak. Suka susahkan orang lain. hmm

Lepastu aku tak suka cerita masalah kat orang (tak ada masalah setakat ni cume stress sebab gemuk), sebab aku dah tak percaya orang. Sebab orang selalu manipulate apa yang aku cakap nanti dan akan jadikan apa yang aku tutur tu satu point untuk gossips. Jangan cakap tak ada orang sembang pasal kita. I'd rather diam daripada cerita pasal orang lain dalam circle. TAK KE JADI MASALAH LAIN BILA ORANG TUDUH KITA MENGUMPAT PADAHAL NAK LUAH RASA JE.

Aku selalu berharap aku tak takut kucing, so that aku boleh bela kucing dan cakap dengan kucing. Biar lantak lah dia tak respond apa-apa. Asalkan dia dengar. Kalau cakap dengan orang, aku menyampah ayat "sabarlahhhhh".

Aku masih try tak mau nampak jadi bodoh dan pelupa lagi dah. 


Saturday, August 13, 2016

Hmmm.

Aku bukan jenis orang yang akan cerita semua benda. Ada orang selesa untuk bercerita tentang apa je. Tapi aku tak. Aku selesa simpan sorang-sorang masalah yang ada atau gembira yang ada. Sebab aku ada satu perasaan yang bila aku down ke happy ke, aku takut orang condemn. Itu buat aku malas nak cerita sama orang lain.

Somehow aku nak sangat cerita kat orang apa masalah yang aku hadapi, apa yang aku dah hadap seharian. Tapi aku fikir yang orang lain pun ada masalah juga. Bukan ada hasil kalau dengar aku cerita yang hari ini aku stress kerja or something.

I always wanted to have someone who can stay by my side, bukan je untuk tanya "hari ni buat apa? tadi makan apa? yada yada". In my previous relationship, my ex once told me "Cerita la kalau ada problem." tapi aku tak selesa nak cerita sebab aku tahu end-up akan keluar ayat "sabarlah". whattt?

Got this one fella step into my life sekejap je time puasa haritu, aku tak tahu kenapa dengan dia aku boleh cerita semua (not all but almost). Aku berani cakap apa je yang aku tak pernah cakap dengan orang lain. Time tu aku takut kalau kata dia datang untuk sekejap je waktu aku memang dah selesa and yakin yang dia boleh jadi bestestfriend. Things happen for a reason kan? Satu bulan setengah yang bermakna. Rasa macam dah kenal bertahun. 

Untungkan ada kawan-kawan yang bila mana kita ada masalah, dia akan bantu dan jaga kita. Tak macam aku, bilik dan bantal je jadi teman. Text kawan sebab nak cerita, kawan reply lambat. Takde mood dah aku. Sad truth. lol

03:30am | Sri Camelia | Because of You (Kelly Clarkson)

Sunday, July 10, 2016

NAZIM IN CAPPADOCIA



I have no idea about Turkey or even Cappadocia. Sebelum ini pun tengok film Manisnya Cinta je. Cantik. Tapi bosan ya tohannn tau kat sini. It just a very beautiful scenery dari atas hot air balloon. Otherwise hanyalah rumah dan gunung batu.

We woke up at 3am untuk pergi ke tenpat hot air balloon ni. Sebab kat sana, sunrise dalam pukul 5 pagi. Jadi kena siap awal. 

My biggest fear dalam hidup adalah tengok-dekat-rapatnaik hot air balloon. Sebab dia macam terlalu besar dan ada api. Masa kecil dulu pernah nangis kuat sebab ada hot air balloon dalam mall. Macam apa je. Can you please not? lol

The journey from Istanbul to Cappadocia kalau naik bas adalah 13 jam. Boleh lumpuh tau duduk lama-lama dalam bas. Tapi dah jalan jauh, takkan nak sia-siakan peluang yang ada. 







Supposedly entry ni last sekali, sebab Cappadocia adalah 3 hari sebelum balik Malaysia. Tapi trip ni adalah 3 bulan lepas. Penat lah nak fikir trilogi dari 1st day. haha. Insya-Allah if i had more time, akan update trip di Istanbul.

It was a fun company trip that I've ever had in my life. Thank you bosses. Lagipun I've run out of words. Rushing nak pergi beraya ni. till next post. bye!

Sunday, January 10, 2016

DROP BY AT FASHION VALET



It was a great opportunity to have this kind of job. I have this kind of feeling yang takut jumpa orang. Jumpa takpe lagi. Ni pula kena bercakap dan deal sesuatu. Because of that I always pray to Allah with this phrase, "Ya Allah Ya Tuhanku, fasihkanlah lidahku supaya kata-kataku mudah difahami." LOL

Rabu lepas ada appointment di Fashion Valet with the founder, Vivy Yusof. As i said, it was a really great opportunity. Ingat saje-saje drive pergi Empire Damansara tu nak jumpa dia? Tepat 03:30pm sampai depan FV and was welcome by herself. Dalam kepala dok teringat video 60 Wanita Inspirasi Nona, scene yang sama bila Vivy yang ada depan pintu tu. ha ha.

Discussing some stuff. It's more likely a business purpose lah to expand our brand macam tu. Nothing much to story. Masa tengok filem The Intern yang Anne Hathaway berlakon tu, sangat suka dengan interior office and warehouse dia dan terus berangan bila la boleh dapat masuk FV atau Zalora. But my dream comes true, because i got a chance to visit Fashion Valet. :D

One thing i love about FV and their sub brand such as Duckscarves, Duckstationary etc etc, adalah creativity mereka yang ermm terel gila buat flaylay. 

The happiness got into my nerves. So my body is smiling like how i smile. Gila betul. -____-

Sunday, November 29, 2015

DALER YUSOF

A video posted by Hana Jenna (@hanajenna) on


Minggu lepas sederet tiga hari photoshoot. Sekarang dah demam sebab kerja dalam 10 musim, panas sejuk lembap kering. lol. Khamis lepas photoshoot dengan supermodel Daler Yusof. Sebelum ni selalu nampak dalam iklan komersil je. Sejenis ciptaan Tuhan yang paling indah. Phewww. (habislah kalau boss baca).

Lokasi shoot kali ni dekat Astaka Morroco, Putrajaya. Kali pertama sampai sini. Dulu pergi Taman Botani je atas tu. Tempat ni free je nak masuk. Cuma kalau nak buat shoot komersil, kena la bayar sikit. Masya-Allah dia punya panas terik tu. Sampai naik juling lah mata ni menahan mata. So kalau nak tahu kenapa aku takde chance nak cerahkan kulit sebab terlalu banyak photoshoot yang kena berjemur sampai jadi ireng. haha.

Daler Yusof ni sekarang tengah popular dengan drama Tuan Anas Mikael. He was born in Uzbekistan. So when he speak in Malay, kinda cute dia punya pronunciation. LOL. Kali ni semua gambar dibidik oleh Hana Jenna

Gambar-gambar dia semua on point. Macam mana kat luar, macam tu la sama macam dalam camera. haha. Tak macam certain orang, luar dalam berbeza. 

Wednesday, November 25, 2015

APA JADI KALAU ROZITA CHE WAN DAH TUA.

Masa intern dulu lepas project Kami Histeria, aku terus kena serap masuk production Oh My English season 3. I'm not into those things. Tak minat sangat.

Jadi satu haritu aku masuk office, usually kalau tak ramai orang aku akan terus duduk depan desk. Jadi haritu ada la beberapa orang, so lepak kat pantry sat. I grab this one mug. Buat instant milo.

Kalau orang kenal aku, aku jenis suka lepak tapi kurang bercakap. So usually aku diam and berfikir apa-apa je sampai aku pandang kat mug aku tu and gelak sorang-sorang. Lepastu aku pun bercakap;

"Weh, korang nak tau dak kalau Che Ta dah tua nanti orang panggil apa?
"Apa dia?"
*pusing cawan*

hew hew

 

Saturday, November 21, 2015

IKEA CHERAS

Dah lama tak cuti lama straight 3 hari. Harini last day, esok masuk office balik even hari ahad, tapi ada kerja luar untuk diselesaikan.

So harini cadang nak pergi Ikea Cheras, went out from house pukul 1 something, pergi Pejabat Pos, lepastu lepak Bangsar Village sambil tunggu Azizi gerak dari Shah Alam. Its been awhile tak makan kat high end punya tempat, and i went to Acme South kat Bangsar Village, makan benda merepek apa tah Mac & Cheese Hotdog. Biasa je. 



Lepastu terus ke Ikea Cheras, cari jalan pakai Waze sebab aku tak tahu ceruk mana Ikea baru tu. Hambik kau! Jem everywhere, segala pelusuk bumi dia jem menghala ke Ikea. Kau rasa? 15 tahun aku atas jalan tau nak sampai kat Ikea tu. Matilahhhh nakk!!

Tapi for real lah, jarak dalam 2KM je dari Jalan Pudu nak ke Cochrane tu, ambil masa tepat 2 jam. Tu tak masuk cari parking lagi, U turn sana sini sebab jalan tutup. Eh Siti Nurhaliza sempat beranak tau. Bercinta betul nak pergi sini. Taubat Nasuha aku taknak datang lagi. haha.



Mula-mula rasa nak patah balik dah. Malas nak pergi, sat lagi rezeki abang lah dik dapat parking tepi sekolah Cochrane tu. 

So looking around dalam Ikea, ada satu area tu, aku tak tahu lah department apa. Office room kot. Lawa sangat oi display room dia. Tak tahu samada color Turquoise atau baby blue dia punya wall. Lepastu placement rack and curtain tu. Alahai. Nak beli satu set bubuh kat rumah terus je rasa. 



Malas nak tunggu lama-lama. I'm not the typical makcik-makcik looking around bazir masa lepastu tak beli. Jadi, aku pusing satu round sauk je apa nak beli. Jadi aku sauk la meja panjang, portable wardrobe and cermin muka. Ni semua untuk rumah sewa nanti. Sebab aku yakin harini je ada masa nak keluar pergi beli barang rumah.

Yaa sudah, lapar! Takde kerja lah nak makan kat situ juga. Dengan sesaknya. Baik pergi Ikea Damansara sana. Kosser!