Thursday, April 16, 2009

My 1st article

Fesyen Indie Malaysia VS Jenama Antarabangsa

Oleh: Muhd. Nazim

Indie yang berakar daripada perkataan Bahasa Inggeris iaitu “indiependent” yang bermaksud bebas. Dalam konteks muzik, ia merujuk kepada kumpulan muzik yang boleh bernaung dibawah syarikat bebas. Perkara yang sama berlaku dalam dunia fesyen. Anak muda dalam lingkungan 20-an memakai kemeja-T dengan potongan dan slogan provokatif. Intipati jenama indie ialah pakian itu dihasilkan menurut cetusan idea dan kreativiti. Sekiranya fesayen indie dibuat mengikut kehendak pasaran, ini bukan lagi jenama indie.

Konsep jenama indie adalah melalui mesej yang ingin disampaikan. Berbeza pula konsep jenama antarabangsa yang lebih mementingkan jenama,rekaan,gaya berfesyen, musim dan lain-lain. Penghasilan pakaian jenama indie bermula dengan minatuntuk mendapatkan kepuasan diri. Kebiasaanya, masyarakat selalu salah anggap tentang konsep indie. Mereka menyatakan yang jenama indie ialah satu bentuk “pemberontakkan”, sebab ia selalunya bersifat provokatif. Ini merupakan satu tanggapan yang salah. Jenama indie hanya akan menarik mereka yang berminat sahaja. Usaha mereka yang berkecimpung dalam penghasilan jenama indie tidak wajar dilihat sebagai sebuah pemberontakan hanya kerana mereka memilih kelainan.

Mengenai sambutan terhadap jenama indie berbanding dengan jenama antarabangsa sangat menggalakkan. Ini kerana, yang mengetengahkan fesyen indie adalah golongan remaja. Seperti yang dikatakan oleh Mai Sabrina Noor,16, gaya indie sangat ringkas untuk digayakan. Ia merupakan perezaan di dalam dnia berfesyen disamping terselit sedikit pengaruh daripada band indie. “Saya peminat band-band indie, kalau dah minat pada band-band tersebut, cara berfesyen pn mestilah kearah indie.” kata Muhd Zaid Zainulariffin,16. Biar apapun tujuan dan keinginan anak-anak muda ini – mempertajamkan kreativiti, kebebasan bersuara, keindividualan atau ekspresi diri – yang pasti ini adalah suara anak muda untuk generasi merka.

Jika dilihat sekarang, kebayakkan jenama antarabangsa seperti Converse,Guess,GAP,Gucci,Prada dan banyak lagijenama yang lain telah dilupakan malahan seperti tidak wujud dinegara ini. Remaja sekarang cenderung memilih jenama buatan Malaysia seperti Seni Ribut,Butang Fashion,Hujan,Pop Malaya,Street Signal dan banyak lagi. Menurut Siti Suraiya,16, kebayakkan fesyen atau jenama antarabangsa adalah formal. Berbanding dengan jenama indie, kebanyakkan jauh lebih murah dan rileks untuk digayakan.

Fesyen indie mudah didapati disekitar Kuala Lumpur antaranya di Sungei Wang, Bukit Bintang dan Dowtown Cheras. Kedai-kedai yang menjual fesyen tersebut tidak seperti butik-butik yang terdapat didalam kompleks membeli-belah dengan limpahan cahaya untuk mempamerkan rekaan fesyen yang trendy mereka. Dengan harga yang murah, fesyen indie sangat mudah didapati. Selain itu, konsep DIY (do it yourself) juga digunakan. Kebanyakkan pembekal menggunakan laman sesawang (web site) seperti Mysapce, Facebook atau Blog untuk mempromosikan rekaan-rekaan terbaru fesyen indie. Melalui konsep DIY, ini memudahkan pembeli yang ingin memiliki baju-baju secara ‘online’ disamping dapat menjimatkan masa dan kos.

Justeru itu, jika dilihat daripada pelbagai sudut, dunia fesyen sentiasa berubah-ubah mengikut peredaran masa. Tidak semua orang yang ingin berfesyen mengikut satu arah sahaja. Jenama antarabangsa sering digayakan ke majlis-majlis formal atau majlis yang mengikut tema, takkan nak pakai fesyen indie yang santai ke majlis makan malam atau temujanji pula kan?


"Dlm artikel ni, ade salah ejaan ckit. Sbb nk gegas tym tuh. hee~"

No comments: