Thursday, November 4, 2010

"Demi cintakan Allah, lindungilah aku babah (ayah)"

Salam. Aku nk korang luangkan masa seketika untuk baca entry ni. Apalah salahnya kita sedar sikit tentang saudara kita yg menderita kt Tanah Arab tu. Tkkan hari2 u all nak baca gosip yg tkde faedah je. Baca sikit2 tkpe lah. Aku mengaku, aku pun layan gosip juga. Ingatlah, setiap hari di negara Barat akan berusaha untuk menyesesatkan umat Islam, terutama segala remaja dgn hiburan. Kalau kita sanggup menghabiskan ratusan ringgit untuk pergi ke konsert Adam Lambert dan Paramore mahupun ke launching ceremony yg dihadiri oleh Leona Lewis kat Bukit Bintang. Apalah salahnya kita dermakan sejumlah wang tersebut kepada umat Islam yg menderita diluar sana.

Seperti tahun-tahun sebelum ni, Amerika dan Barat tak pernah gagal untuk melupakan tragedi 11/9. Setiap inci dikupas oleh mesin propaganda yg ada. Imej pesawat merempuh WTC (World Trade Center) di New York. Tujuannya tak lain dan tak bukan, dorang nk semua warga dunia tahu yg Amerika telah dizalimi oleh Islam.Kejayaan propaganda tersebut menyebabkan kita telah melupakan banyak tarikh penting yg patut diingati oleh seluruh dunia tentang betapa zalimnya Amerika dan sekutu mereka, iaitu Zionis Israel.

Pertama, apekah yg berlaku pada 30 september 2000 hingga perlu kita ingatkannya? Peristiwa yg telah mati sejak 10 tahun dulu. Itulah tarikh dimana kanak-kanak 12tahun bernama Muhammad Al-Durrah mati dibunuh oleh tentera Israel.Sewaktu itu, Muhammad Al-Durrah bersama bapanya Jamal Al-Durrah berhimpun di bandar Gaza bagi membantah lawatan Ariel Sharon ke Masjidilaqsa. Semasa perjalan mereka pulang kerumah, mereka telah diserang oleh tentera Zionis Israel. Dua beranak ni cuba nk berlinding di belakang sebijik tong sampah bulat berwarna putih. Muhammad Al-Durrah berlindung di belakang bapanya. Tentera Israel menembak tanpa henti sehingga ada beberapa butir peluru menembusi tubuh dua beranak itu. Muhammad Al-Durrah meninggal di riba bapanya dan Jamal luka parah.

Peristiwa ni telah dirakamkan oleh Talal Abu Rahma, beliau merupakan seorang jurukamera stesyen televisyen France 2.Rakaman tersebut telah dipertontonkan kepada masyarakat dunia. Sejurus lepas peristiwa ini, Jamal Al-Durrah lumpuh selamanya. Beliau merayu kepada dunia agar membantunya membalas perbuatan jahat Israel.

Sewaktu dua beranak ni diserang, kanak-kanak yg berusia 12 tahun ini, iaitu Muhammad Al-Durrah merayu, "Demi Cintakan ALLAH, Lindungilah saya babah (ayah)" Itulah kata-kata Muhammad Al-Durrah kepada bapanya. Tapi apakan daya, kekejaman tentera Israel menyebabkan kematian Muhammad Al-Durrah di pangkuan bapanya.

Kedua, 20 mac 2003. Tahu kenapa dgn tarikh tu?! Takkan? Sebab korang dah di brainwash dgn kes 9/11. Pada 20/3 dimana bumi Iraq diserang Amerika dan sekutunya. Pada tarikh nilah berlakunya tragedi yg lebih dasyat daripada 9/11. Buktinya?! Kalau 9/11 mengorbankan lebih 3000 nyawa (anggaran), tetapi kat Iraq telah mengorbankan berjuta-juta nyawa. Subhanllah!! Malah jumlah kematian semakin meningkat saban tahun.

Ketiga, 3 julai 1988. Kenapa Amerika dan Barat tk hebahkan pasal tarikh ni?! Sedangkan pada tarikh ni, sebanyak 290 nyawa terjorban sekali gus apabila pesawat IR655 Iran ditembak jatuh oleh tentera Amerika di Teluk Parsi.

Keempat, 15 april 1986. Hari Amerika menyerang Libya menyebabkan 60 nyawa terkorban. Dalam kes ni, keluarga Presiden Libya, Muammar Gaddafi sekeluarga hampir terbunuh. Anak angkat Gaddafi yg berusia 15 bulan, Hanna, terbunuh manakala anak lelakinya cedera.

Kelima, 22 mac 2004. Pada tarikh ini, sebuah helikopter tentera Israel melepaskan peluru berpandu ke arah pemimpin Hamas, Syeikh Ahmad Yaasin ketika beliau berjalan kemasjid untuk menunaikan solat Subuh. Bukankah tarikh2 ni suatu yg mengerikan malah lebih dasyat dari tarikh 9/11.
Keenam, kenapa Amerika dan Barat tak menggunakan mesin propaganda mereka untuk memberitahu tentang kejadian 16 september 1982. Tarikh ni para penghuni kem pelarian Palestin di Shabra dan Shatila, Lebanon diserang oleh rejim zionis. Kematian pada tarikh ini lebih dasyat dari jumlah angka kematian di WTC (World Trade Centre).

Wahaii makhluk Allah sekalian. Cara Amerika dan Barat memperingati 9/11 sebernay nk tunjuk sikap hipokrit mereka. Yg sedihnyaa, sebahagian daripada kita terpadaya dengan propaganda hipokrit tu.

"Aku tak kesah kalau kamu semua membenci aku, aku tak kesah kalau kamu semua memburukkan aku, aku tak kesah kalau kamu semua tak sayangkan aku. Tapi aku KESAH kalau Allah yg membenci aku, melaknat aku, dan tidak sayangkan aku. Allahu Akbar. Allahu Akram. Aku memohon redha Engkau sepanjang kehidupan aku."
Bismillahirrahmanirrahim. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Kami bermohon kepada Engkau agar Engkau melidungi saudara-saudara kami di luar sana. Berikanlah mereka (Islam) kemenangan dan tempatkan mereka disyurga Engkau. Amin.

P/S: Sumber dipetik daripada majalah Al-Islam edisi November dan telah diolah.

2 comments:

Anonymous said...

betul2
ade button like x kat cni?
smoga entry ni dpt sedarkan kita semua

Cik Kira said...

andaikan ada button 'like'




'LIKE' this entry