Tuesday, November 2, 2010

Sejarah Wajib Lulus . Perkara 153 titik noktah.

Memang patut pun sejarah wajib lulus dlm SPM. Sebab apa, org skang ni memang dah buta sejarah. Eventhou' sejarah aku tk pernah dapat A+, tapi aku cuba jugak nk amik tau pasal sejarah ni. Seriously serious aku memang tk suka politik. Tp keadaan yg mempengaruhi untuk aku amik tau sal benda2 mcm ni.

Sejarah dulu pakai silibus apa? Tahu tk pasal Perkara 153? Bangunlah kawan. Kalau kita kaji sejarah penubuhan Persekutuan Tanah Melayu dan juga Perlembagaan Persekutuan 1957, Artikel 153 adalah salah satu artikel berbentuk ‘entrenched’ okayy.

Perkara 153 tu adalah tunjang kepada Perlembagaan Persekutuan iaitu hak orang Melayu sama ada berkenaan dengan permit dan juga perkhidmatan; termasuk di dalamnya biasiswa dan sebagainya, adalah hak yang telah dilindungi termaktub.

Okayy, aku tahu aku masih sekolah lagi. Bukan bermaksud nk campur tangan dalam hal negara. Tapi fikirlah, dunia dah nak berakhir. Silalah baca tanda2 akhir zaman kat google tu. Menerusi Akta Hasutan 1948, secara ringkas menerangkan bahawa, ia adalah satu perbuatan menghasut apabila mempertikaikan apa jua perkara, hak, posisi, keistimewaan dan sebagainya yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Hasut menghasut ni tak pernah diajar dalam Islam.

Dalam hal ni aku kena berhati-hati memperkatakan tentang Artikel 153 ni kerana tak mahu melanggar undang-undang dengan dikaitkan di bawah Akta Hasutan atau dilabel sebagai ultra Melayu dengan kenyataan aku disalah ertikan. Aku bukan pakar sgt dlm hal-hal mcm ni. Aku tulis ni pun melalui cikgu sejarah dan pembacaan akhbar.


P/S: Sumber dipetik dari blog PU (Datuk H.H) dan diubah suai mengikut fahaman aku dan memudahkan fahaman korang. Should i amik course Law next year? huhu. Eh jangan saman sy tau. Sy g sekolah bawak RM5 je. huhuhu.

No comments: