Monday, August 27, 2012

Duit syiling baru menyusahkan.


"...semua sekali RM 12.80 bang." RM 12 dah sedia atas meja

*terkebil-kebil cari 80 sen pakai duit baru*

Nampak tak betapa duit syiling baru ni menyusahkan. Size makin kecil dan seakan sama. Kalau dulu duit 50sen la paling besar and semua duit-duit syiling lain aku kira adalah standard size. Cuba bayangkan kalau sebelum ni duit syiling dalam poket pun bila kita raba kita boleh kenal tu duit mana satu. Sekarang ni, kena pusing-pusing syiling baru, baru la tahu tu berapa sen.


P/s: Punca jalan jem kat pintu masuk toll adalah disebabkan duit syiling baru =.="

Wednesday, August 15, 2012

Kenapa kena pergi klinik.?

Assalamualaikum.

Ramadhan dah nak habis. Time-time macam ni la Allah bagi sedikit musibah kat aku. Takpe. Alhamdulillah, aku bersyukur sebab badan aku masih lagi boleh detect yang aku sakit. Itu kan nikmat :)

Semester kali ni aku betul betul sibuk. Aku tak pernah gigih buat assignment sampai tak tidur 2-3 minggu. Maksudnya kurang tidur la tu. Selalu tidur beberapa jam waktu malam, then berjaga sampai lepas sahur and pergi kelas.

Badan mula panas minggu lepas, aku ingat biasa-biasa je. Sebab badan aku memang pattern panas dalam. So macam tak kisah apa pun.

Start hari sabtu kelmarin dah mula sakit kepala sampai terpaksa hold assignment, aku memang tak boleh nak proceed sampai lah hari ahad. Sebab hari isnin kena hantar assignment. So malam ahad tu dok tweet and post bahan bukti kat lecturer yang aku dah half way buat assignment tapi tak dapat nak submit on time sebab sakit.



Aku ni pattern kalau sakit tak suka pergi klinik. Suka ayan sakit sampai la baik sendiri. Konon kuat la badan tu. Puihh. Tapi disebabkan lecturer nak MC original, maka terpaksalah suruh ayah hantar pergi klinik setelah sekian berbelas tahun tak masuk klinik (for real).

Oh that day to be honest aku memang tak puasa la sebab memang darurat gila. Then pergi klinik untuk check up bagitahu nurse yang aku ni demam je. Batuk dengan selesema tak ada pun. Biasalah kalau dah lama tak pergi klinik, nurse tu check suhu badan aku je. Lepastu tinggalkan aku. Oh aku ingatkan doktor. LOL. Suhu badan aku 37 time tu, panas badan dah reduce.

So aku pun proceed la jumpa Doktor Kassim. He is very kind man, umur dia dalam 50 plus kot. Dia check tekak pakai batang ais krim tapi jenis lebar tu. Dia kata tekak bengkak teruk dan bernanah. Yes, tekak sebelah kanan aku mmg bengkak. Tapi aku tak tahu pula bernanah. Sebab bila ludah dia macam kahak kuantiti kecil. Nanah tu punca badan lemah sebab bacteria yang merebak dalam badan. 

Doktor pun explain macam-macam. So dia kata nak check denggi pulak, sebab sekarang musim denggi. Lepas ikut procedure, alhamdulillah aku takde denggi. Doktor tanya aku puasa ke tak. Aku cakap je lah tak. Rupanya dia nak bagi ubat time tu jugak. Lepastu doktor nak inject, aku dah takut sebab jarang kena inject. mueheheh

Nurse bagi makan ubat angin yang maha tak sedap lepastu kena injection untuk tonsil ni. Haaa tak sakit pun lah kena inject, jarum dia macam pensel tekan punya lead tu je. haha. :D

Lepas semua dah settle, baru la aku sedar kenapa pentingnya pergi klinik even tujuan aku sebenarnya nak MC je.. hmm Selalu dok baca status bbm/twitter pasal orang yang demam biasa-biasa tapi mengada nk g klinik, padahal boleh duduk rumah makan ubat farmasi je.

Hmm, sekarang baru aku faham. Farmasi just bagi ubat, tapi dia tak check kita. Kalau klinik dia akan check kita. Tema dia sekarang ni, kalau aku tak pergi klinik semalam, memang aku tak tahu yang tekak aku bengkak dan bernanah. YOU BETTER GO!!!!




Maka inilah ubat yang kena telan. Tapi alhamdulillah ubat tak habis lagi, tapi dah ok sikit. Tapi nak habiskan juga. Tu lah tapi, dah dua hari lupa nak makan ubat. Mintak kena maki dengan doktor ni.

Maka pergilah ke klinik. ok bye.

Thursday, August 9, 2012

Abby Abadi saman akhbar Utusan Malaysia.

Harini kecoh pasal Abby Abadi nak saman akhbar Utusan Malaysia kerana menyiarkan artikel yang kurang menyenangkan diri Abby. Barangkali artikel berunsur fitnah dan mengaibkan Abby Abadi.

Sekarang ni aku bukan nak tulis pasal benda yg semua blogger dah tulis pasal ni. Aku nak ulas kenyataan wartawan yang menulis artikel tu. 

Sebenarnya siapa yang tak berfikiran jauh? 

Aku tak kisah lah pasal etika kewartawanan semua ni. Kalau dia sendiri seorang wartawan yg terpelajar, dia tahu hukum agama. Hukum menyindir seseorang sehingga seseorang yang disindir itu terasa hati. Lepastu ada pula keratan kata-kata daripada Ustaz Kazim Elias yang seolah-olah menyindir  kepada orang yang berhijrah (bertudung).

"Tak kira siapa, baru dua hari pakai tudung sudah jadi ustazah. Adakah semudah dan semurah itu agama kita? 
"Kalau betul kita berhijrah, kalau betul bertaubat pergilah berguru. Pergilah belajar dan tambah ilmu dengan guru muktabar. Barulah nampak perjuangan yang betul-betul kerana agama."





Kepada semua sahabat-sahabatku.
Renungkanlah nasihat Imam Hasan AL-Basri ini dan Hadis Riwayat Tirmidzi.

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik dikalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dikalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui bata untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan" -Imam Hasan Al-Basri

Islam tak melarang kita saling mengingatkan. Tapi Islam melarang kita untuk SINIS kepada yang diingatkan. Siapa pun yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut - HR Tirmidzi 

P/S: Kalau nak bandingkan ilmu kita dengan Allah, ilmu kita ibarat setitik air di lautan yang luas. :')

Saturday, August 4, 2012

Nazim Othman (Dejavu Di Kinabalu)

Tak kelakar kot kalau hari-hari kena bahan antara Nazim Othamn dengan Nazim nasri kat twitter. haha. Bosan dah baca. Kalau tak silap aku, nama sebenar Nazim Othman adalah Nushrul Alif bin Othman, bukannya ada NAZIM pun. Tak sangka lak boleh komersial nama Nazim ni. haha #UltrasNazim


Mamat ni menjadi-jadi lak famous dia sejak berlakon dalam cerita Dejavu Di Kinabalu. Mungkin sebab cerita ni fokus kat 3 pelakon je. Tiz Zaqiyah, Aqasha and Nazim Othman. Takpe lah. Mungkin rezeki dia sekarang ni. Oh sebenarnya aku tak layan pun cerita Dejavu Di Kinabalu ni. Sebab tak suka sangat tengok TV. Yang aku tahu nama Nazim Othman dalam cerita ni adalah BAZLI..


Nak cakap dia sombong ke apa. Aku tak tahu lah. Dia akan reply tweet puji pujian je. Mungkin dia tak tahu kot bahawasanya kata puji pujian hanya layak untuk Allah. Takpelah. Malas amik port sangat. Muka handsome macam mana sekalipun, kalau dah orang minat. Suara yg tak sedap bila nyanyi pun orang kata sedap. hahaha XD