Ramadhan dah nak habis. Time-time macam ni la Allah bagi sedikit musibah kat aku. Takpe. Alhamdulillah, aku bersyukur sebab badan aku masih lagi boleh detect yang aku sakit. Itu kan nikmat :)
Semester kali ni aku betul betul sibuk. Aku tak pernah gigih buat assignment sampai tak tidur 2-3 minggu. Maksudnya kurang tidur la tu. Selalu tidur beberapa jam waktu malam, then berjaga sampai lepas sahur and pergi kelas.
Badan mula panas minggu lepas, aku ingat biasa-biasa je. Sebab badan aku memang pattern panas dalam. So macam tak kisah apa pun.
Start hari sabtu kelmarin dah mula sakit kepala sampai terpaksa hold assignment, aku memang tak boleh nak proceed sampai lah hari ahad. Sebab hari isnin kena hantar assignment. So malam ahad tu dok tweet and post bahan bukti kat lecturer yang aku dah half way buat assignment tapi tak dapat nak submit on time sebab sakit.
Aku ni pattern kalau sakit tak suka pergi klinik. Suka ayan sakit sampai la baik sendiri. Konon kuat la badan tu. Puihh. Tapi disebabkan lecturer nak MC original, maka terpaksalah suruh ayah hantar pergi klinik setelah sekian berbelas tahun tak masuk klinik (for real).
Oh that day to be honest aku memang tak puasa la sebab memang darurat gila. Then pergi klinik untuk check up bagitahu nurse yang aku ni demam je. Batuk dengan selesema tak ada pun. Biasalah kalau dah lama tak pergi klinik, nurse tu check suhu badan aku je. Lepastu tinggalkan aku. Oh aku ingatkan doktor. LOL. Suhu badan aku 37 time tu, panas badan dah reduce.
So aku pun proceed la jumpa Doktor Kassim. He is very kind man, umur dia dalam 50 plus kot. Dia check tekak pakai batang ais krim tapi jenis lebar tu. Dia kata tekak bengkak teruk dan bernanah. Yes, tekak sebelah kanan aku mmg bengkak. Tapi aku tak tahu pula bernanah. Sebab bila ludah dia macam kahak kuantiti kecil. Nanah tu punca badan lemah sebab bacteria yang merebak dalam badan.
Doktor pun explain macam-macam. So dia kata nak check denggi pulak, sebab sekarang musim denggi. Lepas ikut procedure, alhamdulillah aku takde denggi. Doktor tanya aku puasa ke tak. Aku cakap je lah tak. Rupanya dia nak bagi ubat time tu jugak. Lepastu doktor nak inject, aku dah takut sebab jarang kena inject. mueheheh
Nurse bagi makan ubat angin yang maha tak sedap lepastu kena injection untuk tonsil ni. Haaa tak sakit pun lah kena inject, jarum dia macam pensel tekan punya lead tu je. haha. :D
Lepas semua dah settle, baru la aku sedar kenapa pentingnya pergi klinik even tujuan aku sebenarnya nak MC je.. hmm Selalu dok baca status bbm/twitter pasal orang yang demam biasa-biasa tapi mengada nk g klinik, padahal boleh duduk rumah makan ubat farmasi je.
Hmm, sekarang baru aku faham. Farmasi just bagi ubat, tapi dia tak check kita. Kalau klinik dia akan check kita. Tema dia sekarang ni, kalau aku tak pergi klinik semalam, memang aku tak tahu yang tekak aku bengkak dan bernanah. YOU BETTER GO!!!!
Maka inilah ubat yang kena telan. Tapi alhamdulillah ubat tak habis lagi, tapi dah ok sikit. Tapi nak habiskan juga. Tu lah tapi, dah dua hari lupa nak makan ubat. Mintak kena maki dengan doktor ni.
Maka pergilah ke klinik. ok bye.
4 comments:
Salam Ramadhan dari awieomar.blogspot. Baru follow sini. Dengan ikhlas hati nak menjemput anda untuk sertai game top "BLOGGER" musim 3. Segala yang berkaitan pasal game untuk musim 1 & 2 boleh tinjau kat blog. Senang je caranya nak sertai game ni. Follow blog "Awie Omar" (bagi yang belum, harap sudi follow ) dan komen di mana mana entri dengan menyatakan "SAYA SANGAT MAHU SERTAI BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE". Ganjaran wang tunai akan diberikan kepada johan.
samalah kita..
kalau sakit malas gile nak g klinik!
hehehe.. sian diew... Cantek header?
huhu.. serius sakit giler tonsil nie..3 4 tahun jgk kot ulang alik klinik.. Alhamdulillah, sekarang saya bebas dari sakit tonsil ni..
Kalau nak tahu carany, boleh contact saya yer 60109333205
Post a Comment