Monday, August 27, 2012

Duit syiling baru menyusahkan.


"...semua sekali RM 12.80 bang." RM 12 dah sedia atas meja

*terkebil-kebil cari 80 sen pakai duit baru*

Nampak tak betapa duit syiling baru ni menyusahkan. Size makin kecil dan seakan sama. Kalau dulu duit 50sen la paling besar and semua duit-duit syiling lain aku kira adalah standard size. Cuba bayangkan kalau sebelum ni duit syiling dalam poket pun bila kita raba kita boleh kenal tu duit mana satu. Sekarang ni, kena pusing-pusing syiling baru, baru la tahu tu berapa sen.


P/s: Punca jalan jem kat pintu masuk toll adalah disebabkan duit syiling baru =.="

4 comments:

nurdani said...

hahaha. betul sangat-sangat. sebab tu kalau dekat tol je, saya sedia duit syiling lama je. senang nak cekau

Cik Puan iLa said...

Setuju sangat! Sangat leceh.Nak guna utk amek RO water pun tak boleh.Apa pun tak boleh.. ;(

YanSaflina said...

ha ah! saya sokong sangat2...ade aritu mase shopping kat tesco..macam orang ape dah saye mase belek duit tu syiling 20posen ke 50posen...=="


jom join contest saya : http://bluepinkiey.blogspot.com/2012/08/contest-menangi-hadiah-berupa-wang-rm60.html

Afiqah Ross said...

rasa macam bayar guna token fun fair!