Friday, January 25, 2013

MISTERI ANGKA 7

Angka 7 nyata memiliki magis tersendiri dan istimewa di sisi Allah. Malah, angka 7 amat berkait rapat dengan penciptaan langit dan bumi. Telah difirmankan oleh Allah bahawa langit itu terdiri daripada 7 lapisan, dan dijadikan juga 7 lapisan bumi.Angka 7 disebut pertama kali dalam Surah Al-Baqarah seperti firman Allah yang berbunyi: "Diakah Allah, yang menjadikan segala yang ada dibumi untuk kamu, dan Dia berkehendak menciptakan langit, dan dijadikan-Nya tujuh langit dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu."Manakala angka 7 terakhir pula dinyatakan dalam Surah An-Naba' ayat 12, firman-Nya yang berbunyi: "Dan Kami bangunkan di atas kamu tujuh langit yang kukuh."Diantara permulaan Surah Al-Baqarah sehingga Surah An-Naba', nombor 7 dinyatakan sebanyak 77 kali. Surah Al-Fatihah yang merupakan pnghulu segala surah, juga terdiri dari 7 ayat termasuk Bismillah.

Rukun solat ke-7 ialah sujud. Untuk sujud menjadi sah, hendaklah 7 anggota tubuh mencecah ke bumi sewaktu sujud iaitu dahi, dua tapak tangan, dua lutut dan dua kaki. Juga solat diperintahkan untuk diajar kepada kanak-kanak apabila mencapai usia 7 tahun.Selain itu, terkandung 7 takbir dalam rakaat pertama solat hari raya. Manakala ayat tentang kiamat disebut dalam Al-Quran sebanyak 77 kali. Ibadah yang dilakukan semasa menunaikan haji seperti sa'i, melontar dan tawaf semuanya dilakukan sebanyak 7 kali. Jangan lupa, Allah juga menciptakan 7 pintu syurga dan 7 pintu neraka.Dalam kehidupan manusia, pelbagai keistimewaan angka 7 digunakan. Ada 7 hari dalam seminggu. Ada 7 benua dan 7 lautan di bumi. Dalam matematik pula, nombor 7 digelar sebagai 'safe prime', iaiut sebagai penyelesaian kepada kebanyakan permasalahan kira-kira yang melibatkan bilangan genap, polinomial, vektor dan faktor sepunya. Heptagon juga mempunyai 7 sisi yang sekata.Pelangi terdiri daripada 7 warna. Terdapat 7 atom karbon dalam setiap molekol heptana. Angka 7 juga adalah nilai 'neutral' antara sifat asid dan alkali. Atom di dalam nitrogen diwakili dengan nombor 7. Tulang belakang leher manusia yang menyambungkan kepada mempunyai 7 'cervical vertebrate'Banyak lagi rahsia magis angka 7 ini. Ia bukan semata-mata unik, malah mengandungi hikmah tersembunyi yang tidak mampu diterjemahkan oleh akal manusia.Sumber: Mastika Februari 2013

1 comment:

Unknown said...

assalamualaikum....


Apa khabar...


http://makbedthejournal.blogspot.com