Tuesday, January 29, 2013

Pelancaran Genting Mobile Apps

Lepas kelas haritu, saya straight away ke Wisma Genting untuk attend event Genting Mobile Apps Launch pada 17 Januari 2013 hari Khamis. Terlewat setengah jam sebab kelas habis lambat. Sampai je kat hall terus disambut JQ, Comm Exc. She's so kind, last time jumpa masa event Tribal Halloween kat Genting Highland. She recognize me. hahaha (who cares?)







Tahun lepas (2012), Resort World Genting (RWG) sudah melancarkan aplikasi mobile mereka sendiri untuk platform IOS App Store, Android App Store dan Windows 8 App Store, dan dalam jangka setahun je application ni dah dimuat-turun sebanyak lebih kurang 100,00. 



Apps ni dah di naik taraf fungsinya for a better user experience. Kiranya apps ni untuk memudahkan pengguna/pelanggan/ahli untuk semak point atau membuat tempahan melalui iHoliday. Kat dalam apps ni ada banyak function yang sangat-sangat friendly user seperti Hotel, Shows and Events, Food and Beverage, Highlights, ‘Getting There’, Scoal, Theme Park dan My Planner.

So macam saya pengguna android, pakai wifi free kat hall tu terus download apps ni. haha. Cool kan? Cool lagi kalau berurusan dalam apps ni je, tak payah susah payah nak buka browser bagai. 



Kalau korang nak tahu, setiap tahun yang datang melawat ke RWG adalah lebih kurang 20juta orang dan 3 juta adalah ahli WorldCard. So dengan apps dalam telefon mudah alih ni memudahkan lagi urusan pelanggan dan me-minimize masa. Mind blowing~




Dato Kevin Sim, Mr Chow Wei Heng, Mr Thomas Ng adalah panel yang dijemput pada hari pelancaran Genting Mobile Apps ni. Mereka semua mengusulkan dan bercakap tentang kelebihan dan kegunaan aplikasi ini. 

Lepas habis je talk show (ingat Oprah Show ke apa?), kami semua diberi peluang untuk memuat-turun aplikasi ini dan membuat tempahan bilik menggunakan iHoliday. 











Adalah sangat awesome kalau korang semua download apps ni dan usha sendiri ada yang ada. Mana lah tahu in future kalau-kalau korang nak buat trip ke Genting Highland, boleh refer terus kat apps ni. tak payah la susah2 nak browse atau tweet atau Facebook kan? Ye dak? hikss.


No comments: