Thursday, October 31, 2013

Kenapa kena jadi baik?

"Manusia buat baik bukan sebab dia takut kat Allah, tapi sebab dia tahu bila dia buat baik, akan dapat balasan yang baik." - Mat Luthfi.

 Aku dah la perhatikan, kadang-kadang ada orang mengeluh yang dia dah penat lakukan kebaikkan. Sebabnya orang tak appreciate kebaikkan dia tu. Dia rasa sampai nak give up sebab dan malas nak jadi baik lagi. Aku tak tahu lah kenapa wujudnya perasaan macam tu kat orang-orang macam ni.

Kau jadi baik sebab terpaksa ke? Kau jadi baik sebab nak orang tengok kau ni lebih bagus daripada malaikat ke? Kalau nak cakap pasal ikhlas, kita memang tak tahu dia ikhlas ke tak. Tapi dengan cara kau orang bercakap dah penat nak jadi baik ni seolah-olah terpaksa berkelakuan baik.  Janganlah macam tu. Teruskanlah jadi seorang yang baik, walaupun kita tak sempurna. At least dengan menjadi seorang yang baik, mulia lah orang pandang kat kita.

Kalau tak silap aku Dr Muhaya ke Prof Dr MAZA pernah bagitahu, kita ni kalau dah buat kebaikkan, lupakan terus kebaikkan yang kita buat tu. Ibarat tengah berak, terus fkush najis tu. Takyah tengok lagi dah. Sebab apa? Sebab takut kita jadi riak. So bila dah riak, setakat tu jelah kebaikkan yang kita ada. Jangan k :)

6. When this dry cleaner decided to offer their services to anyone in need - for free.


Tak susah lah nak jadi baik. Tengok macam gambar atas ni, kedai dobi ni offer untuk basuh baju free untuk unemployed yang nak pergi interview. Apalah sangat basuhkan baju sehelai. Allah Maha Melihat lagi Mengetahui.


P/s: Final exam 6 & 17hn November. Doakan yang baik-baik untuk aku. Sebab ni last semester, next year dah praktikal. :D

Tuesday, October 29, 2013

Shampoo Dove dapat kurangkan rambut gugur?

**Bukan entry berbayar**

Bulan lepaskan aku dok berkicau kat blog pasal rambut gugur teruk. Segompol rambut kat tangan bila cuci rambut atau usap rambut. Seriau oi. Macam tengah buat kimoteraphy. Lepastu aku dok tweet la kat Redmummy tanya pasal shampoo Dove ni. Sebab dia dok cite pasal hair fall haritu. Lepastu dia suruh baca entry lama-lama dia.

Lepas dua tiga hari tu aku pun pergilah beli shampoo Dove sekali dengan conditioner. Aku nak amik sekali dengan serum, tapi kalau totalkan semua, boleh la dapat sepinggan beger kat Chilis. Mahal woi. ahaha. So aku ambil shampoo dengan conditioner je. Aku tak ingat pulak harga dia.


So sekarang dah nak dekat sebulan, aku ni jenis pemalas nk ikut arahan kat pek tu. Dia suruh pakai conditioner lepas shampoo tu. So sekarang ni aku pakai shampoo je hari-hari. Sebab dia kabo kat botol tu for daily use kan. Alhamdulillah dah kurang la gugur tu, tapi ada la 3-4 helai menepek kat tangan. Mungkin kalau aku pakai serum dengan conditioner boleh la recover betul2 rambut aku ni. haha sedih lah macam ni.

Kan aku dah kabor haritu rambut aku macam dah nipis.. Sekarang ni bahagian belakang memang lebat. Cuma bahagian depan je yang macma nipis sikit. Tapi tu lah, tengah tunggu betul2 panjang. Nak tengok okay ke tak.

So siapa tahu macam nak lebatkan rambut huhu. Serious ni aku tanya. Make sure tak mahal sangat, kalau boleh biarlah yang senang nak cari. Boleh usulkan cadangan kat emel aku. Emel ada kat sidebar belah kanan ni. Terima kasih =)


NAK RAMBUT SIHAT LEBAT MACAM NI LAHHHH :((

Monday, October 28, 2013

Siapa awek Noh Salleh (HUJAN)?

3 tahun lepas masa umur aku 18 tahun, aku pernah ikut member aku pergi salah sebuah studio di Bandar Seri Permaisuri. Katanya kat situ adalah Studio AG Coco. Maka dengan itulah mestilah ada kumpulan Hujan kat situ. Masa masuk je dalam studio tu, aku excited la sebab nampak Noh Salleh ada kat situ, sebabnya time tu Hujan baru nak famous. Well itu bukan cerita yang aku nak sampaikan.

Aku nak cerita yang aku pernah disuruh oleh kawan aku untuk interview Noh Salleh untuk majalah URTV edisi Raya. Aku dah la tak ada experience time tu. So aku terpaksa menyamar jadi wartawan praktikal pada usia 18 tahun, yang member aku tu memang wartawan pun.


So basically bila dah edisi raya, mestilah soalan pun pasal raya juga kan. Pasal baju raya, balik kampung mana, makanan feveret apa, pengalaman raya paling bermakna and so on. Tapi time tu aku macam tiba-tiba tertanya soalan pasal awek Noh Salleh ni.

AKU: Bang, nanti balik Sarawak, agak-agak bawak balik makwe tak?
NOH SALLEH: Awek? haha. Belum ada lagi. Tapi insya-Allah kalau ada makwe, memang kena bawak balik jumpa mak dulu.

Tu je lah perkara yang manis bagi aku sebab dapat interview fav artis. Lepas dah lama-lama tu, Noh Salleh menikah dengan Mizz Nina. Unexpected sangattt sebab Mizz Nina ni macam pretty girl yang akan suka handsome guy, and Noh Salleh ni tooooo sempoi and cool. So rasa macam eh biar betolll. So mungkin inilah awek dia yang dia rahsiakan selama ni. haha. Bagus.

Well, semua ni rezeki Allah kan. We never know. Aku suka Mizz Nina sebab dia humble down to earth. Eventhou' dia golongan berada, dia sangat tidak menunjuk. Well, congratulations Mizz Nina and Noh Salleh di atas penghijrahan dan selamat pulang ke Malaysia selepas menunaikan Haji minggu lepas. 

Cantik Mizz Nina bertudung :)

Foto: Mizz Nina Kini Bertudung?


Saturday, October 12, 2013

Perang besar antara blogger!! #TSdayout

Its  been a while ah aku tak menulis secara serious. Busy dengan study je. Tapi aku sempat luangkan masa dengan aktiviti yang berfaedah untuk release tension. hehe. So untuk entry kali ni, aku nak sembang pasal "perang blogger". Wohaa. Apa benda yang diperangkan ni? Engkorang jangan tak tahu,bulan lepas kiteorang berperang kat Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat dalam acara Battlefield Live anjuran Tourism Selangor.

Kalau nak tahu, event yang aku selalu join adalah Tourism Selangor Day Out ataupun #TSdayout, which is event bulanan yg dianjurkan oleh Tourism Selangor sendiri. Basically #TSdayout ni buat event dalam Selangor sahaja dalam mempromosikan negeri Selangor. Bagus sangat ni. So kalau nak join event dengan #TSdayout ni boleh cekidaut dekat http://tsdayout.my/ .

DSC_2208
credit: foodnframe.com - Entrance

Kebanyakkan event yang dianjurkan adalah limited participant. So syukur Alhamdulillah aku di-short-listed-kan untuk join event kali ni. Lagipun kali ni punya event aku suka gila sebab dia adalah game outdoor yang aku suka and kali pertama nak main.


All the way journey ke Lembah Pangsun ni aku tidur dalam kereta Naqib sebab nak cas tenaga yang dah dihabiskan. haha. So masa sampai je terus register and met some others old and new friends gitu ah. So kali ni punya baju tema adalah warna hijau. Well, nak berperang kan. Acah-acah askar la sikit. Anyway dah lama aku tak dapat Pangsun ni, lama gak aa. Last year pergi Sungai Chilling, Hulu Langat. So basically kat Nur Lembah Pangsun ni tempat riadah untuk pelbagai aktiviti lasak dan tidak lasak gitu la. Tak jauh dari KL pun, cuma 30kilometer je.

-PENDAFTARAN-
Macam biasalah, masa daftar je mesti makanan aku cari dulu. haha. Lapar la pagi tu, so aku makan nasi goreng sebagai alas perut lepastu baru g daftar. So bila dah daftar, dapat button badge dengan baju rasmi #TSdayout. 

DSC_2254
credit: foodnframe.com - Dikjim tengah register ni

DSC_2275
credit: foodnframe.com - Baju #TSdayout

So lepas je registration, kiteorang semua diusung masuk dalam hutan naik van. Sebab tak kosser lah nak berjalan jauh-jauh ke dalam sana. Agak pedalaman jugak lah. Siap ada budak-budak sekolah buat camping. Nampak seronok sbb dah lama tak camping.

credit: http://penaberkala.blogspot.com - pemandu pelancong


-BRIEFING-
DSC_2418
credit: foodnframe.com - Mej Shafiee Sulaiman

DSC_2429
credit: foodnframe.com - briefing
DSC_2460
credit: foodnframe.com - briefing

Sampai je atas. Kiteorang semua telah di-briefing-kan oleh Mejar Shafiee Sulaiman mengenai aktiviti yang bakal dijalankan dan menegaskan beberapa peraturan dan tatacara bermain Battlefield ni. Nasib baiklah aku pakai track suit time tu. So takdelah berat sangat seluar nak berlari. Sebab jarak permainan ni adalah lebih kurang 200M. Besar dan jauh juga laa.

Battlefield ni lebih kurang macam laser tag dengan paintball la. Tapi dia main pakai laser attack kat kepala dgn badan serta mengeluarkan bunyi yang real kena tembak gitu. So kiteorang semua diperkenalkan dengan senjata-senjata yang mempunyai berat yang sama seperti senjata sebenar. Senjata paling berat adalah 3Kilogram.

Battlefield Malaysia


Battlefield Live

Lepas je habis briefing, kiteorang dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk berperang. So aku kumpulan Delta. Menang banyak kali, tapi end-up tertewas juga hahaha Sebab Medic Box kiteorang kena curi. So kalah kita situ. Haishh. 
DSC_2769
credit: foodnframe.com
DSC_2854
credit: foodnframe.com

DSC_3038
credit: foodnframe.com
DSC_3043
credit: foodnframe.com
 Sangat penat main bendalah ni. Dari pagi sampai petang tak sudah. Seronok gila wei main perang-perang. Syukur alhamdulillah menang masa final game tu hehe. Puas hati sebab dapat tembak banyak orang and dapat hadiah sebab dapat jadi sharp shooter. hehehehehe 

Penyampaian Hadiah

penaberkala.blogspot.com

Lawa gila kan medal tu? haha sila jeles lah. Medal ni sangat cantik dan best dan berat. Aku suka. 1st time dapat medal lawa cenggini. Nasib baik menang walaupun tempat ke-3 je. Kalau tak aku tembak semorang kat situ haha. 

DSC_3159
credit: foodnfram.com - 1st runner

DSC_3157
credit: foodnframe.com - 2nd runner
DSC_3154
credit: foodnframe.com - 3rd runner

Nampak tak terpancar wajah bahagia kat situ? haha Walaupun tempat ketiga, at least menang lah daripada korang yang baca ni tapi tak join event yang super best ni oi. hahah. Sila dengki laju-laju :3

Tapi hadiah yang ni tak best sangat lah. Sebab apa? Aku dapat hadiah yang lagi best haha. Dapat hadiah special sebab jadi sharp shooter. Ehemm. Tapi bukan aku sorang la, ada lagi beberapa blogger lain yang dapat juga. Lebih kurang 6 orang. hehe



So kalau engkorang berminat nak cuba ber-Battlefield ni kan. Boleh lah pergi main kat Nur Lembah Pangsung ni. Sekali sekali apa salahnya. Lagipun main dalam hutan,  mcm perang betul-betul. Laser tag dgn paintball tu dah bosan lah. Tolonglah haha. 

Engkorang jangan tak tahu yang Battlefield ni bukan je ada kat Nur Lembah Pangsung je, dia ada kat beberapa tempat lain. Tapi masih dalam kawasan rimba. Awesome ke tak? wohaaa. So antara tempat-tempatnya adalah Nur Laman Bestari, Nur Sg Merab, Isi Rimba, Kelumpang resort, KClub Melewati .

Ataupun kalau engkorang macam takut sesat ke apa, atau nak buat pertanyaan boleh ke alamat ni atau telepon kat nombor yang tertera.


Alamat
A19-3A, Jalan TKS 1,
Taman Kajang Sentral, 43000,
Kajang , Selangor.

Phone
 +6 03 8740 3307
+6 03 55 123 789

Direct line
016 716 2088 

Fax
6 03 55 234 789
 
Email
battlefieldlive.my@gmail.com
 
Untuk maklumat lanjut:

DSC_3097
credit: foodnframe.com - Selamat Hari Raya Aidiladha daripada kami semua! :-)

Friday, October 11, 2013

Adakah Gereja Lebih Bagus Daripada Masjid?

2 minggu lepas aku masuk pertandingan debat. Debat pasal kadar pengangguran di Malaysia. Basically yg aku debatkan adalah terlalu banyak kronism dan birokrasi yang menyusahkan RAKYAT. So baru-baru ni keluar berita dari Kota Bharu yang sorang hamba ALLAH ni dipenjara 2 tahun kerana mencuri RM2.

So cerita ni aku copy daripada Facebook Tajul Arifin .


Masjid banyak duit. Tetapi pengurusan masjid buat duit masjid macam duit mereka sendiri. Curi rm2 kena penjara. Mungkin yg melidi duit tabung tu dalam kesempitan sangat. 

Aku pernah masuk gereja dekat komplek Asia Jaya. Ada kotak transparent atas meja. Ada buku catitan sebelah kotak. Dalam kotak tak bertutup ada banyak duit macam2 note. Aku belek buku. Lima ruang utk diisi. Tarikh, Nama, no tel, jumlah, catitan. 


Berbagai kaum punya nama ada dan memang aku mencari nama melayu. Jumpa beberapa nama siap nombor talipon. Salah satu nama lelaki ambil rm50 utk beli susu anak.
Aku call no yg dicatat. Sembang bbrp minit. Baru kena berhenti kerja jaga masa tu. 


"Dah jumpa pak imam masjid. Kena buat surat ke bendahari. Bendahari pula suruh gi pejabat zakat. Sampai pejabat zakat kena isi itu ini. Entah bila pula nak dapat. Kawan india suruh pi gereja. Boleh terus ambik kemudian baru tulis nama."


Saya pun pergi tempat tu dgn dia.

Kenapa encik ambik limapuluh je. Bukan ada orang jaga pun? 


"Entahlah. Tapi walaupun takde orang jaga tapi Allah nampak walaupun dalam gereja. Niat saya memang nak beli susu anak dan sikit utk tambang pusing2 cari kerja."

Terdiam aku sekejap. Lepas tu encik? 
"Saya terus pergi beli susu anak dan balik rumah dgn nasi bungkus malam lima beranak. Pagi esok gereja talipon dan lepas tu saya pun dapat kerja jadi jaga di gereja tu. Takpa la asal tak mencuri."

Aku langsung teringat pada sorang pakcik yg sedang ronda tempat parking masa tu. Encik masih kerja di situ? 

"Dak dah. Saya dah balik kampung ni. Gereja bagi modal. La ni saya meniaga gerai makan. "

Masjid patut boleh buat lebih baik dari gereja. Jangan bangga dengan jumlah terkumpul ratusan ribu tp ahli qariah ada yg dapur tak berasap.



Tips: www.blogserius.blogspot.com 

Tuesday, October 1, 2013

Assignment oh assignment.

Assalamualaikum.

Dah masuk bulan Oktober. Kejap je rasa. Biar lah cepat-cepat. Aku macam dah tak larat dah dengan semester ni. Hectic nokharommm. Yang paling lega, event dah selesai. Tapi siaplah time post mortem nnt. Kena serang dengan bos. haha. Masak lah kepala otak aku nak fikir bila kena soal.

And buat masa ni aku ada terlampau banyak assignment. Aku rasa macam nk upah orang je untuk buatkan assignment ni. hmm Stress melampau sampai nak demam je rasa ni. Haihh. Kalau tak dapat A untuk semua subject, tak tahulah nak kata apa. Harap-harap flying colors.

Okay lah. Bye. Ada assignment tak siap lagi ni.