Saturday, October 12, 2013

Perang besar antara blogger!! #TSdayout

Its  been a while ah aku tak menulis secara serious. Busy dengan study je. Tapi aku sempat luangkan masa dengan aktiviti yang berfaedah untuk release tension. hehe. So untuk entry kali ni, aku nak sembang pasal "perang blogger". Wohaa. Apa benda yang diperangkan ni? Engkorang jangan tak tahu,bulan lepas kiteorang berperang kat Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat dalam acara Battlefield Live anjuran Tourism Selangor.

Kalau nak tahu, event yang aku selalu join adalah Tourism Selangor Day Out ataupun #TSdayout, which is event bulanan yg dianjurkan oleh Tourism Selangor sendiri. Basically #TSdayout ni buat event dalam Selangor sahaja dalam mempromosikan negeri Selangor. Bagus sangat ni. So kalau nak join event dengan #TSdayout ni boleh cekidaut dekat http://tsdayout.my/ .

DSC_2208
credit: foodnframe.com - Entrance

Kebanyakkan event yang dianjurkan adalah limited participant. So syukur Alhamdulillah aku di-short-listed-kan untuk join event kali ni. Lagipun kali ni punya event aku suka gila sebab dia adalah game outdoor yang aku suka and kali pertama nak main.


All the way journey ke Lembah Pangsun ni aku tidur dalam kereta Naqib sebab nak cas tenaga yang dah dihabiskan. haha. So masa sampai je terus register and met some others old and new friends gitu ah. So kali ni punya baju tema adalah warna hijau. Well, nak berperang kan. Acah-acah askar la sikit. Anyway dah lama aku tak dapat Pangsun ni, lama gak aa. Last year pergi Sungai Chilling, Hulu Langat. So basically kat Nur Lembah Pangsun ni tempat riadah untuk pelbagai aktiviti lasak dan tidak lasak gitu la. Tak jauh dari KL pun, cuma 30kilometer je.

-PENDAFTARAN-
Macam biasalah, masa daftar je mesti makanan aku cari dulu. haha. Lapar la pagi tu, so aku makan nasi goreng sebagai alas perut lepastu baru g daftar. So bila dah daftar, dapat button badge dengan baju rasmi #TSdayout. 

DSC_2254
credit: foodnframe.com - Dikjim tengah register ni

DSC_2275
credit: foodnframe.com - Baju #TSdayout

So lepas je registration, kiteorang semua diusung masuk dalam hutan naik van. Sebab tak kosser lah nak berjalan jauh-jauh ke dalam sana. Agak pedalaman jugak lah. Siap ada budak-budak sekolah buat camping. Nampak seronok sbb dah lama tak camping.

credit: http://penaberkala.blogspot.com - pemandu pelancong


-BRIEFING-
DSC_2418
credit: foodnframe.com - Mej Shafiee Sulaiman

DSC_2429
credit: foodnframe.com - briefing
DSC_2460
credit: foodnframe.com - briefing

Sampai je atas. Kiteorang semua telah di-briefing-kan oleh Mejar Shafiee Sulaiman mengenai aktiviti yang bakal dijalankan dan menegaskan beberapa peraturan dan tatacara bermain Battlefield ni. Nasib baiklah aku pakai track suit time tu. So takdelah berat sangat seluar nak berlari. Sebab jarak permainan ni adalah lebih kurang 200M. Besar dan jauh juga laa.

Battlefield ni lebih kurang macam laser tag dengan paintball la. Tapi dia main pakai laser attack kat kepala dgn badan serta mengeluarkan bunyi yang real kena tembak gitu. So kiteorang semua diperkenalkan dengan senjata-senjata yang mempunyai berat yang sama seperti senjata sebenar. Senjata paling berat adalah 3Kilogram.

Battlefield Malaysia


Battlefield Live

Lepas je habis briefing, kiteorang dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk berperang. So aku kumpulan Delta. Menang banyak kali, tapi end-up tertewas juga hahaha Sebab Medic Box kiteorang kena curi. So kalah kita situ. Haishh. 
DSC_2769
credit: foodnframe.com
DSC_2854
credit: foodnframe.com

DSC_3038
credit: foodnframe.com
DSC_3043
credit: foodnframe.com
 Sangat penat main bendalah ni. Dari pagi sampai petang tak sudah. Seronok gila wei main perang-perang. Syukur alhamdulillah menang masa final game tu hehe. Puas hati sebab dapat tembak banyak orang and dapat hadiah sebab dapat jadi sharp shooter. hehehehehe 

Penyampaian Hadiah

penaberkala.blogspot.com

Lawa gila kan medal tu? haha sila jeles lah. Medal ni sangat cantik dan best dan berat. Aku suka. 1st time dapat medal lawa cenggini. Nasib baik menang walaupun tempat ke-3 je. Kalau tak aku tembak semorang kat situ haha. 

DSC_3159
credit: foodnfram.com - 1st runner

DSC_3157
credit: foodnframe.com - 2nd runner
DSC_3154
credit: foodnframe.com - 3rd runner

Nampak tak terpancar wajah bahagia kat situ? haha Walaupun tempat ketiga, at least menang lah daripada korang yang baca ni tapi tak join event yang super best ni oi. hahah. Sila dengki laju-laju :3

Tapi hadiah yang ni tak best sangat lah. Sebab apa? Aku dapat hadiah yang lagi best haha. Dapat hadiah special sebab jadi sharp shooter. Ehemm. Tapi bukan aku sorang la, ada lagi beberapa blogger lain yang dapat juga. Lebih kurang 6 orang. hehe



So kalau engkorang berminat nak cuba ber-Battlefield ni kan. Boleh lah pergi main kat Nur Lembah Pangsung ni. Sekali sekali apa salahnya. Lagipun main dalam hutan,  mcm perang betul-betul. Laser tag dgn paintball tu dah bosan lah. Tolonglah haha. 

Engkorang jangan tak tahu yang Battlefield ni bukan je ada kat Nur Lembah Pangsung je, dia ada kat beberapa tempat lain. Tapi masih dalam kawasan rimba. Awesome ke tak? wohaaa. So antara tempat-tempatnya adalah Nur Laman Bestari, Nur Sg Merab, Isi Rimba, Kelumpang resort, KClub Melewati .

Ataupun kalau engkorang macam takut sesat ke apa, atau nak buat pertanyaan boleh ke alamat ni atau telepon kat nombor yang tertera.


Alamat
A19-3A, Jalan TKS 1,
Taman Kajang Sentral, 43000,
Kajang , Selangor.

Phone
 +6 03 8740 3307
+6 03 55 123 789

Direct line
016 716 2088 

Fax
6 03 55 234 789
 
Email
battlefieldlive.my@gmail.com
 
Untuk maklumat lanjut:

DSC_3097
credit: foodnframe.com - Selamat Hari Raya Aidiladha daripada kami semua! :-)

2 comments:

penaberkala said...

sayang untuk bulan ni tak dapat nak join sebab balik kampung untuk raya haji
harap, untuk bulan 11 lagi best event TSdayout :)

tak gtau pun menang top sharp shooter
tahniah

budakbandunglaici said...

wow..fun game.. seronok dpat tembak2 orang macam counsterstrike. haha


recent post : Makan Yogurt Dengan Buah Segar