Sunday, November 29, 2015

DALER YUSOF

A video posted by Hana Jenna (@hanajenna) on


Minggu lepas sederet tiga hari photoshoot. Sekarang dah demam sebab kerja dalam 10 musim, panas sejuk lembap kering. lol. Khamis lepas photoshoot dengan supermodel Daler Yusof. Sebelum ni selalu nampak dalam iklan komersil je. Sejenis ciptaan Tuhan yang paling indah. Phewww. (habislah kalau boss baca).

Lokasi shoot kali ni dekat Astaka Morroco, Putrajaya. Kali pertama sampai sini. Dulu pergi Taman Botani je atas tu. Tempat ni free je nak masuk. Cuma kalau nak buat shoot komersil, kena la bayar sikit. Masya-Allah dia punya panas terik tu. Sampai naik juling lah mata ni menahan mata. So kalau nak tahu kenapa aku takde chance nak cerahkan kulit sebab terlalu banyak photoshoot yang kena berjemur sampai jadi ireng. haha.

Daler Yusof ni sekarang tengah popular dengan drama Tuan Anas Mikael. He was born in Uzbekistan. So when he speak in Malay, kinda cute dia punya pronunciation. LOL. Kali ni semua gambar dibidik oleh Hana Jenna

Gambar-gambar dia semua on point. Macam mana kat luar, macam tu la sama macam dalam camera. haha. Tak macam certain orang, luar dalam berbeza. 

2 comments: