Di sebelahnya pula, ada seorang lagi pesakit yang terlbih dahulu dimasukkan ke bilik itu. Pesakit itu juga tiadk mampu bergerak, namun disebabkan katilnya terletak bersebelahan tingkap, maka dia dapat melihat pemandangan di luar.
Mereka berdua berkenalan dan menjadi kawan. Pesakit pertama sedar pesakit yang baru dimasukkan itu mungkin kebosanan kerana hanya mampu terlantar di atas katil. Dia sering bercerita perihal pemandangan yang dapat dilihatnya di luar bagi menceriakan kawan barunya itu.
Ada masanya, dia bercerita berkenaan pokok-pokok yang bergoyang dan daun-daun yang berguguran ditiup angin. Ada masanya, dia bercerita perihal gelagat manusia-manusia yang berada di luar. Dia menceritakan dengan terperinci satu persatu perbuatan mereka.
"Suatu hari nanti, apabila kamu bertambah sihat, pasti kamu gembira dan seronok kerana dapat melihat pemandangan yang saya ceritakan ini." katanya, cuba memberikan harapan kepada kawannya di sebelah.
Namun, berlainan pula dengan kawannya itu. Pada mulanya, dia berasa seronok mendengar cerita pesakit pertama itu. Lama-kelamaan, timbul rasa kecewa dalam hatinya kerana tidak mampu melihat sendiri pemandangan yang diceritakan itu. Perasaan kecewa itu akhirnya bertukar menjadi benci. Dia menganggap pesakit pertama itu sengaja menunjuk-nunjuk kerana katilnya terletak bersebelahan tingkap.
Pada suatu malam, keadaan pesakit pertama itu tiba-tiba menjadi kritikal. Walaupun pesakit kedua menyedari perkara itu, namun dia hanya mendiamkan diri dan tidak meminta pertolongan. Akhirnya pesakit pertama itu menghembuskan nafas yang terakhir.
Keesokkan harinya, pesakit yang sudah meninggal dunia itu dibawa keluar dari bilik itu. Pesakit kedua pula segera memohon supaya dia dipindahkan ke katil yang terletak bersebelahan tingkap. Permohonanya ditunaikan.
Apabila pesakit itu memandang je keluar, tiba-tiba tubuhnya tersentak. Pemandangan yang dilihatnya hanyalah dinding banguna sebelah. Tidak kelihatan pokok-pokok. Tidak kelihatan manusia-manusia yang sering diceritakan kepadanya sebelum ini.
Kini barulah dia sedar, semua perkara yang diceritakan kepadanya sebelum ini cuma imaginasi kawan sebiliknya, yang kini sudah tiada. Tujuannya tidak lain, adalah bagi menggembirakan dan memberikan harapan kepadanya.
P/s: Meratapi kesakitan tidak akan memberi matahari kepada kita. Ia menjadi kubur kepada sang pendengar, maka bunga kemboja menjadi iringan. Mengapa tidak kita memberikan matahari kepada orang sekeliling? Mereka membawa sejambak bunga kenangan ketika kita dalam kehidupan mereka.
5 comments:
peminat fanatik yuna ke? ingatkan blog Yuna tadi hehe
deepnya. (T.T) nice one. :)
anasyg: rolling in the deep
hafizol: yunazim
hemm.. akhirnya dia menyesal dah kehilangan kawan yang baik...
Haii.. Cakkk..
teman follow sini yea, follower no.1715
jemput follow me back yea..
leh kita saling kunjung-mengunjung nanti.. =)
http://tengkubutang.blogspot.com/
kalau minat kucen boleh gak follow blog
kedua teman ni yea..
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/
Post a Comment