Wednesday, April 29, 2015

Terbang Tunduk

Pernah tak. 
Kau dah type panjang-panjang luahan hati kau kat sini. 
Pastu padam balik semua. 
Sebab rasa macam tak payah kot orang lain nak tahu pasal kau. lol. 
Cukup la sekadar, "aku stress".


Tuesday, April 14, 2015

Sebalik Tabir


Aku tak pernah cerita pun kan yang sebelum ni aku pernah kerja/intern dekat production house. Yes, tahun lepas aku intern di Red Communication. Rumah produksi yang produce cerita Oh My English, Gol & Gincu, 3R, Kami Histeria, Pisau Cukur dll.

Best? Entah hahah. Bukan bidang aku kot. Tapi okay lah sebab dapat kerja dengan nama-nama besar. Especially Nur Fazura. Kau je rasa best. Aku rasa biasa je. Setakat lunch sama-sama dengan Diana Danielle, Sara Ali, Fazura and the others . Hahaha. Best lagi kalau dapat lunch sama Dato Siti Nurhaliza.

It was a good experience by the way. Banyak la benda belajar pasal dunia produksi. Tak tidur malam. Kena marah. Ikut shooting. Pergi promo filem. Buat itu buat ini. Tapi tak kurus-kurus. Lol

Oh, dalam gambar atas tu masa aku jadi clapper-boy! Kira mcm orang penting lah untuk bahagian editing nanti. Tapi yang bestnya hari-hari kena marah sebab clapper board tak masuk dalam frame. Hiksss.

Pastu yang best sebab jadi orang pertama yang tengok filem Manisnya Cinta di Cappadocia.

Kenangan tak dapat dilupakan? Aku cabut lari daripada set penggambaran Oh My English S3 selama 3 hari time birthday aku last year. Ok tu je. Night 💆

Thursday, April 9, 2015

Bawa Bertenang

Haritu ada orang tanya aku, aku kisah tak kalau orang yang dulu kita rapat atau selalu bertegur, sekarang layan tak layan atau erti lain layan ala kadar je?

Aku cakap la aku tak kisah pun. Kenapa aku nak kena kisah kalau orang yang kita rapat atau tak tu membeza-bezakan layanan kat kita.

I have my own stand, I want to find my own happiness. Ketenangan jiwa aku tak ada kat orang lain, so kenapa perlu aku kisah kalau orang layan kita ala kadar, walhal tak ada masalah pun.

Aku tak suka stress dan aku tak nak stress. Kalau benda boleh settle, bagus. Kalau tak, lupakan je lah. Silent is better treatment orang cakap, aku jenis tak suka persoalkan tindakkan orang terhadap aku. Nanti meleret. Kalau orang rasa dia betul, let them be. Kalau aku rasa aku yang betul, biar aku je yang tahu. Letih. Baik aku bawa bertenang dan bawa bersabar.


Tuesday, April 7, 2015

Trip to Kelantan

Pantai Cahaya Bulan

Last week i went to Kelantan. Tahun ni banyak travel, just back from Kuantan & Johor Bharu. It's kinda fun bila ada business trip ni. 

Well, Malaysia sekarang banyak conflict antara politik. Tapi as for now lepas dah banyak travel, tak la banyak mana pun. I would say that i love Kelantan, not very much. Tapi boleh lah. I love their culture, Tolak tepi lah hudud apa semua tu. 

I found peaceful in Kelantan. Tak serabut macam KL or Penang. Eventhou' mereka tolak pembangunan. Tapi aku kisah apa, janji tak serabut macam bandar-bandar lain. Orang-orang kampung pun baik belaka. Best dapat sembang dengan strangers, even sometimes being extra-friendly tu annoying. But they're not. Seriously.

Patutnya next month trip to Brunei, Kota Kinabalu & Kuching. Tapi terpaksa cancel sebab taktau lah sebab apa. lol. Ok, i missed nasi ulam and the"jual deh" words after we bought their things. hahaha.

P/s: kadang-kadang kita nak jadi a good example, tapi selalu end-up jadi trouble maker. haiz

Thursday, July 24, 2014

LAGU SUKAN KOMENWEL DALAM ALBUM TERBARU SITI NURHALIZA #FRAGMEN

Aku tak kisah jadi orang paling lambat dapat album Siti Nurhaliza, janji ada hahaha. Rata-rata aku tengok kawan aku time tu dah ramai yang beli album Fragmen ni. Aku dapat dengar preview je dalam whatsapp member aku send. hahaha. At first aku rasa macam biasa je. Ada satu dua lgu je best selain lagu Lebih Indah dengan Jaga Dia Untukku.

Lepastu best friend aku beli sekeping. Aku macam biasa lah, nak pinjam pastu copy dalam laptop. HAHAH Perangai tak semegah. Masa aku lepak member aku bagi je CD Fragmen tu. Sebab dia saje-saje beli. So aku rasa macam rezeki terpijak dalam album Siti Nurhaliza for free. Padahal sebelum ni ada je dapat album free, which is Tahajud Cinta. Album All Your Love beli sendiri. hew hew

At first masa aku dengar preview lagu-lagu dalam album Fragmen ni, aku tertarik dengan satu lagu rancak ni. Aku panggil lagu ni lagu Citrawarna. hahaha Sebab lagu dia rancak and sesuai dengan opening majlis sukan. HAHAHAHAHAHHAHA.. Semalam kan opening sukan Komenwel, so aku rasa lagu ni patut play masa opening sukan Komenwel time kontijen Malaysia masuk. hahaha.. Ni aku attach sikit lagu Warna Dunia.


Anyway jualan album untuk sejak kebelakangan ni sangat teruk. Bukan Siti je. Ramai lagi penyanyi Malaysia dah tak keluarkan album sangat sebab market teruk. Nak pulak zaman teknologi ni banyak cetak rompak. Rugi lah diorang kan.

Kalau korang nak tahu, sejak album All Your Love, Siti Nurhaliza dah buat album tu sebagai copyright. Kiranya tak boleh nak transfer dalam handphone atau laptop untuk elakkan sebarang muat turun secara haram. Tapi sebenarnya ada je cara untuk convert album copyright ni. Tapi tak baik lah kan. Orang cari rezeki huhuhu.

Aku ni suka buat kerja gila sikit. Lepastu menyesal hahahah. Aku kan dah ada album fizikal ni kan. Lepastu pagi tadi aku pergi beli lagu-lagu dalam album Fragmen ni kat iTunes. Aku tak tahu pulak ATM card ada duit lagi. Ingat dah habis. haha So terpurchase. hmm Apa nak buat. Redha je lah kan. :p

Anyway mostly lagu dalam album ni semuanya best. Tapi ada juga lagu feveret. Hari-hari dok zikir dengan album ni. Time kerja pun dok pasang, nak balik rumah pun pasang. Bangun tidur pun pasang. Ohh parah macam ni -,-"


Wednesday, July 23, 2014

JANGAN BUAT MACAM RUMAH SENDIRI

Aku dah dua bulan kerja. Alhamdulillah. Daripada duduk rumah membesarkan perut baik aku kerja kan? Kerja sambilan je sementara nak tunggu study tahun depan. Okay la tu kan..

Anyway aku nak tanya ni, kenapa eh makin lama Malaysia ni berlambak pendatang tanpa izin? Kat area apartment aku tu dah tak boleh bilang dengan jari dah berapa ramai orang Indonesia. Aku takde lah rasa diorang tak boleh menetap kat Malaysia. Tapi paham tak generation diorang makin lama makin membiak kat Malaysia, kahwin lepastu beranak-pinak. Anak bukan sorang dua, ramai pulak tu.

Kerajaan Malaysia tak kawal ke population warga pendatang asing ni? Aku tak tahu lah kalau ada ke kan Kerajaan kawal berapa populasi yang orang negara luar boleh ada dalam negara. Tapi kan aku macam tak puas hati lah jugak sebab terlalu ramai warga Indonesia kat Malaysia ni.

Aku faham warga asing patut ada kat Malaysia ni sebab atas dasar kerja. So part tu aku tak kisah. Tapi aku tengok kat area rumah aku, tak semua warga asing Indonesia tu kerja. Hari-hari melepak saje. Lepastu bergaduh sesama sendiri. Tiap malam aku balik kerja pun takut tau nak balik rumah. Lepastu ada adik kecik, takut la juga kalau kena culik ke apa kan..

Just nak tahu, kenapa Kerajaan Malaysia tak kawal populasi penduduk warga asing yang menetap di Malaysia. Kadang-kadang tak boleh bagi muka sangat kat diorang ni. Mungkin kalau kau ada kuasa, so kau tak kisah diorang nak ada kat sini sebab kau stay jauh dari penempatan warga asing. Tapi kesian lah kat rakyat Malaysia yang tak selesa dengan situasi macam ni.

Aku tak kata semua warga asing ni jahat dan tak bagus. Ada yang friendly and boleh make friends. Tapi tu lah, kalau aku sendiri tak selesa dengan lambakkan warga asing yang ada kat Malaysia ni. Orang lain pun mesti sama.

Jangan sebab duit. Perasaan rakyat dilacurkan.

Friday, July 4, 2014

EMPAT SAAT TANPA HARAPAN

Dekat sebuah hospital, seorang pesakit baru sahaja dimasukkan ke sebuah bilik yang menempatkan dua buah katil. Disebabkan keadaannya yang kritikal, pesakit itu tidak mampu bergerak dan cuma terlantar di atas katil.

Di sebelahnya pula, ada seorang lagi pesakit yang terlbih dahulu dimasukkan ke bilik itu. Pesakit itu juga tiadk mampu bergerak, namun disebabkan katilnya terletak bersebelahan tingkap, maka dia dapat melihat pemandangan di luar.

Mereka berdua berkenalan dan menjadi kawan. Pesakit pertama sedar pesakit yang baru dimasukkan itu mungkin kebosanan kerana hanya mampu terlantar di atas katil. Dia sering bercerita perihal pemandangan yang dapat dilihatnya di luar bagi menceriakan kawan barunya itu.

Ada masanya, dia bercerita berkenaan pokok-pokok yang bergoyang dan daun-daun yang berguguran ditiup angin. Ada masanya, dia bercerita perihal gelagat manusia-manusia yang berada di luar. Dia menceritakan dengan terperinci satu persatu perbuatan mereka.

"Suatu hari nanti, apabila kamu bertambah sihat, pasti kamu gembira dan seronok kerana dapat melihat pemandangan yang saya ceritakan ini." katanya, cuba memberikan harapan kepada kawannya di sebelah.

Namun, berlainan pula dengan kawannya itu. Pada mulanya, dia berasa seronok mendengar cerita pesakit pertama itu. Lama-kelamaan, timbul rasa kecewa dalam hatinya kerana tidak mampu melihat sendiri pemandangan yang diceritakan itu. Perasaan kecewa itu akhirnya bertukar menjadi benci. Dia menganggap pesakit pertama itu sengaja menunjuk-nunjuk kerana katilnya terletak bersebelahan tingkap.

Pada suatu malam, keadaan pesakit pertama itu tiba-tiba menjadi kritikal. Walaupun pesakit kedua menyedari perkara itu, namun dia hanya mendiamkan diri dan tidak meminta pertolongan. Akhirnya pesakit pertama itu menghembuskan nafas yang terakhir.

Keesokkan harinya, pesakit yang sudah meninggal dunia itu dibawa keluar dari bilik itu. Pesakit kedua pula segera memohon supaya dia dipindahkan ke katil yang terletak bersebelahan tingkap. Permohonanya ditunaikan.

Apabila pesakit itu memandang je keluar, tiba-tiba tubuhnya tersentak. Pemandangan yang dilihatnya hanyalah dinding banguna sebelah. Tidak kelihatan pokok-pokok. Tidak kelihatan manusia-manusia yang sering diceritakan kepadanya sebelum ini.

Kini barulah dia sedar, semua perkara yang diceritakan kepadanya sebelum ini cuma imaginasi kawan sebiliknya, yang kini sudah tiada. Tujuannya tidak lain, adalah bagi menggembirakan dan memberikan harapan kepadanya.

P/s: Meratapi kesakitan tidak akan memberi matahari kepada kita. Ia menjadi kubur kepada sang pendengar, maka bunga kemboja menjadi iringan. Mengapa tidak kita memberikan matahari kepada orang sekeliling? Mereka membawa sejambak bunga kenangan ketika kita dalam kehidupan mereka.