Friday, September 28, 2012

Selamat Hari Lahir Nur Fazura Sharifuddin

3 hari lepas, Fitri whatsapp dalam group suruh tengok instagram Fazura. Rupanya adabinvitation ke majlis tahlil dan doa selamat semperna besday dia. So aku RSVP la kat Nik Ivana Arisyah merangkap PA dia. And yeah, im the 3rd person among 700 people yg RSVP hahaha :p

Semalam bertempat di Masjid Wilayah, pukul 645 petang dah sampai perkarangan Masjid Wilayah. Masa tu nampak tweet Fazura suruh berkumpul kat Anjung A.. Wehuuuu kiteprang parking sebelah kereta Fazura

Masa masuk masjid tu, dah nervous sebab nampak Fazura. muehehe. Cantik sesangat la cite dia kann. Nak salam tak holeh, so melepet la duduk saf lelaki..

So majlis start dengan solat maghrib diikuti dengan tahlil dan bacaan yaasin, akhir sekali solat isyak. So lepas semua-semua tu. Kita mentekadarah kat floor bawah. haha. Ramai jugak la jemaah.

So masa dan peluang ni la berjumpa 4 mata dengan Fazura tanpa sebarangan halangan. Selalu bila event luar, dia busy kesana kemari. So malam tadi dpt jumpa dia sampai holeh nampak muka dia putih kemerahan. Macam snow white. Kau ada?

HAPPY BIRTHDAY MISS FAZURA






Friday, September 21, 2012

MUSEwear by Effindi K

Co founder untuk brand MUSEwear ni adalah one of my friend yang collaborate with Syafiq Yusof. Korang kenal tak siapa Syafiq Yusof ni? Dia lah anak kepada Datuk Yusof Haslam dan pengarah filem S.A.M.

So kepada pecinta fashion/dress yang meletop boleh la usha dress yang Effindi K design ni. Semua lawa-lawa kot. His mission to bring out the beauty of each and everyone of you. So why not korang purchase dress yang dia design kan? =)


Twitter: @EffindiK
Instagram: MUSEWEAR and EFFINDI (Effindi Kamaruddin)


Hurry up! Get it now all the dress by MUSEwear. Macam mana nak purchase semua item yang dijual ni? Okay, scroll hat bawah sikit.








Guideline how to purchase MUSEwear item:

1. Email to shopmusewear@gmail.com the code, your name and address.
2. Bank in the payment for the selected item and email or send the picture to us the payment slip.
3. After confirmed, we will send it to you by post and you will be provided with a tracking number.

* shipment of items are on monday and thursday
* all prices are including postage fee



Thursday, September 20, 2012

Kenapa perlu boikot Youtube?

Malam tadi class Writing for Mass Media ada bincang pasal kes filem yang menghina Nabi Muhammad S.A.W, Innocence of Muslim. Semua orang ada pendapat masing-masing. Aku pun ada stand point aku sendiri.

Kata Tun Mahathir, kebebasan bersuara, ya, tetapi bukan kebebasan menghina agama yang diamalkan pihak lain. (blog Tun Mahathir)


Disebabkan kes filem Innocence of Muslim ni telah menimbulkan Muslim Rage diseluruh dunia. Rage ain't gonna solve anything. Rasulullah masa baginda hidup, Baginda tak pernah langsung membalas dengan kekerasan, malah dengan kelembutan.











Can you answer me this question :)



HAVE A BETTER PLAN PLEASE :)

#iLOVEislam #Muslim #Rasulullah

Wednesday, September 19, 2012

Anak Melayu, Anak Cina

Haritu masa aku nak pergi Kolej, naik tren menghala ke Ampang. Macam biasalah, berdiri pegang telefon main twitter. Biasanya aku buat bodoh je dalam train, malas nk amik port orang sekeliling melainkan ada sesuatu yang menarik.

Mostyly aku tengok orang-orang dalam train ni suka duduk diam, dengar lagu and baca surat khabar/buku. Bagi aku tu common la. Tapi yg extra ordinary bila dalam tren ni, pattern yang suka gelak dan sembang kuat-kuat. Dia ingat tren tu dia sorang je kot naik. Aku dukkk kang!

Oh masa haritu aku naik tren, terus terpandang anak Cina sorang ni. Tengah buat kerja sekolah Matematik. Yes, dia sangat selesa buat kerja sekolah dalam tren, aku tengok dia selamba badak buat kira-kira dalam tren yang maha bising tu. Aku macam speechless kejap.  Jarang orang buat homework dalam public transport. Kalau baca buku sejarah tu boleh terima lagi. huhu. 

Itu jelah nak bagi tahu pasal anak Cina ni :')




Lepas beberapa hari, aku tidur rumah kawan kat Flat Penara, sebab esoknya kelas middle. So cam lepak la sket en. Tapi pagi tu tetap lambat sikit pergi Kolej. haha. Tak kisah la, janji tak ponteng kan. Masa aku baru keluar rumah, dengar bunyi bising kat area lif flat tu. So aku macam lantaklah, duduk flat kot. Standartlah bising kan.

Masa dok melepet depan lif, aku nampak segerombolan budak sekolah pakai baju sukan. Aku ingat  dorang ramai-ramai baru nak pergi sekolah ke apa. Sekali dengar cikgu disiplin pekik-pekik dari belakang. Ada lebih kurang 5 orang cikgu, cikgu disiplin tu lelaki garang tapi baik.

Hmm, aku terkejut la. Rupanya cikgu-cikgu tu berkejaran dalam flat tangkap budak-budak ni ponteng sekolah. Ramai dia jangan cerita la, penuh satu lif. Cikgu tu tak marah pun aku tengok. Dia just tinggikan suara and soal satu persatu anak murid dia. Sedih kot tengok. Baru tingkatan satu dah perangai naharammm.

"Sayangnya saya kat kamu, sampai cikgu-cikgu kena jemput" -cikgu disiplin tu kata la.

Kata bodoh kang marah. Nak ponteng, tapi ponteng kat tempat yang dekat dengan kawasan sekolah. Bang ke ngang tu?  Alahai budak-budak ni. Nak salahkan siapa dalam hal macam ni? Ibu bapa? Kawan-kawan? Cikgu? ...............






Monday, September 17, 2012

Photography @ Mersing Johor.

Hari Jumaat lepas, 14 Sept 2012, bertolak dari kolej poly-tech mara KL, menuju ke Penyabong, Mersing Johor. Dua kelas BK101 (Corporate Communication) pergi sana sebab nak buat travelog untuk Mini Photography Exhibition bulan 10 nanti.

Kita orang pergi Mersing selama 3 hari 2 malam. Jumaat malam lepak-lepak, hari Sabtu dah start photoshoot dari pagi sampai ke petang. Hari terakhir, hari ahad, kita orang semua lepak mandi laut kat Pasir Lanun. Jalan kaki dari chalet ke Pasir Lanun ambil masa lebih kurang 45minit. Jauh gila.


Waktu pagi hari sabtu aku sorang je lelaki yang bangun awal sebab malam tu aku yang paling awal tidur haha. So pagi-pagi Aus dah kejutkan suruh aku pergi ambil gambar matahari terbit. So berlari ke pantai bersama Galaxy Note, malas nak guna DSLR sebab berat sangat.



Kiteorang bergerak dalam kumpulan, so masa bas drop by kat Jeti Penyabong tu, rasa macam limited sangat objek nak ambil gambar. But then our group decided nak sewa bot pergi tengah laut dan bergambar. Banyak pemandangan menarik kat Mersing tu. And i feel so free and relax masa atas bot. Hmm :)

Sebenarnya ada banyak gambar cantik-cantik nak tunjuk kat dalam blog, tapi lecturer tak bagi publish lagi sebelum tiba masanya hari Mini Photography Exhibition. Aku excited sangat-sangat untuk tengok hasil. hehe. It is really nice artwork done by me and my friends.

Follow my instagram: NAZIMNASRI / NAZIM NASRI



Wednesday, September 5, 2012

Muara Hati






Dah masuk hari ke-3, aku rasa dah lebih 22724636 (macam BBpin je) kali aku dengar lagu Muara Hati ni. Tak jemu pun. Sikit hari lagi jemu lah kot macam aku layan lagu Dejavu. haha


Tapi aku still tak baca lirik dia lagi. Aku menyanyi je lah. Tak tak faham maksud lagu. Siti kata perasaan dia macam merayu-rayu ah. eleh -.-




Oh lagi satu lagu ni Adi Sixth Sense yang compose. Sedaknyahhhhh!! And yang pastu, kali pertama aku dengar, aku dah dapat agak yang Siti Nurhaliza dengan Hafiz record lagu ni tak berdiri sebelah-sebelah. Maksudnya, Hafiz record siang, Siti record malam. Video clip diorang pun sama. Siti shoot dulu, lepastu baru Hafiz shoot. Sebab jadul Siti pack. Gituhhhh. Sejak bila aku jadi beautifulnara ni. LOL



Suara Hafiz memang mantap gila habis. Suara Siti Nurhaliza mula-mula macam Rossa. And nampak remaja sangat suara dia dalam lagu ni. mueheheh..



Agak-agak nanti, Siti nak ke bertanding balik dalam Juara Lagu? heheh Since Hafiz dah jadi Juara Lagu last year :D