Monday, September 17, 2012

Photography @ Mersing Johor.

Hari Jumaat lepas, 14 Sept 2012, bertolak dari kolej poly-tech mara KL, menuju ke Penyabong, Mersing Johor. Dua kelas BK101 (Corporate Communication) pergi sana sebab nak buat travelog untuk Mini Photography Exhibition bulan 10 nanti.

Kita orang pergi Mersing selama 3 hari 2 malam. Jumaat malam lepak-lepak, hari Sabtu dah start photoshoot dari pagi sampai ke petang. Hari terakhir, hari ahad, kita orang semua lepak mandi laut kat Pasir Lanun. Jalan kaki dari chalet ke Pasir Lanun ambil masa lebih kurang 45minit. Jauh gila.


Waktu pagi hari sabtu aku sorang je lelaki yang bangun awal sebab malam tu aku yang paling awal tidur haha. So pagi-pagi Aus dah kejutkan suruh aku pergi ambil gambar matahari terbit. So berlari ke pantai bersama Galaxy Note, malas nak guna DSLR sebab berat sangat.



Kiteorang bergerak dalam kumpulan, so masa bas drop by kat Jeti Penyabong tu, rasa macam limited sangat objek nak ambil gambar. But then our group decided nak sewa bot pergi tengah laut dan bergambar. Banyak pemandangan menarik kat Mersing tu. And i feel so free and relax masa atas bot. Hmm :)

Sebenarnya ada banyak gambar cantik-cantik nak tunjuk kat dalam blog, tapi lecturer tak bagi publish lagi sebelum tiba masanya hari Mini Photography Exhibition. Aku excited sangat-sangat untuk tengok hasil. hehe. It is really nice artwork done by me and my friends.

Follow my instagram: NAZIMNASRI / NAZIM NASRI



No comments: