Sekarang ni aku dah belajar sikit-sikit cara buat tulisan khat kufi. Berguru dengan google dan youtube je. Niat nak belajar buat khat kufi ni dah lama, tapi baru semalam terbukak hati nak buat. hehe. Memang susah nak buat khat kufi ni, sebab kita kena tahu macam mana nak letak huruf dia, sebab khat kufi ni tak macam khat nasakh tau.
Khat Kufi Khat Nasakh
Khat kufi ni kalau nak buat kena teliti, kalau tersalah buat, boleh lari maksud yang nak disampaikan. Almaklumlah, tulisan jawi ni kan tulisan dalam alquran. Kenalah jaga kesuciannya. :)
So dalam percubaan pertama ni, aku buat ikut rasa hati je. Tak refer pun kat font tulisan jawi ni. So alhamdulillah, apa yang aku nak tulis tu boleh dibaca dan difahami. Tapi kalau salah tu, biasalah kan. Lahir-lahir bukan terus pandai kan. hihihi. Hyeahhh..
Tulisan khat kufi ni dibaca Muhammad Nazim. Aku buat pakai photoshop je. Agak rumit sebab nak letakkan huruf "zo" dengan "ya" sangat susah, kena arrange betul-betul baru dapat hasil macam ni. Tapi still tak perfect la, tapi as first try bangga la jugak sebab dapat buat sendiri hihi. So khat kufi ni jugak boleh dijadikan sebagai watermark untuk gambar-gambar kita.. Boleh letak kat letterhead, business card, cop dan lain-lain..
Ustazah aku cakap, takde siapa lagi yang boleh lawan tulisan khat aku even dia dah tukar sekolah lain. hihi. Tak kisahlah lawa ke tidak, janji masih ada lagi generasi yang boleh menulis jawi mahupun tulisan khat. Martabatkan tulisan jawi kita. Malu lah kalau kita tak reti baca jawi ataupun menulis dalam tulisan jawi. :)
9 comments:
wslm. buat dekat aku satu bley ?
wslm. buat dekat aku satu bley?
tolong tulis name saya bleh
tolong tulis name sy bleh
Saya pun nak try blaja gak....bagi sy..khat kufi adalah khat paling unik dalam bnyk2 jenis khat...
z pari: yezza. belajar lah. jangan ditelan zaman heheh (:
use photoshop kan..how 1st step..?
buat utk saya bole ?
Assalammualaikum. Boleh tolong buat kan tak? Untuk pertandiangan ni. Bukan nak tiru sebijik tapi buat contoh. Untuk sambutan maal hijrah tahun ni. Boleh? Boleh bagi dekat email saya.temanya, 'perpaduan nadi tranformasi negara'
Post a Comment