Friday, December 27, 2013

Malaysian Trendsetter - Wak Doyok & Nur Fazura

Noun-trend-setter - someone who popularizes a new fashion
role modelmodel - someone worthy of imitation; "every child needs a role model"


2014 is just around the corner. I'm still in the lame-ass fashion. But idgaf, im not willing to burden my self to be a fashionista or to attract people attention to look at me what im wearing. Aku tak minat ikut trend semasa ni. 

Well in 2013, i saw so many people wanted to be a trendsetter. Yang tu fesyen macam ni, yang ni fesyen macam tu. Kadang tu ada yang tak kena dengan cuaca. Ingat ni New York ke? hew hew. But their fashion sense memang superb lah, tak boleh deny.


Wak Doyok here and there. oh my goat. I cannot brain this. Pergi sana-sini, u can see wajah A Galak merata tempat. hahaha. Sampaikan bila jumpa yang berwajah A Galak ni kita panggil dia Wak Doyok. Kadang tu ada yang jadi mangsa fesyen disebabkan gaya misai dah macam ikan keli. Wak Doyok is a very smart person and his fashion sense very high you know. 

Mesti tak ramai orang tahu macam mana muka Wak Doyok sebelum dia berwajah A Galak. Jambu siaaa. haha. I saw somebody posted his picture on Instagram without beard and mustache. Macam Kpop ahh.

Transformasi Wak K-Pop kepada Wak Doyok

Lepastu pulak sekarang ni cerita pasal Hanez Suraya tiru fashion Nur Fazura. Semua orang tahu Fazura tu memang Fazbulous, and Hanez Suraya tu duta aura white. So Fazura tu kira trendsetter juga la kan? Sebab ada yang tiru dia sebijik-sebijik sampaikan bila pergi event, dari jauh orang ingatkan Fazura, rupanya Hanez Suraya. Haa cano la tu.

Hanez Suraya vs Nur Fazura

P/s: Haa apa-apa jelah. Asalkan tak macam Lady Gaga ataupun Nicky Minaj je dah la. 

Friday, December 20, 2013

Alhamdulillah DL..

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat illahi Siti ucapkan, terima kasih tak terhingga kepada keluarga Siti, peminat-peminat Siti dan yang tercinta, suami Siti sendiri. 

muahahaha kuekk feeling.. Semalam kat twitter dah berkicau pasal result keluar harini. Sembang-sembang dengan kawan-kawan semua. Aku dah ready buka CMS dari pukul 11malam tadi sebab takut traffic jammed. Lama jugaklah melepet depan laptop tunggu result.

Cuak punya pasal, setiap jam aku refresh portal KPTM ni. Still kosong. Tidur pun tak lena tau dakk. Bangun pukul 6, refresh page, bangun pukul 7, refresh page, bangun pukul 8, refresh page sampai lah aku fed-up. haha. Lepastu tidur balik. Terjaga pukul 9.40pagi tadi. Refresh page, terus keluar result.. Terus terjaga and terbelalak mata tengok result. Rasa nak nak fly high..


Aku extra happy sebab ni first time dapat dean list. Rasa looser sangat. Orang lain semua dah banyak kali. aku ni baru first time. haha. Orang lain semua tak heran pun. lol. Selalunya every sem dapat 3 pointer je. Kali ni dapat lebih sikit. Dapat la jumpa dekan nanti. Teheee~

Boleh tidur dengan aman. Lagipun tempat practical dah dapat and confirm. Practical dalam industri hiburan. Insya-Allah akan make it well. Kena secret-secret dulu pasal tempat practical. Kang tibe-tibe kena tukar tempat lain. Buat nayaaa..

Anyway, good luck to my self.. wewiitt

Sir Jazie: Alhamdulillah, akhirnya dapat jumpa dekan. 
Miss Mardhiah: U deserve it. Berkat tak mandi. Tapi datang kelas i. :p

Wednesday, December 18, 2013

Rahimi's Birthday Bash

"Nazim, you free tak jumaat depan?"
"Free, tapi tengah malam tu i gerak pergi Penang, kenapa ek?
"I nak buat birthday bash untuk Amy, i nak best friend dia semua ada. You and Khalid."


Mochie contact me almost every single day (rasanya lah) to make sure i'll be there to celebrate Rahimi 19th birthday. Well, he's my best friend so I've to spend my time to celebrate with him. Till the date was changed on Saturday that i cant make it sebab dah pergi Penang, so Mochie tried to managed the time back. So they make it on Friday as the 1st plan.

Next year will be the 4th year aku dah berkawan dengan Rahimi. Knowing him since hes in high school sampai dah besar panjang ni. Masa zaman BBNU dulu setiap sabtu mesti lepak, karaoke macam lupa dunia. haha. Well hes a good guy from a good family, so I'm glad have a such a good friend like him. 

When i was 18 haha. Rahimi, 17.

He always make a phone call to me tanya khabar like every week, shares some story like a biological brother. Maybe its sound gayish, but it is kinda like brotherhood. It is a precious friendship that i ever had, sampaikan i ran out from college teman dia pergi Lim Kok Wing untuk survey tempat belajar dia. 

So back to the story,, we're celebrating his birthday at Private Lounge, Luna Bar Kuala Lumpur. Abang pakai simple je dik, Polo tees and slack. Orang lain semua pakai formal. haha. So masa photo session duduk belakang, biarlah kena over shadow pun. HAHA.

What puberty did to him? haha
Rayy and Mochie.

The Dons is back :)

Khalid, Rayy and Elephant :')

Mari buat ballet atas udara - Slackline KL

As usual, every month mesti ada cerita pasal TSdayout. This is the last TSdayout in 2013. So pada 30 November 2013 haritu, Tourism Selangor mengadakan outdoor activity which is called Slackline KL di Gua Damai Gombak. SlacklineKL ni lebih kurang macam meniti titian siratul'mustaqim lah. haha gurau.. 



-tekan play-

Okay, actually it’s a sport where a person balances on a line that’s tension-ed between two anchors (like trees, for instance). The line is not tight like a tight-rope but is slack, bouncy and pretty much resembles a giant rubber band. The challenge of standing up on it to balance is commendable, let alone walking it.

So the benefits of this sport is to:
  • BALANCE
  • PROPRICEPTION
  • COORDINATION
  • RELAXED STATE OF MIND
  • FOCUS & AWARENESS
  • CORE STRENGTH
  • FUN

As for me yang berbadan elephant ni memang susah nak balance badan atas bendalah tu. Menari-nari bagai sampai terjatuh kemudian luka kat siku sebab terkena batu. hew hew. Well abang masih gagah teurskan. So kalau hari-hari main benda ni, boleh pecah lemak tau. 

DSC_3370
Briefing by Helena Foo 
The crew setting up the slacklining 
DSC_3245



DSC_3409
First step to be a supermodel. Haa balance your body on the slack line. Its bouncing thou'
DSC_3522
Gaya macam tengah surfing kan? haha

There is a lot of style to play this sport, kau boleh berjalan, melompat secara berdiri, melompat secara duduk, imbang badan sambil bersila dan macam-macam gaya lagi. Semuanya kena balance-kan badan.

Hakimi jumping on the slackline. Aku pulak jatuh atas simen arah Kiblat tu T__T
DSC_3563
A business card distributed to the participants.

DSC_3597
Group photo with all the participants

I've lost 2KGs. haha tipu je. So anyone yang nak main sport ni, atau nak buat team building ataupun latihan kecergasan. Contact je diorang ni. Layan tip top, PR diorang pun bagus. Tak sombong dan mereka sangat friendly. Setakat ni tak pernah lagi ada kes kematian main slackline ni. Haa jangan risau.

So, for further information korang boleh melusuri laman web ni, SlacklineKL . 
Atau pun call Helena Foo +6012 698 1368, ataupun emel slacklinekl@gmail.com , ataupun boleh like facebook diorang.


Credit photos to Nigel Low , thank you for the great photo.

Tuesday, December 10, 2013

Orang Malaysia dah ready ke dengan hukum hudud?


Entry ni bukan kearah politik dan ianya bersifat pendapat peribadi. Mohon maaf kalau ada khilaf. Jazakallah.

Just wondering, rakyat Malaysia ni betul ke dah ready nak laksanakan hukum hudud. Well bila ada kes jenayah je, perkara hudud mesti diusulkan. Kadang tu dibandingkan pula dengan negara Brunei yang bakal menjalankan hukuman tersebut.

Aku tak arif pun daripada segi undang-undang Islam mahupun undang-undang negara. Well at least aku tahu apa itu hukum hudud dan sebab musabab kenapa ianya wujud. Bahkan ianya adalah hukum Allah s.w.t.

Tapi bila ramai yang mendesak suruh Kerajaan Malaysian laksanakan hukum hudud, aku rasa macam aneh sikit. Walaupun ini adalah hukum Allah, tapi aku rasa macam belum lagi masanya dilakukan di Malaysia sebab negara kita ada banyak bangsa dan agama. Kalau kata kat negara Arab sana pun bukanlah seluruhnya beragama Islam, tapi negara mereka memang dah lama laksanakan hukum hudud, which is dari zaman Nabi lagi. So takde la janggalnya, sebab kita kenal hudud pun dari negara Arab sana.

Islam ni mudah je, kalau yang ni tak boleh, mesti ada cara lain untuk selesaikan masalah. Contohnya dalam solat, kalau kita tak boleh berdiri tegak, kita boleh duduk, baring, mengerakkan beberapa anggota yg mampu digerakkan, paling teruk pun dengan hanya menggerakkan kelopak mata.

Bagi aku isu hudud ni wujud disebabkan pemahaman parti politik je (jangan marah please), kita terlalu nampak perkara yang jelas dimata seperti rompak, arak, rahsuah, zina dan lain-lain. Aku rasa sepatutnya kita kena selesaikan sekecil-kecil perkara dulu seperti masalah akhlak.

Kalau nak laksanakan hudud tu, kita banned lah dulu siaran TV yang paparkan rancangan yang tidak sesuai, banned filem/drama yang mendedahkan aurat, banned majalah hiburan yang banyak siarkan bahan yang tidak sesuai. Selesaikan perkara-perkara kecil macam ni dulu baru selesaikan perkara besar.

Kalau kata pandangan saya ni kurang matang, maafkan. Ini hanyalah pandangan peribadi je. Hidup kena belajar dan terus belajar. Hukum Allah tetap hukum Allah, jangan cakap ianya tidakkan kolot kerana tak dapat dilaksanakan. Semoga rakyat kita menjadi orang yang baik-baik.

P/s: 2 minggu lepas pergi Urban Scape, ramai anak Melayu kena halau dengan JAIS, tapi diorang dapat masuk balik dalam kawasan tu. :)

Wedding Of The Year 2013

Last time in 2006, Dato' Siti Nurhaliza dah pegang title wedding of the year, and then Memey Suhaiza dengan Norman Hakim pula dapat title tersebut hasil tajaan RM12j daripada Rafflesia. Right after that aku tak tahu lah siapa yang pegang title wedding of the year. Sebab majlis perkahwinan yang aku tengok kat TV adalah majlis Siti Nurhaliza & Datuk K sahaja.. hehe


Well this upcoming Wednesday on 11.12.13 (nice date tho) there is a big day for Rozita Che Wan and Zain Saidin. After they've go through their controversial issue year by year and the sponsorship about RM13 million , they'll get married. 

In before there is another love bird who will getting married on the same day, which is Jovian Mandagie a fashion designer and Nina Sabri. Kalau siapa yang tak tahu, Nina Sabri adalah kakak kepada Dafi Ismail Sabri, bintang Akademi Fantasia 5 dan anak kepada Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Ismail Sabri Yaacob.

gambar kahwin jovian nina

Between this two couple lah kan, I love Jovian and Nina because they're really sweet to be together. I don't know why. But they are such a adorable couple. Plus aku lagi suka tengok gambar pre-wedding Jovi daripada Che Ta. Padahal sama-sama shooting kat Paris tapi Jovi punya gambar lagi cool and cantik. 

gambar kahwin jovian nina
My favorite photo of them
gambar kahwin jovian nina


Cool kan. As you can see most of Che Ta punya gambar tak nampak sangat pon latar belakang Paris and Bali.. Mungkin boleh capture dekat pekan Aloq Staq atau pun Taman Negara. haha Kidding. So, Selamat pengantin baru to Rozita Che Wan & Zain Saidin and also Jovian Madagie & Sabrina Ismail Sabri. 


Monday, December 2, 2013

Terserempak dengan Tun Mahathir di UNIQLO KL.

Semalam aku jalan kat area Bukit Bintang. Masa jalan ke arah Pavilion dari Lot 10, aku ternampak Tun Dr Mahathir keluar daripa UNIQLO.. Well of course terpegun kann.. Masa dia jalan kat tengah-tengah lautan manusia. Kebanyakkan orang ak perasan tu Tun, ada yg perasan siap jerit terkejut.

So masa tengah tunggu kat traffic light nak melintas jalan kat Pavilion, ramai orang masih tak perasan tu Tun Mahthir until a person stand next to him dan terlanggar bahu dia. Lepastu mereka bergambar kat traffic light tu. Tun M tak tolak pun permintaan mereka walaupun tengah nak lintas jalanraya ke seberang.




Takde siapa yang melarang untuk bergambar dengan Tun, even body guard dia pun tak halang. Malahan anak beliau sendiri yang tolong ambil kan gambar kebanyakkan manusia yang nak bergambar dengan dia. Even Mat Salleh pun kenal Tun M. Proud to be Malaysian :)


Kebaikkan terpuji Tun Dr Siti Hasmah


Oleh: Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Sudah beberapa hari saya teringatkan ketinggian budi Tun Dr. Siti Hasmah. Agak sudah beberapa bulan saya tidak bertemu beliau. Gambaran wajah Tun Siti yang paling indah yang saya lihat ialah ketika beliau memakai telekung untuk solat. Ketika itu saya pergi menziarahi Tun Mahathir di IJN. Tun Siti sendiri yang menelefon saya menjemput saya ke sana. MasyaAllah, wajah Tun Siti ketika bertelekung saling tak tumpah bagaikan wajah nenek saya yang sudah kembali ke rahmatullah.

Berjalan ke berbagai tempat dalam negara ini, bertemu dengan berbagai pihak memberikan kita berbagai maklumat mengenai persepsi masyarakat terhadap berbagai perkara khususnya para pemimpin politik. Cetusan dan ulasan rakyat itulah yang menjadikan saya ingatkan Tun Dr Siti Hasmah..

Jika kita masih ingat semasa Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, amat sukar untuk kita dengar ulasan buruk mana-mana pihak terhadap Tun Siti. Wajahnya yang tidak sombong, gayanya yang tidak ego, kerendahan dirinya dan sikap tidak campur tangan dalam politik menyebabkan beliau tidak dimusuhi. Ya! Ketika Tun Mahathir berada di puncak kuasa dengan penuh kemegahan pun beliau tetap bersikap sebagai seorang isteri yang tidak menyibuk diri menjadi ‘menteri tambahan’. Orang tidak memperkatakan tentang sikap suka campur tangan beliau dalam urusan politik, tidak beliau dibenci kerana berlebih-lebihan dalam gaya dan cara. Tun Siti sangat sederhana sehingga sekarang. Saya sendiri pernah mendengar Tun Mahathir bersungut kerana lama menunggu Tun Siti di kereta dan cuaca agak sejuk. Ketika itu di London. Saya masih ingat jawapan Tun Siti: “ada orang hendak bercakap dengan kita, takkan kita hendak tinggalkan”. Masa itu ada rakyat Malaysia di London yang datang berbual dengan Tun Siti ketika beliau hendak turun dari Malaysia Hall.

Saya kagum dengan Tun Siti sebab setiap kali saya berkesempatan berbual dengan Tun Mahathir, samada di meja makan atau di tempat biasa, Tun Siti yang selalu berada di sebelah Tun Mahathir tidak pernah mencampuri perbualan kami khususnya tentang politik. Beliau selalu menjadi pendengar setia kepada Tun Mahathir. Jika ada pun beliau mencelah, beliau akan bertanya khabar keluarga saya atau pandangan agama tentang urusan harian. Sekalipun beliau sebenarnya tidak pernah berjumpa keluarga saya. Tun Mahathir bertuah mendapat isteri yang tahu apa perwatakan yang sewajarnya dan tidak dianggap ‘busy body’ bagi negara ini ketika beliau menjadi Perdana Menteri. Maka tidak hairanlah ketika Tun Mahathir berada dalam ketegangan krisis politik beliau, Tun Siti tidak menjadi sasaran kemarahan musuh-musuh politik Tun Mahathir. Hanya yang bermulut celupar sahaja yang cuba mengguris Tun Siti yang selalu diam itu. Itu pun puak yang suka menyentuh urusan peribadi orang yang tidak kaitan dengan kepentingan umum rakyat.

Begitu lama Tun Mahathir di tampok kuasa. Tun Siti tetap bersederhana. Tiada cerita kemewahannya semasa di luar negara, atau bising campur tangannya dalam projek itu dan ini, tiada cerita ‘kegarangannya’ kepada pihak sana dan sini. Beliau hanya tersenyum dan merendah diri. Bahasanya tidak bongkah, gayanya tidak berlagak. Tidak banyak cerita di media tentang dirinya, sehingga melebihi suaminya. Namun, sebagai insan tentulah ada kekurangan dan kelemahan di sudut-sudut tertentu. Demikianlah semua manusia.

Seorang pemimpin memerlukan isteri yang ‘tidak menyibuk’ seperti Tun Dr Siti Hasmah. Walaupun sangat terpelajar, tetapi tahu membawa diri sebagai isteri pemimpin. Setiap isteri pemimpin mesti pandai menjaga maruah suaminya. Pandai menjaga nama baik politik suami. Jangan sampai suami dibenci rakyat kerana gaya dan sikap isterinya. Ertinya, jangan sampai rakyat membenci seseorang pemimpin ‘pasal bini dia’. Buat semua isteri pemimpin, jadikanlah Tun Siti Dr Hasmah sebagai contoh yang baik dalam hal ini! Jangan lebih lajak dari laju, rakyat tak suka perangai macam itu!

Peranan isteri berdoa agar suami berada di jalan yang benar. Menasihati suami agar sentiasa ingatkan Allah dalam urusan rakyat. Janganlah isteri pula yang menyebabkan kemurkaan Allah dan kemarahan rakyat kepada suaminya..Tun Dr Siti Hasmah, tahniah!

Sumber: Dr. MAZA