Tuesday, December 10, 2013

Orang Malaysia dah ready ke dengan hukum hudud?


Entry ni bukan kearah politik dan ianya bersifat pendapat peribadi. Mohon maaf kalau ada khilaf. Jazakallah.

Just wondering, rakyat Malaysia ni betul ke dah ready nak laksanakan hukum hudud. Well bila ada kes jenayah je, perkara hudud mesti diusulkan. Kadang tu dibandingkan pula dengan negara Brunei yang bakal menjalankan hukuman tersebut.

Aku tak arif pun daripada segi undang-undang Islam mahupun undang-undang negara. Well at least aku tahu apa itu hukum hudud dan sebab musabab kenapa ianya wujud. Bahkan ianya adalah hukum Allah s.w.t.

Tapi bila ramai yang mendesak suruh Kerajaan Malaysian laksanakan hukum hudud, aku rasa macam aneh sikit. Walaupun ini adalah hukum Allah, tapi aku rasa macam belum lagi masanya dilakukan di Malaysia sebab negara kita ada banyak bangsa dan agama. Kalau kata kat negara Arab sana pun bukanlah seluruhnya beragama Islam, tapi negara mereka memang dah lama laksanakan hukum hudud, which is dari zaman Nabi lagi. So takde la janggalnya, sebab kita kenal hudud pun dari negara Arab sana.

Islam ni mudah je, kalau yang ni tak boleh, mesti ada cara lain untuk selesaikan masalah. Contohnya dalam solat, kalau kita tak boleh berdiri tegak, kita boleh duduk, baring, mengerakkan beberapa anggota yg mampu digerakkan, paling teruk pun dengan hanya menggerakkan kelopak mata.

Bagi aku isu hudud ni wujud disebabkan pemahaman parti politik je (jangan marah please), kita terlalu nampak perkara yang jelas dimata seperti rompak, arak, rahsuah, zina dan lain-lain. Aku rasa sepatutnya kita kena selesaikan sekecil-kecil perkara dulu seperti masalah akhlak.

Kalau nak laksanakan hudud tu, kita banned lah dulu siaran TV yang paparkan rancangan yang tidak sesuai, banned filem/drama yang mendedahkan aurat, banned majalah hiburan yang banyak siarkan bahan yang tidak sesuai. Selesaikan perkara-perkara kecil macam ni dulu baru selesaikan perkara besar.

Kalau kata pandangan saya ni kurang matang, maafkan. Ini hanyalah pandangan peribadi je. Hidup kena belajar dan terus belajar. Hukum Allah tetap hukum Allah, jangan cakap ianya tidakkan kolot kerana tak dapat dilaksanakan. Semoga rakyat kita menjadi orang yang baik-baik.

P/s: 2 minggu lepas pergi Urban Scape, ramai anak Melayu kena halau dengan JAIS, tapi diorang dapat masuk balik dalam kawasan tu. :)

Wedding Of The Year 2013

Last time in 2006, Dato' Siti Nurhaliza dah pegang title wedding of the year, and then Memey Suhaiza dengan Norman Hakim pula dapat title tersebut hasil tajaan RM12j daripada Rafflesia. Right after that aku tak tahu lah siapa yang pegang title wedding of the year. Sebab majlis perkahwinan yang aku tengok kat TV adalah majlis Siti Nurhaliza & Datuk K sahaja.. hehe


Well this upcoming Wednesday on 11.12.13 (nice date tho) there is a big day for Rozita Che Wan and Zain Saidin. After they've go through their controversial issue year by year and the sponsorship about RM13 million , they'll get married. 

In before there is another love bird who will getting married on the same day, which is Jovian Mandagie a fashion designer and Nina Sabri. Kalau siapa yang tak tahu, Nina Sabri adalah kakak kepada Dafi Ismail Sabri, bintang Akademi Fantasia 5 dan anak kepada Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Ismail Sabri Yaacob.

gambar kahwin jovian nina

Between this two couple lah kan, I love Jovian and Nina because they're really sweet to be together. I don't know why. But they are such a adorable couple. Plus aku lagi suka tengok gambar pre-wedding Jovi daripada Che Ta. Padahal sama-sama shooting kat Paris tapi Jovi punya gambar lagi cool and cantik. 

gambar kahwin jovian nina
My favorite photo of them
gambar kahwin jovian nina


Cool kan. As you can see most of Che Ta punya gambar tak nampak sangat pon latar belakang Paris and Bali.. Mungkin boleh capture dekat pekan Aloq Staq atau pun Taman Negara. haha Kidding. So, Selamat pengantin baru to Rozita Che Wan & Zain Saidin and also Jovian Madagie & Sabrina Ismail Sabri. 


Monday, December 2, 2013

Terserempak dengan Tun Mahathir di UNIQLO KL.

Semalam aku jalan kat area Bukit Bintang. Masa jalan ke arah Pavilion dari Lot 10, aku ternampak Tun Dr Mahathir keluar daripa UNIQLO.. Well of course terpegun kann.. Masa dia jalan kat tengah-tengah lautan manusia. Kebanyakkan orang ak perasan tu Tun, ada yg perasan siap jerit terkejut.

So masa tengah tunggu kat traffic light nak melintas jalan kat Pavilion, ramai orang masih tak perasan tu Tun Mahthir until a person stand next to him dan terlanggar bahu dia. Lepastu mereka bergambar kat traffic light tu. Tun M tak tolak pun permintaan mereka walaupun tengah nak lintas jalanraya ke seberang.




Takde siapa yang melarang untuk bergambar dengan Tun, even body guard dia pun tak halang. Malahan anak beliau sendiri yang tolong ambil kan gambar kebanyakkan manusia yang nak bergambar dengan dia. Even Mat Salleh pun kenal Tun M. Proud to be Malaysian :)


Kebaikkan terpuji Tun Dr Siti Hasmah


Oleh: Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Sudah beberapa hari saya teringatkan ketinggian budi Tun Dr. Siti Hasmah. Agak sudah beberapa bulan saya tidak bertemu beliau. Gambaran wajah Tun Siti yang paling indah yang saya lihat ialah ketika beliau memakai telekung untuk solat. Ketika itu saya pergi menziarahi Tun Mahathir di IJN. Tun Siti sendiri yang menelefon saya menjemput saya ke sana. MasyaAllah, wajah Tun Siti ketika bertelekung saling tak tumpah bagaikan wajah nenek saya yang sudah kembali ke rahmatullah.

Berjalan ke berbagai tempat dalam negara ini, bertemu dengan berbagai pihak memberikan kita berbagai maklumat mengenai persepsi masyarakat terhadap berbagai perkara khususnya para pemimpin politik. Cetusan dan ulasan rakyat itulah yang menjadikan saya ingatkan Tun Dr Siti Hasmah..

Jika kita masih ingat semasa Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, amat sukar untuk kita dengar ulasan buruk mana-mana pihak terhadap Tun Siti. Wajahnya yang tidak sombong, gayanya yang tidak ego, kerendahan dirinya dan sikap tidak campur tangan dalam politik menyebabkan beliau tidak dimusuhi. Ya! Ketika Tun Mahathir berada di puncak kuasa dengan penuh kemegahan pun beliau tetap bersikap sebagai seorang isteri yang tidak menyibuk diri menjadi ‘menteri tambahan’. Orang tidak memperkatakan tentang sikap suka campur tangan beliau dalam urusan politik, tidak beliau dibenci kerana berlebih-lebihan dalam gaya dan cara. Tun Siti sangat sederhana sehingga sekarang. Saya sendiri pernah mendengar Tun Mahathir bersungut kerana lama menunggu Tun Siti di kereta dan cuaca agak sejuk. Ketika itu di London. Saya masih ingat jawapan Tun Siti: “ada orang hendak bercakap dengan kita, takkan kita hendak tinggalkan”. Masa itu ada rakyat Malaysia di London yang datang berbual dengan Tun Siti ketika beliau hendak turun dari Malaysia Hall.

Saya kagum dengan Tun Siti sebab setiap kali saya berkesempatan berbual dengan Tun Mahathir, samada di meja makan atau di tempat biasa, Tun Siti yang selalu berada di sebelah Tun Mahathir tidak pernah mencampuri perbualan kami khususnya tentang politik. Beliau selalu menjadi pendengar setia kepada Tun Mahathir. Jika ada pun beliau mencelah, beliau akan bertanya khabar keluarga saya atau pandangan agama tentang urusan harian. Sekalipun beliau sebenarnya tidak pernah berjumpa keluarga saya. Tun Mahathir bertuah mendapat isteri yang tahu apa perwatakan yang sewajarnya dan tidak dianggap ‘busy body’ bagi negara ini ketika beliau menjadi Perdana Menteri. Maka tidak hairanlah ketika Tun Mahathir berada dalam ketegangan krisis politik beliau, Tun Siti tidak menjadi sasaran kemarahan musuh-musuh politik Tun Mahathir. Hanya yang bermulut celupar sahaja yang cuba mengguris Tun Siti yang selalu diam itu. Itu pun puak yang suka menyentuh urusan peribadi orang yang tidak kaitan dengan kepentingan umum rakyat.

Begitu lama Tun Mahathir di tampok kuasa. Tun Siti tetap bersederhana. Tiada cerita kemewahannya semasa di luar negara, atau bising campur tangannya dalam projek itu dan ini, tiada cerita ‘kegarangannya’ kepada pihak sana dan sini. Beliau hanya tersenyum dan merendah diri. Bahasanya tidak bongkah, gayanya tidak berlagak. Tidak banyak cerita di media tentang dirinya, sehingga melebihi suaminya. Namun, sebagai insan tentulah ada kekurangan dan kelemahan di sudut-sudut tertentu. Demikianlah semua manusia.

Seorang pemimpin memerlukan isteri yang ‘tidak menyibuk’ seperti Tun Dr Siti Hasmah. Walaupun sangat terpelajar, tetapi tahu membawa diri sebagai isteri pemimpin. Setiap isteri pemimpin mesti pandai menjaga maruah suaminya. Pandai menjaga nama baik politik suami. Jangan sampai suami dibenci rakyat kerana gaya dan sikap isterinya. Ertinya, jangan sampai rakyat membenci seseorang pemimpin ‘pasal bini dia’. Buat semua isteri pemimpin, jadikanlah Tun Siti Dr Hasmah sebagai contoh yang baik dalam hal ini! Jangan lebih lajak dari laju, rakyat tak suka perangai macam itu!

Peranan isteri berdoa agar suami berada di jalan yang benar. Menasihati suami agar sentiasa ingatkan Allah dalam urusan rakyat. Janganlah isteri pula yang menyebabkan kemurkaan Allah dan kemarahan rakyat kepada suaminya..Tun Dr Siti Hasmah, tahniah!

Sumber: Dr. MAZA

Friday, November 29, 2013

Kenapa Buffered Earning jadi macam ni?

Semua orang seronok kalau dapat Buffered Earning ataupun nama lain dia CPUV (Cost-per-unique-visit).. Tapi jadi tak seronok bila dia jadi macam ni. Haihhh tak paham aku dengan Nuffnang ni. Siapa tahu kenapa dia jadi nakal sangat macam ni? hewhew



Wednesday, November 27, 2013

Assignment paling susah kat dunia!

Haa dah nak dekat sebulan tak update blog sebab terlampau busy dengan urusan dunia. Well alhamdulillah aku dah tamatkan semester 5 yang sangat hazab bagiku. Terik mentari, petir, halilintar ribut segala bagai aku dah lalui dengan tenang. Alhamdulillah syukur ya Tuhan.

Masa tengah shooting dalam rumah
Trivia assignment:

1. Story board dengan tagline kena REJECT bulat-bulat.
2. Jumpa kawan-kawan minta idea untuk TV ads
3. Present idea baru. ACCEPTED. nak sujud syukjur je rasa.
4. Pelakon dengan camera man last minute takleh datang.
5. Terpaksa jadi bidan terjun berlakon sendiri
6. Setiap hari kena bangun awal pagi untuk pergi shooting & siapkan kertas kerja
7. Benda paling lama nak siapkan adalah kena kira bajet RM600K
8. Bergaduh dengan rakan seperjuangan jangan cerita lah, setiap masa gaduh. HAHA
9. Editing TV ads punya iklan siap hanya sejam setengah.
10. Berlari masuk dalam Pustaka Rakyat time kedai nak tutup dah.
11. Bawa printer ke hulu kehilir sebab takut tak sempat print. 
12. 24 jam tak tidur hari-hari terakhir sebelum present pagi tu.
13. Print proposal pukul 5 pagi sebelum present.
14. Print story board pukul 8 pagi sebelum present.
15. Beberapa perkara terpaksa dirahsiakan. hahahah kerana terlalu mengaibkan 



Alhamdulillah semuanya dah selesai. Eventhou' tak menang untuk TV ads dengan Jingle (radio ads). Tapi kiteorang make it well kat proposal dengan poster. Walaupon proposal tu aku design pukul 2 pagi dan print pada pukul 5 pagi. krukk krakk bunyi printer. hehe.

Menangis tak tengok kertas-kertas ni? haha
Kalau ada tempoh masa setahun, setahun jelah hadap calculation 600K ni je

Aku tak sempat nak snap gambar proposal yang dah siap tu sebab terlalu rushing, tapi ni ha dia isi dalam proposal yang diiktiraf sebagai creative. Creative keeeee? :3


Ini je yang termampu untuk ditayangkan, sebab proposal terlalu tebal. Tak masukkan lagi design budget RM600K tu. Proposal ni berbentuk booklet dan lari daripada idea asal. Sebab last minute kann print. hahah. Tapi alhamdulillah bila lecturer kata ini adalh creative. So saya gembira tanpa was-was. hehe

So yang kedua, group aku menang untuk poster yang full of details dan menepati syarak. HAHA. Well sebab kita dah belajar konsep Z dalam poster, so aku apply kat the real one. gitcheww. Ini sebenarnya poster ala kadar yang aku rasa asal ada je sebab nak siapkan assignment. Tapi bila dah diubah niat kepada aku buat assignment lillahi taala, so ini je lah hasilnya. Masih mendapat tempat dihati lecturer :p


Friday, November 8, 2013

Menangis aku tengok Siti Nurhaliza!



BISIKAN HATI (kalau tak leh view, tekan link ni)

Konsert ni Siti perform kat Singapura, tahun 2008. Hmm aku suka video ni sebab ada dialogue session Siti dengan Kak Zarinah yang berjurai-jurai air mata aku dengar. okay tipu. Tapi betul, sayu je dengar diorang berbual.

Baiknya hati Siti sampai disenangi oleh orang kelainan upaya. Kak Zarinah ni peminat setia Siti sampai Siti dah kenal dia sebab selalu datang konsert Siti Nurhaliza. Siti tanya dia "Kak Zarinah datang sorang je ke?" kemudian dia jawab, "A'ah datang sorang....jalan kaki".. Sebak nengoknya.

Lepastu ada orang cakap ini lah peminat no satu siti di dunia ni... Pernah siti buat majlis di Singapura...Beliau sangup dtg dengan berjalan kaki walaupun buta....Tiket masuk $60..Beliau sanggup menjual tisu dan pen.. dan duit hasil jualan itulah beliu kumpul untuk berjumpa Siti...tapi Siti baik hati...beliau pulangkan balik duit tiket itu...sebab tu Siti tak pernah lupa peminat beliau yg satu ni..

Sedihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.