Monday, July 28, 2008

MY BELOVED FREN [except her...yulk] tau2 jer lah saper kn...!!

Ahlan Wasahlan pembuka bicara,
Kami masuk salam dibuka,
Dengarlah dulu kami berseloka,
Buat tatapan tua dan muda.

3 kelas selalu besua,
Bersua disatu tempat sahaja,
Banyak puteri daripada putera,
Duduk bersidang di bilik agama.

Ust Aisyah comel giler,
Kecil molek selamba orangnya,
Mari-mari cerita dah nak mula,
Mengajar agama tiada tandingnya.

Melangkah masuk havoc sekali,
Bajet famous sorang bdk pempuan ni,
Tempat duduk tengah sekali,
Suraya lah orang empunya diri.

Berseluar cikang rempit sejati,
Udin memang mencuit hati,
Bila marah bermaki-maki,
Kalau bersyarah sampai ke pagi.

Kita ikuti kisah seterusnya,
Gelagat dan kisah pelbagai gaya,
Hidup bersama dalam satu keluarga,
Segala masalah selesaikan bersama.

Berbaju kuning segak dimata,
Tugas dipikul separuh sahaja,
Shafiq bercinta sepenuh masa,
Hingga terlupa buku dimeja.

Thaqifah Shahnoor empunya nama,
Sangat rajin kalau dipuji,
Kalau tuan tidak percaya,
Operatelah dada, x-raylah hati.

Ohara dan Eva happy sentiasa,
Seorang pendiam suci hatinya
Bila bercakap tak keluar suara,
Senyuman menggoda bagaikan kera.

Ana dan Ina bajet jelitawan,
Mengumpat mengata sudah biasa,
Bila Athirah masuk dalam kawasan,
Habis melatah disini sana.

Dari Kelantan turun ke sini,
Ada sorang dikelas kami,
Nama Fatimah dipanggil Fatty,
Kalau mengamuk habislah kami.

Dua orang pelakon dikelas kami,
Seorang Brad Pitt seorang Angelina Jolie,
Sekali dengar bagaikan mimpi,
Dua kali dengar gelinya hati.

Dipanggil atok gelaran diberi,
Buat lawak gelak sendiri,
Bila mengutuk tak ingat duniawi,
Inilah Hafiz yang bajet berani.

Dahi kedepan jendul kedalam,
Air Afiq kami idamkan,
Bila tukar kelas semua muram,
Berjambul sejemput bajet machoman.

Bapak ayam gelaran diberi,
Anak Heldy, Fikry Hakiki,
Bila bershuffle bangganya diri,
Bila belajar malasnya dia ni.

Negeri sama Kedah namanya,
Zint dan Topan empunya nama,
Shamimi bershoping tak ingat dunia,
Baju nak branded, Pavillion tempatnya.

Memang aku ex-duet partnernya,
Kenapa yang lepas nak bangkitkan cerita,
Mai Sabrina punyalah nama,
Sebut sahaja, MY HEART lagu temanya.

Budak pengakap poyo orangnya,
Dalam ic namanya Alfee,
Punyalah kedekut nak pinjam barangnya,
Kalau dah kemut memang kene buli.

2 putera duduk bersama,
Pensil ditangan buku dibuka,
Zaid dan Najeeb membuka cerita,
Bila bercerita komputer topiknya.

Nadia Omar penyeri hidupnya,
Bila touching poyonya muka,
Selalu berdua dimana sahaja,
Kalau nak tackle ini bukan masanya,

Dari Jakarta turun ke Malaysia,
Nama diberi Erfina Atika,
Bila berjenaka melampau actingnya,
Bila tak faham banyaknya tanya.

Diam-diam ubi berisi,
Ini kisah si Fadhilah dinanti,
Jarang sekali membuka mulut dikelas kami,
hmm..Mungkin malu kot lupa nk gosok gigi.

Duduk dibelakang diam orangnya,
Name tag hijau Hakeem namanya,
Bila bersuara excited giler,
Join mengutuk aku mangsanya.

Sekejap ada sekejap tak ada,
Kemana hilang mamat sorang nie,
Dah la pengawas, CC tempat pontengnya,
Inilah Erwan bermacam masalahnya.

Tibalah masa untuk kenalkan nama,
Aku Naziem, sengal orangnya,
Ingat aku setiap masa,
Kerana aku kawan korang juga..

Waktu berlalu hari berganti,
Namun tiada dapat memisahkan kami,
Persahabatan utuh kekal abadi,
Kenangan terindah tersemat dihati,
Sehingga bertemu dilain hari,
Jika kita berjumpa lagi.

Habislah lah sudah saya berseloka,
14 puteri, 14 putera,
Ku pohon maaf jika terasa,
Jangan ar marah, aku nak gurau jer.
Kalau tak best pun aku peduli apa..??!!


Hak Cipta Terpelihara..
Hasil Nukilan Rasa oleh: Muhd Naziem 3b

No comments: