Saturday, July 12, 2008

SEMPURNAKAN KEZALIMAN..!

Luluh jiwa melihat sahabat handai saling berpelukan menangis teresak2 sementara si ibunda yang sudah kering air matanya hanya mampu menatap sambil sesekali memeluk dan mencium anaknya yg terkapar kaku..

Ayahanda yang malang, tetapi amat tabah sekali, hanya menjejaki kaki di hasapan rumah jirannya utk menatap jenazah anak sulungnya.

Adiknya nampak sukar menerima kenyataan apabila kakaknya menghadap ilahi lalu ditenangan. Abangnya terpaksa memapah adiknya yang hampir pengsan. langkahnya longlai ketika dibawa ke kereta untuk pulang.

Hening malam ketika itu yang dipenuhi dengan bacaan surah yaasin terhenti seketika. seorang anggota polis sentiasa mengawal si bapa dari dekat.

Pelukan kasih sayang si bapa tehadap anknya tidak kesampaian kerana dipisahkan oleh akta yang zalim; mungkin sebab itulah beliau tidak mahu melepaskan peluang meluahkan kasih sayang itu kpd kedua-dua anak perempuannya.

No comments: