* Kewafatan bapa saudara & isteri Nabi s.a.w, Abu Talib dan Ummul Mukminin Khadijah Khuwalid pada Ramadhan tahun 10 kerasulan. Dengan peristiwa itu, mengakibatkan kedukaan kepada baginda dan tahun berkenaan digelar sebagai tahun duka.
* Perang Badar al-Kubra berlaku diantara orang Islam dan Musyrikin pada 17 Ramadhan tahun ke-2 hijrah.
* Peristiwa meruntuhkan berhala musyrikin terbesar dan termasyhur di sekitar Kota Makkah oleh angkatan Islam turut berlaku pada Ramadhan tahun ketujuh Hijrah. Pasukan tentera pimpinan Khalid ibn al-Walid menghancurkan patung 'Uzza manakala Umar ibn 'Asy meruntuhkan patung 'Siswa dan pasukan Saad ibn Zaid al-Asyahily memusanakan patung Mana.
* Pada 21 Ramadhan tahun kelapan Hijrah, Allah memberikan nikmat kepada rasul-Nya dan orang Islam dengan kejayaan menaluki Kota Makkah.
* Fatimah iaitu puteri Rasullulah yang juga isteri kepada Saidina Ali Abu Talib dan ibu kepada Saidina Hassan dan Hussian wafat pada Ramadhan tahun ke-11 Hijrah.
* Pada Ramdhan tahun ke-15 Hijrah - peperangan Qadisiah, degn org Islam mendapat kemenangan daripada kerajaan Parsi. Kejayaan itu memberi erti cukup besar dan membolehkan bendera kedaulatan Islam berkibar di Parsi.
* Pada 584 Hijrah, Salahuddin Al-Ayyubi menewaskan tentera Salib dan membebaskan sebahagian besar negeri yang pernah dikuasai pihak Salib (Kristian).
No comments:
Post a Comment