"Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) ini pda malam Lailatul Qadar. Dan apa jalanya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar itu? Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat & Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara. Sejahteralah malam (yang berkat) itu sehingga terbit fajar" (Surah al-Qadr:1-5)
Daripada Aisyah r.a,Rasullulah s.a.w bersabda: "Bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui Lailatul Qadar pada malam ganjil 10 malam akhir Ramadhan." (Hadis sahih riwayat Bukhari)
Malam yang ganjil sudah pasti malam 21,23,25,27 dan 29 Ramadhan. Ada hadis yang mengatakan Lailatul Qadar pernah ditemui oleh Rasullulah s.a.w pada malam 21 Ramadhan dan malam 23 Ramadhan.
Imam Nawawi berkata: "Lailatul Qadar dapat disaksikan oleh orang yang dikehendaki Allah pada tiap?tahun ketika Ramadhan, sebagaimana yang diterangkan dengan jelas dalam hadis Rasullulah s.a.w dan diberitakan oleh orang soleh..."
Bahawa orang yang dapat menyaksikan Lailatul Qadar elok dia menyebunyikan perkara yang disaksikan (supaya dia terselamat daripada perasaanya) dan hendaklah dia berdoa (pada saat yang berkat itu) dengan ikhlas serta sepenuh-penuhnya yakin dengan permohonan yang disukainya mengenai agama dan dunianya, biarlah kebanyakkan doanya itu untuk kebaikkan dan keselamatan agama serta hari akhirat...
Ada orang berkata, merek yang menemui Lailatul Qadar akan melihat cahaya terang disegenap tempat manakala sesetengah pihak mendakwa mendengar ucapan salam dan kata-kata lain daripada malaikat, melihat pokok rebah (sujud) dan doanya makbul.
Justeru, orang yang tekun beribadat pada 10 malam yang terakhir Ramadhan akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu, sama ada 0dia menemuinya atau tidak dan tidak melihat apa-apa. Cuma yang dapat menemuinya dianjurkan berdoa kebaikan, kesejahteraan dan keampunan.
Nabi s.a.w ada mengajar berdoa seperti berikut: "Ya Allah, ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau sentiasa memaafkan (salah silap hamba-Mu), lagi suka memaafkan, oleh itu maafkanlah salah silapku..."
No comments:
Post a Comment