Monday, September 1, 2008

Teks di'curi' dri blog KRJ..!!

Bismillahirrahmanirrahim...

Jutaan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin-NYA, team KBM KL telah berjaya menerbangkan pesawat KRJ di SMK Seri Mutiara, Taman Taynton, Cheras, Kuala Lumpur pada 30 dan 31 Ogos 2008. KBM kali ini merupakan kerjasama dengan pihak JAWI. Seramai 77 orang pelajar telah mengambil bahagian dalam program KBM kali ini. Mereka terdiri dari 45 orang adik-adik sayang (lelaki) dan 32 orang adik-adik kasih (perempuan).

Seramai 24 orang pengendali dan fasilitator telah menjayakan KBM kali ini. Para pengendali terdiri dari Pak Long, Pak Ngah, Kak Nina dan Abang Bai. Barisan pramugara diketuai oleh Abang Yus (k-JAD), manakala barisan pramugari diketuai oleh Kak Nas (k-IIC). Barisan pramugara yang terlibat dalam KBM kali ini ialah, Abang Arul (Tmn Medan), Abang Lam (Tmn Medan), Abang Meen (k-JAD), Abang Ja (k-JAD), Abang Hafiz (k-JAD), Abang Kimi (Unisel) dan Abang Mus (Unisel) manakala barisan pramugari pula terdiri dari Kak Ngah (k-IIC), Kak Ima (Unikop), Kak Ifa (USIM Nilai), Kak Sol (Universitas Padang,Indonesia), Kak Mira (Tmn Medan) dan Kak Faridah (Tmn Medan). Kak Laptop bagi KBM kali ini ialah Kak Sodd dan Kak Yong (k-IIC). Video oleh Abang Suhail (k-JAD) dan klip video oleh Abang Mol (k-JAD). KBM kali ini turut dibantu oleh Pak Am, ahli JIM Cheras.

Pesawat KRJ 300808 dimulakan dengan slot KMKY yang dikendalikan oleh gandingan Pak Ngah dan Kak Nina. Usai solat Zuhur, program diteruskan dengan slot InTeam yang sekali lagi menampilkan gandingan Pak Ngah dan Kak Nina. Slot riadah untuk adik-adik sayang dikendalikan oleh Abang Yus, manakala untuk adik-adik kasih dikendalikan oleh Kak Yong dan Kak Ngah. Selesai solat Isyak berjemaah, program diteruskan lagi dengan slot MAM 1 yang dikendalikan oleh Pak Long dan slot MAM 2 yang dikendalikan oleh Kak Nina dan Pak Ngah.Tanggal 31 Ogos 2008, penerbangan diteruskan dengan slot Hijrah untuk adik-adik kasih dan sayang yang telah dikendalikan oleh Abang Bai yang baru tiba dari Terengganu. Slot MKMS untuk para ibu bapa pula dikendalikan oleh Pak Long. Tepat jam 11.30pagi, slot pertemuan yang dikendalikan oleh Abang Bai telah dimulakan di mana ibu bapa yang hadir di bawa masuk ke dalam dewan yang menempatkan adik-adik kasih dan sayang.

Majlis penutup telah dikendalikan oleh pihak sekolah di mana wakil pihak JAWI dan wakil pihak sekolah telah memberikan ucapan. Seperti biasa, sebelum majlis ditamatkan, sesi bersalaman antara adik-adik kasih dan sayang, guru-guru, ibu bapa, pengendali dan fasilitator telah dijalankan. Pihak sekolah turut memberikan cenderahati untuk semua barisan pengendali dan fasilitator sebagai tanda penghargaan.


Laporan oleh: Kak Yong (k-IIC)

Kak Yong: gambar-gambar akan diupload kemudian sebab kena tunggu gambar dari Kak Ngah...

No comments: