Wednesday, November 30, 2011

Tuesday, November 29, 2011

Babi Biri-Biri. Babi atau Biri-biri? Umat Islam sila berhati-hati.

Nama saintifik dia BABI MANGALISTA. Negara asal dia kat Austria dan Hungary.




JAKIM perlu memainkan peranan. Jangan tunggu hasil produk haiwan ini sampai ke dalam rumah umat Islam di Malaysia. Lebih teruk lagi kalau hasil bulu haiwan ini dibuat sejadah hamparan masjid, kopiah, permaidani dan produk untuk kegunaan muslim. Lihat foto2 di bawah…

Diternak untuk daging dan bulunya. Jadi umat Islam perlu berhati-hati kerana bulu haiwan ini tiada bezanya dengan bulu biri-biri… Jangan harapkan pihak berkuasa sahaja. Marilah kita sama-sama menjaga kesucian Islam… Sila Share.










Apa Cerita Khairul Fahmi?

KFCM


Jadi goal keeper pun boleh famous. Kalau famous benda elok-elok tak apa. Ni macam-macam lah keluar cerita buruk pasal Khairul Fahmi Che Mat ni. Mula-mula dulu heboh pasal Nora Danish nak ngorat Khairul Fahmi, tapi tu memain jelah =.="

What? NORA DANISH? hewhew..


Lepas tu pasal percintaan Khairul Fahmi dengan Elia (jejari runcing). Dulu dah elok sweet-sweet couple and sampai dah bertunang. Bertunang pulak tu meriah dengan tema Arab bagai. Lepas tu tup-tup putus tunang. Nasib baik lah takde rancangan macam Mawi dan Ina Naim tu. haihhh.. Tu lah, kalau benda dah Allah tetapkan apa nk jadi, itu lah jadinya. (Kun Fayakun)



Lepastu cite pasal Khairul fahmi dengan macam-macam jenis perempuan . Ahh hebat betul penangan Khairul Fahmi ni kan. Apa la ilmu dia pakai sampai ramai perempuan suka kat dia eh? hmm :)

Itulah bayaran dia bila dah jadi public figure ni. Macam-macam cerita orang nak tahu cerita pasal kau. Tambah lagi blogger-blogger yang meng api-api kan lagu cerita pasal KFCM ni. Kesian dia. Kalau semua tu tak benar takpe. Doa orang teraniaya akan termakbul. So silalah takut dengan doa orang-orang yang rasa diri dia teraniaya.

Sunday, November 27, 2011

Maal Hijrah 1433H



Muharam adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah SAW berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah SAW memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.


P/s: Apa azam tahun baru korang?



Saturday, November 26, 2011

Kewujudan Angry Bird dalam dunia sebenar.

Assalamualaikum semua. Sebelum tu nak ucap Salam Maal Hijrah kepada seluruh Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah. Semoha semuanya baik-baik saje :)

Malam ni nak bagi entry santai-santai je. Aku tahu, malam-malam macam ni, korang dah malas nak memikir atau membaca kan. hiksss. So aku nk tunjukkan gambar Angry bird dalam dunia sebenar hihi. Comel je haha xD



Tapi ada lagi satu binatang ni korang dok hari-hari panggil nama dia. Haishhh tersedak dia sampai takde leher. lol. HARAM J.




 
OINK! OINK! OINK! 
kbye


Kepentingan Nama Sendiri

Assalamualaikum kawan-kawan.

Korang pernah terfikir tak tentang kepentingan nama masing-masing? Pernah tak tanya kat parents kenapa nama kamu semua macam tu :)

Nama merupakan pengenalan bagi seseorang. Setiap perkenalan selalunya akan dimulai dengan memberitahu nama terlebih dahulu dan kadang-kadang kesilapan menyebut atau mengeja nama menjadi isu yang sangat sensitif. 




Suatu hari, Nabi S.A.W pergi mengunjungi rumah anaknya Fatimah yang baru melahirkan seorang anak lelaki. Kegembiraan kelihatan terpancar di wajah baginda. "Mana cucuku, apa nama yang kau berikan?" demikian Nabi s.a.w berkata sesampai baginda di rumah Fatimah.

 "Aku berikan nama 'Harba', "jawab Ali bin Abi Thalib sebagai ayah kepada cucu baginda yang baru lahir itu.

"Namailah beliau Hasan,"kata Nabi s.a.w pula.

Lalu dinamakan cucu itu dengan nama Hassan bin Ali. Nama 'Harba' yang diinginkan Ali membawa maksud peperangan, kerana beliau sememangnya terkenal dengan semangat jihad dan sedia berjuang di medan jihad.

Tetapi Nabi tidak menyetujuinya walaupun hasrat Ali itu baik. Nama Hassan yang digantikan pula membawa erti "baik" , namun Ali dan Fatimah gembira di atas kurniaan Allah itu.

Beberapa tahun kemudiannya Fatimah melahirkan seorang lagi anak lelaki. Bapanya Ali bin Abi Talib memberikan namanya 'Harba'. Ketika Nabi s.a.w mengunjunginya Nabi bertanya "perlihatkan cucku kemari, apa nama yang kau berikan. " Harba," jawab Ali bin Abi Talib.

"Seeloknya namakan beliau Husein," jawab Nabi s.a.w mengantikan nama yang diberikan Ali. Bagaimanapun kedua-duanya (Ali dan Fatimah) bersetuju atas nama tersebut yang keduanya bererti baik. Nama inilah yang tetap terkenal sehingga ke hari ini.....

Oleh yang demikian, kita sebagai ibubapa mestilah menamakan anak dengan nama yang baik. InsyaAllah.



Aku baru tersedar tentang perkara ni baru lagi. Dalam minggu lepas kot sewaktu bersembang dengan komuniti. Dia cerita-cerita pastu tanya nama penuh aku. Sebenarnya nama kita ni ada kekuatan dia. Nama kita melambangkan diri kita da kita perlu menjadi sehebat nama kita. Faham tak?

Ok, aku bagi contoh nama aku. Muhammad Nazim.
Muhammad:-Yang Terpuji
Nazim:- Penyajak (orang baca sajak)

Aku ambil nama Nazim tu yer. Okay. Nazim. Maksudnya PENYAJAK. Kalau kita tengok kan, penyajak ni suka berhujah, berkata-kata dan lantang. So untuk mencari identiti sendiri, kita kena refer kepada nama kita. Aku ni pendiam, kalau dah ada nama yang bermaksud penyajak, aku perlu jadi individu berdasarkan nama aku tu. T__T

Korang try lah discover nama masing-masing dan mencari kekuatan serta identiti melalui nama. Lagi satu, kalau nak bagi nama anak-anak jangan bagi nama yanga pelik-pelik dan tak ada maksud. Takut kat akhirat nanti, dipanggil last sekali.

Friday, November 25, 2011

Fenomena langit terbelah

Salam. Kawan-kawan. Semalam kan korang perasan tak masa waktu maghrib, ada fenomena langit terbelah?
Semalam dah la hari Khamis, harini hari Jumaat. Bila cakap pasal langit terbelah aku dah imejin bembukan -..-

Subhanallah. 


Awan yang kat depan sekali tu macam Dinasour kan?
Badan dia tinggi, kepala dia cecah langit, tu sebab nampak mcm langit terbelah :D
Hebat kan kuasa Allah? :)


Kawan-kawan. Sebenarnya fenomena macam ni hampir setiap tahun berlaku. Kalau korang nak tahu fenomena ini juga terjadi karena sinar matahari terhalang oleh awan atau objek lainnya seperti crepuscular ray, namun ia terlihat di arah yang berlawanan dengan matahari. Sama seperti Crepuscular, fenomena ini juga sering terlihat ketika matahari terbit atau tenggelam.



Nebraska, 26 Juni 2008


Florida, 27 February 2002.


South Dakota, 2007


Thailand, Februari 2007


Walaupun ada penjelasan tentang perkara ni kan. Bagi aku fenomena ni tetap luar biasa. Oh yea, kalau korang pernah tengok langit masa kapal terbang lalu tu, pastu ada asap tebal sepanjang langit . itu bukan fenomena yer. kalau tak silap dia nak uji awan ataupun melepaskan benih awan. eh apa tah. aku tatau sangat . herherher :D



Rokok dan Kopiah - Mat Luthfi

Sebenarnya aku dah 2 minggu tangguh nak tengok video ni. Sebab tajuk dia macam bosan and situasi dia dalam rumah yang fully oren. lol. sangat dull. Tapi harini aku take time juga tengok video ni. Yeahhh manly tears drop you know..


"..tapi aku tak boleh hidup sorang macam ni"
"memang tak boleh, selagi kau tak bergantung kepada yang tak mati"




Nisa Kay suka berposing.

hewhewhew.

Salam hari jumaat semorang. Minggu lepas kan aku dengan Eazy Izzuddin and Nisa Kay pergi lepak lepak kat IKEA Damansara. hehe. Makan-makan meatball pastu jalan-jalan dalam IKEA. Nak keluar tak boleh sebab hujan -..-

left shoot
Everybody look to their left

right shoot
Everybody look to their right

waiting for a cab
Woi pendeknya aku. Macam orang kerdil T___T


Hai sape-sape nak amik saya jadi cover majalah, boleh lah send emel. LOL. Tapi ambil gambar paras perut keatas lah, kaki saya pendek -..-


Wednesday, November 23, 2011

Anugerah Lagu Terbaik AIM18 ditarik balik. (Penakut:Yuna)

Ini tidak adil, tidak adil bagiku--Yuna. 


Q: Yuna. Betul ke Anugerah  Lagu Terbaik AIM18 yang awak menang tu ditarik balik?
lagu yuna ditarik balik



Q: Tapi kenapa? Anugerah tu awak dah dapat. tak patut mereka tarik balik. Buruk siku tau.
lagu yuna ditarik balik






P/s: Yuna dah merata dunia dah. Dah dapat publisiti luar negara dah. Aku rasa Yuna pun tak kesah anugerah tu ditarik balik. Sabar Yuna =)


Selena Gomez ucap tahniah kepada #HarimauMalaya


P/s: Muahahaha. Untuk yang real wish sila pergi google Kimora okay. #fabulosity

Wordless Wednesday: La illahillah!!





Referee Pertandingan Malaysia vs Indonesia Tewas Tertembak Semalam

Jakarta - Wasit Tojo Minoru asal Jepang yang memimpin pertandingan Final Seagames 2011 antara Malaysia vs Indonesia tadi malam menemui ajalnya, tidak lama berselang setelah selesai memimpin pertandingan antara Malaysia vs Indonesia, Wasit Tojo Minoru tewas tertembak tepat di kepala oleh orang yg tidak dikenal, yang diduga seorang penembak jitu.

Beberapa saksi mengatakan bahwa kejadian itu begitu cepat terjadi tiba tiba saja terdengar suara tembakan dua kali berturut - turut yang diduga berasal dari salah satu kamar hotel yang tidak jauh dari Stadion Gelora Bung Karno, tempat di mana pertandingan Malaysia vs Indonesia diadakan semalam.

Sementara itu, saat ini kepolisian setempat sedang menyelidiki keterkaitannya di mana saat itu Wasit Tojo Minoru menganulir dua gol Indonesia yang dilakukan oleh Octo Maniani dan Titus Bonai ke gawang Malaysia yang tidak disahkan oleh wasit karena offside.

Sampai berita ini diturunkan, Pelaku penembakan belum diketahui dan dipastikan nggak bakalan diketahui, karena gw keburu bangun dari tidur gw, setelah semalam kecewa dengan hasil Malaysia vs Indonesia dan keputusan wasit.
Ternyata gw cuma mimpi ,,,hohohoho 
 

sumber: http://forum.vivanews.com/aneh-dan-lucu/233201-%5Bhot-news-%5D-wasit-yang-memimpin-pertandingan-malaysia-vs-indonesia-mat.html


P/S:- Aku dapat link ni dalam BBM. Defuqq.. Mati2 aku ingat dia betul2 mati.. Gila trafik apa dorang ni T__T

Monday, November 21, 2011

Awek cun jadi pasukan sorak Harimau Malaya.

Aku tak ada baju Malaysia (Harimau Malaya), so aku pakai baju kuning malam ni. 
Tanda menyokong Malaysia. Wahai anak muda, harumkan nama negara kita. 
Semoga Allah merahmati.

SEMOGA BERJAYA MALAYSIA :)
-doa kami rakyat Malaysia mengiringi kejayaan kamu-


Meh tengok video maharajalawak mega. Adlin Aman Ramli jadi Maria, pasukan sorak bola sepak. LOL. hahahhaha

10 Perkara Yahudi Tak Nak Kita Tahu.




1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, 
   namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka 
   cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.

2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir 
   dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, 
   kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan 
   merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel 
   sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.

3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ 
   isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka 
   akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk 
   mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini 
   fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak 
   dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.

4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari 
   segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh 
   yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi 
   sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak 
   dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN 
   BERBAHAYA!

5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum 
   memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan 
   hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah 
   buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan 
   payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini 
   kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci 
   mulut.

6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan 
   Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu 
   dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan 
   sendirinya?

7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab 
   yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? 
   Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab 
   terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan 
   Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah 
   serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?

8) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim 
   bersatu melawan penjajah yahudi

9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan 
   dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak 
   memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika 
   perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.

10)Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika 
   selama 30 tahun!



Friday, November 18, 2011

Cuti semester bermula. Bakal ke Korea.

Assalamualaikum kawan-kawan.. :)

Sape dah start cuti sem? Sape yang kena masuk sem baru tu adalah padan muka. Org time2 akhir tahun ni dok bersuka ria. Kao? Duduk kolej :p

Aku sebenarnya agak terlewat nak kemas barang yang bersusun kat dalam hostel tu. Sebab banyak sangat.. Patutnya kemas minggu lepas. Ni orang lain dah masuk rumah kau baru lah menggapai bintang nak kemas. Sedih..

So tadi aku call Afiq, minta tolong dia temankan aku balik hostel, dia memandu untuk saya. Janji pukul 11, pastu tak jadi. Kemudian cakap lepas solat Jumaat, pun tak jadi juga. Pastu cakap pukul 4. Itupun lambat sampai.. Biasalah. Janji Melayu kan. Susah nk punctual. LOL

So masa dah sampai tadi, aku ingatkan housemate ada lg dalam bilik sebelah tu. Rupanya budak2 semester lain dah check in.. Aku dah macam lipas kudung dok kemas barang.. Benda pertama yang aku cari adalah lampu meja..*hilang* damnn!!
Lepas tu calculator scientific aku pun dah ghaib.. Stress pula aku. Sejadah merah tu taknak pula kau kebas kan. LOL..

Ingatkan nak rembat tilam tu. Hahaha Sebab tilam baru kan. Bayar mahal2 takkan takde cenderahati. Herherher.. So next sem maybe aku akan duduk rumas sewa atau pun pindah hostel lain.. Gomma miss miss my housemate..

Oh yeah, yang pasal Korea tu. Hahaha. Tak de apa pun.. Aku just nk ckp. Kau punya barang mcm nak pergi study kat Korea. Padahal duduk Cheras je. Hehehe.. Biasalah. Tk pernah duduk hostel la katakan.. :p

1 Like bersamaan 1 Sen.

Mereka ingin berikan anda pahala sedekah 1 sen seorang kepada masjid. mereka mengeluarkan wang mereka sendiri bagi pihak anda. jika anda LIKE status mereka, maka anda telah menyumbang 1 sen kepada masjid melalui wang mereka sendiri. ini insiatif mereka. anda bagaimana?



Kami mencari LIKE untuk status ini. Setiap satu LIKE dari anda, akan menyumbangkan 1 sen ke dalam tabung dana masjid untuk membina wakaf An-Nur iaitu sebuah klinik dalam masjid dan akan disalurkan ke dalam akaun masjid untuk tujuan pembayaran kos elektrik/baik pulih masjid atau apa-apa sumbangan kepada mereka yg memerlukan. Masjid untuk bulan ini adalah Masjid Al-Falah USJ 9. Jom LIKE! -Oh!Media





Tuesday, November 15, 2011

Bercuti di New Delhi.

Okay kau perasan je Nazim. Haha. Aku dok post gambar kat FB tadi, konon-konon bercuti kat New Delhi bagaiM sat lagi kawan aku dok kantoikan gambar tu, kata ada byk kereta Proton kat belakang hahaha..

Gambar ni aku ambill kat depan Istana Mahkamah Putrajaya je. Kelmarin aku pergi wedding kat area situ. Lepas tu tonton teater Juta-Juta..

So harini hari selasa. Esok hari rabu, hari terakhir aku berada di kolej untuk semester 1. Hehe sebenarnya esok last exam. Paper mass communication. Agak susah lah paper ni. Doakan yang terbaik lah ye.. Pastu terus cuti sem. Ahhh meriahuolls.. ;)

Wish me luck dood..

Monday, November 14, 2011

Kesan menahan kencing terlalu lama.

SEKALIPUN terpaksa menghadiri mesyuarat penting atau memandu untuk jarak yang jauh, menahan air kencing bukanlah satu tindakan yang bijak. Air yang ditahan itu hakikatnya kotoran beracun yang perlu dikeluarkan daripada badan.

Menurut Pakar Urologi, Kesihatan Lelaki dan Pembedahan Robotik, Pusat Perubatan Prince Court, Datuk Dr. Sahabudin Raja Mohamed, menahan diri daripada membuang air kecil akan memberi kesan negatif kepada kesihatan.

Cerita artis hari ini adalah Yunalis Zarai. #AIM18

Congratulation to Yunalis Zarai atau lebih dikenali sebagai awek Qi. Haha Yuna kerana telang memenangi anugerah kembara dan beberapa anugerah lain pada malam kemuncak Anugerah Industri Muzik 18 kelmarin ;)

Thank you Yuna sebab melayan perangai peminat yg jakun jumpa artis ni and thank you juga sebab bagi izin pegang award yang awak dapat malam tu :D

Tuesday, November 8, 2011

Apakah itu retis??

"Ahh retis laa diaa. Untunglah ada 4 account facebook. Pastu ada fan page lagi. Wahh untunglah retiss"
"Untunglah Shila Amzah follow twitter dia. Retis la katakan"
"Nazimm retisss sebab masuk dalam video clip falling in love. Untunglahh"
Tahukah anda. Cewahhh.. Korang pernah dengar tak amenda tu retis? And korang tahu tak menatang mende retis tu? *soalan same padahal*
Retis tu adalah daripada perkataan ARTIS.. Biasanya Retis ni digunakan kepada orang-orang biasa yang popular.. Popular di twitter, facebook mahupun ditwitter.. Ada juga yang popular sebab di-featured oleh mana-mana media..
Cth: Siti Nurhaliza (Artis) | Nazim Nasri (Retis)

TAG: My Celebrity Crush.

Assalamualaikum. 


 


11 THINGS ABOUT ME
> Lahir pada 01 April 1993
> Suka makan banyak-banyak sampai buntal.
> Twitter addicted. Like seriously kalau takde twitter seems like my life is empty. lol
> Suka dengar lagu sampai bosan. Patutnya time bosan la dengar lagu kan -..-"
> Peminat tegar Siti Nurhaliza dan Shila Amzah.
> BIRU adalah warna kegemaran. wohoo~
> Suka gelak kuat-kuat macam kena histeria.
> Love to make friends.
> Saya ni gemuk pendek. hihi. Katek gittew.
> Pengguna blackberry. hewhew
> Saya bukan Retis

YOUR CELEBRITY CRUSH
 

YOUR FAVORITE WEATHER


BIRD or BUTTERFLIES


YOUR FAVORITE SUBJECT
PENDIDIKAN 
ISLAM

YOUR FAVORITE FOOD


CHOCOLATE or COFFEE


YOUR FAVORITE SONG

YOUR FAVORITE NOVEL


Monday, November 7, 2011

@OfficialKimora with Malaysian Police.


Magad tingginya.. hewhew. Aku tak berkesempatan nak jumpa the #fabulosity Kimora. Sebab tak berapa follow perkembangan dia. Shes very awesome people. Shes adorable, humble and friendly.

Helloooo Malaysia! It feels so great to be back. Today I arrived in Kuala Lumpur and dove head first into Fabulosity when I was lead by a police escort to an event hosted by E! Asia celebrating the emergence of the modern woman in Asia....(read)


Untunglah jadi Polis kan? Boleh jumpa artis luar negara.  Nak jaga kawasan. Perghh envy siakk. T__T
Aku dapat tahu Kimora bagi pass percuma kat peminat dia untuk berjumpa dengan dia. See murah hatinya supermodel ni. Kalau Kim Kardhisian, nak amik autograph pun kena bayar. T__T

Welcome to Malaysa Kimora. Aku Cinta Kamu #Fabulosity . Datuk Siti Nurhaliza juga berkesempatan berjumpa dengan Kimora and dapat menyerahkan album terbaru dia All Your Love. Woahh best gilah..

Gambar Anak Justin Bieber.

image


Dikenali sebagai Tristyn Anthony Markhouse Yeater, bayi berusia empat bulan itu dikendong ibunya, Mariah Yeater, di sebuah taman awam di Los Angeles.

Mariah, 20, mendakwa dia mengadakan hubungan seks dengan Bieber di belakang pentas selepas penyanyi remaja terbabit menamatkan satu daripada konsertnya tahun lalu.

Mariah menuntut mahkamah mengarahkan Bieber, 17, membayar  RM848,781 untuk menyara bayi lelaki itu. Justin diarahkan menjalani ujian darah hujung tahun ni bagi mengetahui status sebenar hubungan Bieber dengan Tristyn. – Hmetro