Korang pernah terfikir tak tentang kepentingan nama masing-masing? Pernah tak tanya kat parents kenapa nama kamu semua macam tu :)
Nama merupakan pengenalan bagi seseorang. Setiap perkenalan selalunya akan dimulai dengan memberitahu nama terlebih dahulu dan kadang-kadang kesilapan menyebut atau mengeja nama menjadi isu yang sangat sensitif.
Suatu hari, Nabi S.A.W pergi mengunjungi rumah anaknya Fatimah yang baru melahirkan seorang anak lelaki. Kegembiraan kelihatan terpancar di wajah baginda. "Mana cucuku, apa nama yang kau berikan?" demikian Nabi s.a.w berkata sesampai baginda di rumah Fatimah.
"Aku berikan nama 'Harba', "jawab Ali bin Abi Thalib sebagai ayah kepada cucu baginda yang baru lahir itu.
"Namailah beliau Hasan,"kata Nabi s.a.w pula.
Lalu dinamakan cucu itu dengan nama Hassan bin Ali. Nama 'Harba' yang diinginkan Ali membawa maksud peperangan, kerana beliau sememangnya terkenal dengan semangat jihad dan sedia berjuang di medan jihad.
Tetapi Nabi tidak menyetujuinya walaupun hasrat Ali itu baik. Nama Hassan yang digantikan pula membawa erti "baik" , namun Ali dan Fatimah gembira di atas kurniaan Allah itu.
Beberapa tahun kemudiannya Fatimah melahirkan seorang lagi anak lelaki. Bapanya Ali bin Abi Talib memberikan namanya 'Harba'. Ketika Nabi s.a.w mengunjunginya Nabi bertanya "perlihatkan cucku kemari, apa nama yang kau berikan. " Harba," jawab Ali bin Abi Talib.
"Seeloknya namakan beliau Husein," jawab Nabi s.a.w mengantikan nama yang diberikan Ali. Bagaimanapun kedua-duanya (Ali dan Fatimah) bersetuju atas nama tersebut yang keduanya bererti baik. Nama inilah yang tetap terkenal sehingga ke hari ini.....
Oleh yang demikian, kita sebagai ibubapa mestilah menamakan anak dengan nama yang baik. InsyaAllah.
Aku baru tersedar tentang perkara ni baru lagi. Dalam minggu lepas kot sewaktu bersembang dengan komuniti. Dia cerita-cerita pastu tanya nama penuh aku. Sebenarnya nama kita ni ada kekuatan dia. Nama kita melambangkan diri kita da kita perlu menjadi sehebat nama kita. Faham tak?
Ok, aku bagi contoh nama aku. Muhammad Nazim.
Muhammad:-Yang Terpuji
Nazim:- Penyajak (orang baca sajak)
Aku ambil nama Nazim tu yer. Okay. Nazim. Maksudnya PENYAJAK. Kalau kita tengok kan, penyajak ni suka berhujah, berkata-kata dan lantang. So untuk mencari identiti sendiri, kita kena refer kepada nama kita. Aku ni pendiam, kalau dah ada nama yang bermaksud penyajak, aku perlu jadi individu berdasarkan nama aku tu. T__T
Korang try lah discover nama masing-masing dan mencari kekuatan serta identiti melalui nama. Lagi satu, kalau nak bagi nama anak-anak jangan bagi nama yanga pelik-pelik dan tak ada maksud. Takut kat akhirat nanti, dipanggil last sekali.
5 comments:
these are so lovely infos..i've heard these before..pantasan old people sering menasihati ibu bapa supaya menaruh nama2 elok buat anak masing2 kerna setiap nama membawa pengaruh ke dalam diri..emm, thanks for sharing here too us! kmu gemar bersajak kah?
p/s: salam maal hijrah for you!
my name meaningless. k bye.
@Rtp Farra Arisha Last bersajak masa darjah berapa tah haha.
salam maal hijrah :)
@aslann as Litshaa kbye
kaan! biasanya kita akan menjadi ssorg yg kontra dengan nama kita, sbb kita kene bersusaha untuk mencapai maksud nama itu! ;)
Post a Comment