Wednesday, February 27, 2013

Hanez Suraya sudah single?!!

Biar benar?!
Bukankah Hanez Suraya dan Awi Rafael merpati dua sejoli?
Mungkin tiada jodoh barangkali. hmm
Tapi silalah kembali bersama kalau diizinkan Tuhan.

Semoga panjang umur dan murah rezeki.
Lumrah orang bercinta :)

P/s: asalkan aku okay!!

Monday, February 25, 2013

Saya beli nasi lemak ni dengan sepotong doa.

Minggu lepas kan dah start pemberian BR1M, macam-macam lah orang kita ni cakap kan. Macam haiwan kena suap makanan lah, gila duit lah ape lah. Tapi tetap ambil jugak kan?. haha biasalah Melayu. 

Oh anyway tak salah pun ambil duit yang Kerajaan bagi tu. Orang dah nak bagi, ambil jelah. Kan berdosa kalau tolak rezeki. Kalau baca pengajaran dalam surah Yaasin ayat 47 yang menceritakan pasal derma, kita akan dapat bahawa kita boleh menerima duit/derma/sedekah daripada sesiapa pun, termasuk orang kafir yang berdagang maksiat, menjual arak dan makanan tidak halal. 

Memang lah duit tu duniawi semata, amalan & pahala tu akhirat. Tapi kenalah rasional and seimbang sikit. Takkanlah nak jadi macam ni:

 "Makcik, saya beli nasi lemak ni dengan doa. Kuih ni saya bayar dengan zikir, air tu saya beli pakai selawat k?"

Sekarang dah tahun 2013, term duit bukan segala-galanya dah tak boleh pakai. Fikir lah secara logik dan realistik, nak hidup macam mana kalau tak berduit kan? Itu sebab suruh cari rezeki, bukan tunggu kena suap je. Fikir lah luas-luas sikit. Melayu tak maju sebab polisi penjajah. Tapi Malaysia dah lebih 50 tahun merdeka, takkan nak salahkan sejarah kot?

Semoga Allah murahkan rezeki kita semua. insya-Allah.


Wednesday, February 20, 2013

Mintak tolong hormat Azan.

Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud:
"Hendaklah kamu mediamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."

Walaupun tak dinyatakan hadis ini berasal dari mana dan khuatir hadis ini adalah hadis daif. Sila ambil dari sudut positif. Tapi Allah pernah cakap, semasa Azan dilarang bercakap walaupun mengucapkan Alhamdulillah selepas bersin. Kita hanya boleh menjawab azan sahaja, selain daripadanya adalah tidak dibenarkan.

Hormat. Itu sahaja.
Kalau kita diajar untuk berdiri tegak dan hormat lagu Negaraku dan bendera Malaysia. Kenapa tidak azan?

Dalam hidup kita ni ada dua sahaja panggilan daripada Allah.
1. Panggilan mengerjakan ibadah (solat).
2. Panggilan sakaratulmaut.

Anggap sahaja bilal yang melaungkan azan tu adalah wakil Allah untuk mengerjakan solat. Tak rasa biadab dengan Allah ke bila Allah panggil kita untuk menghadapnya, tapi kita masih berbual-bual?

Ketahuilah bahawa setiap satu waktu solat, ribuan bilal seluruh dunia akkn melaungkan azan dan mengakui "Bahawa Allah sahaja yang layak disembah, dan Nabi Muhammad itu adalah persuruh Allah."

Cuba bayangkan masa kita tengah nazak,
Allah kelukan lidah kita. Dan kita tak boleh sebut.
"Lailahaillallah"

P/s: Kalau ada kesilapan dlm entry ni mohon perbetulkan. Wallahualam.

Tuesday, February 19, 2013

Nampak sama, tapi bukan dia.

Lokasi: Bilik Termenung (jamban)
Mood: Membobos (berak)

Hahahahahahahahahahha.
Saje suka-suka :)

Saturday, February 16, 2013

"Biarlah apa orang nak kata" -Siti Nurhaliza

"You like Siti, you don't like Siti, you hate Siti. You cannot deny the fact that she can sing."

*nak fikir intro je dah 15 minit*

Bukan nak puji dia.
Sebab semua orang tahu apa yg dia miliki harini.
Bangga dengan keperibadian diri dia yang tak pernah bermegah-megah.

Sifat merendah diri yang tak pernah jauh dari diri dia.
Tu sebab dia tak kisah kalau dipanggil Siti tanpa ada pangkal Dato'.

"Biarlah apa orang nak kata." - Siti Nurhaliza.
(Royal Albert Hall London, 2005)

P/s: Awal-awal lagi aku dah dapat hadiah istimewa daripada Dato' Siti Nurhaliza. Tunggu lah 1 April nanti ye hihi :))

Thursday, February 14, 2013

Meletakkan diri serendah tunduknya padi kebumi.

Dari setitik benih menjadi sekujur manusia.
Dari campuran tanah, menjadi jasad.
Pernah dengar cerita tanah tak izinkan dirinya untuk dijadikan manusia?
Atas perintah Allah s.w.t, tanah akur dengan permintaan yang Maha Berkuasa.

Bagaimana sakit kena pijak yang dirasakan tanah.
Setiap hari kita memijaknya.
Dengan bongkak atas nama manusia.
Jangan marah jika diri dihimpit tanah sewaktu di barzakh.

Tunduk dan rendahkanlah hati.
Sampai bila nak dabik dada.
Pepatah ada berkata:
"Jika mahu melihat peribadi dirinya, berilah dia kuasa."

Selagi tak dapat menjulang agama Allah,
Seperti kekasihnya Muhammad S.A.W
Yang kekal diingati walaupun telah pergi..
Jangan pernah bangga diri.

Lokasi: Bilik bujang
Mood: Tunggu maghrib
14 Feb 2013

Wednesday, February 13, 2013

Aku ingat dia sampai sekarang!

Indah syurga pasti banyak ceritanya. Indah dunia cuma sementara.
Mahukah dirimu kekal diingati?
*senyum*

Dibumi kita dikasihi,
Dilangit kita dirai,

Tiket bahagia selalu berganda.
Ada tersimpan wajah isteri di fikiran.
Terakam bicara ayah dalam hidup si anak.
Terdengar bicara ibu dalam diri kita yang mengasihi.
Kita mahu diingati untuk selama-lamanya dalam ingatan orang yang tersayang.

Satu pesanan yang paling kerap didengari,
"Jangan pernah menyakiti hati seseorang"
Mahukah kita kekal diingati kerana selalu menyakiti sesama insan?


Bilik tidur bujang.
13 Feb 2013.

Tuesday, February 12, 2013

Ass-ingment

Assignment.
Kena siapkan akhir bulan ni.
Parah kepala otak. Hmm
Tension sebab tak ada laptop.
Harapkan galaxy note nak cari maklumat je.

Ya Allah,
Permudahlan segala urusan.
Aamiin.

Friday, February 8, 2013

Datin Norjuma Habib bercerai?

rasa rasanya figura yang paling kerap dicari maklumatnya dalam internet kebelakangan ni adalah bekas pengacara TV3 iaitu Datin Norjuma bt Habib. Datin Juma adalah isteri kepada Datuk Nazim Razak iaitu adik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. entah kenapa dalam kunci carian nama Norjuma Habib paling kerap dicari. hmm

bulan-bulan lepas ada keluar cerita yang bekas personaliti TV3 bercerai. tapi tak diketahui siapakah gerangannya. tapi nama Datin Juma yang timbul. macam2 lah kan bila dah terkenal waaaupun setahun dua, tapi orang tetap nak tahu kisahnya walaupun dah pencen masuk TV.

last time jumpa Datin Juma masa bulan puasa dua tahun lepas lat KLCC. masih cantik mcm dulu masa mula2 muncul kat TV. kalau tak silap majalah hijabista keluaran bulan lepas ada gambar Datin Juma dgn Natasha Hudson sebagai cover girl.


p/s: takde siapa yg berani bukak cerita sebab takut ada pihak saman hmm...

Wednesday, February 6, 2013

Artis Malaysia Mirip Artis Antarabangsa.

Kata orang kat dunia ni ada 7 orang yang muka lebih kurang selain daripada saudara kembar. Mesti pernah kan kalau masa jalan-jalan kat luar kita tersalah tegur orang sebab kita ingatkan tu kawan kita atau orang yg kita kenal. hahaha.

Kat Malaysia ni pun belambak lambak artis yang muka familiar. Kata kawan-kawan muka saya seiras Shahz Jaszle dan Randy Pangalila. Paling busuk pun orang kata muka saya  macam pelakon Running Man tu si Jong Kook . hahaha betul ke bohong? :p

Kat bawah ni gambar-gambar artis wanita popular yang telah di make over dan menyerupai artis antarabangsa. wohooo

Photo: Izara Aisyah as Selina Gomez for WW Magazine..
Samalah.......
Izara Aishah sebagai Selina Gomez

Photo: Mizz Nina as Lady Gaga for WW Magazine
Mizz Nina sebagai Lady Gaga

Ezlynn sebagai Nicky Minaj

Nora Danish sebagai Saloma


P/s: Oh anyway Saloma adalah artis antara benua. hehehehe