Monday, February 25, 2013

Saya beli nasi lemak ni dengan sepotong doa.

Minggu lepas kan dah start pemberian BR1M, macam-macam lah orang kita ni cakap kan. Macam haiwan kena suap makanan lah, gila duit lah ape lah. Tapi tetap ambil jugak kan?. haha biasalah Melayu. 

Oh anyway tak salah pun ambil duit yang Kerajaan bagi tu. Orang dah nak bagi, ambil jelah. Kan berdosa kalau tolak rezeki. Kalau baca pengajaran dalam surah Yaasin ayat 47 yang menceritakan pasal derma, kita akan dapat bahawa kita boleh menerima duit/derma/sedekah daripada sesiapa pun, termasuk orang kafir yang berdagang maksiat, menjual arak dan makanan tidak halal. 

Memang lah duit tu duniawi semata, amalan & pahala tu akhirat. Tapi kenalah rasional and seimbang sikit. Takkanlah nak jadi macam ni:

 "Makcik, saya beli nasi lemak ni dengan doa. Kuih ni saya bayar dengan zikir, air tu saya beli pakai selawat k?"

Sekarang dah tahun 2013, term duit bukan segala-galanya dah tak boleh pakai. Fikir lah secara logik dan realistik, nak hidup macam mana kalau tak berduit kan? Itu sebab suruh cari rezeki, bukan tunggu kena suap je. Fikir lah luas-luas sikit. Melayu tak maju sebab polisi penjajah. Tapi Malaysia dah lebih 50 tahun merdeka, takkan nak salahkan sejarah kot?

Semoga Allah murahkan rezeki kita semua. insya-Allah.


No comments: