Wednesday, February 20, 2013

Mintak tolong hormat Azan.

Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud:
"Hendaklah kamu mediamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."

Walaupun tak dinyatakan hadis ini berasal dari mana dan khuatir hadis ini adalah hadis daif. Sila ambil dari sudut positif. Tapi Allah pernah cakap, semasa Azan dilarang bercakap walaupun mengucapkan Alhamdulillah selepas bersin. Kita hanya boleh menjawab azan sahaja, selain daripadanya adalah tidak dibenarkan.

Hormat. Itu sahaja.
Kalau kita diajar untuk berdiri tegak dan hormat lagu Negaraku dan bendera Malaysia. Kenapa tidak azan?

Dalam hidup kita ni ada dua sahaja panggilan daripada Allah.
1. Panggilan mengerjakan ibadah (solat).
2. Panggilan sakaratulmaut.

Anggap sahaja bilal yang melaungkan azan tu adalah wakil Allah untuk mengerjakan solat. Tak rasa biadab dengan Allah ke bila Allah panggil kita untuk menghadapnya, tapi kita masih berbual-bual?

Ketahuilah bahawa setiap satu waktu solat, ribuan bilal seluruh dunia akkn melaungkan azan dan mengakui "Bahawa Allah sahaja yang layak disembah, dan Nabi Muhammad itu adalah persuruh Allah."

Cuba bayangkan masa kita tengah nazak,
Allah kelukan lidah kita. Dan kita tak boleh sebut.
"Lailahaillallah"

P/s: Kalau ada kesilapan dlm entry ni mohon perbetulkan. Wallahualam.

No comments: