Dari setitik benih menjadi sekujur manusia.
Dari campuran tanah, menjadi jasad.
Pernah dengar cerita tanah tak izinkan dirinya untuk dijadikan manusia?
Atas perintah Allah s.w.t, tanah akur dengan permintaan yang Maha Berkuasa.
Bagaimana sakit kena pijak yang dirasakan tanah.
Setiap hari kita memijaknya.
Dengan bongkak atas nama manusia.
Jangan marah jika diri dihimpit tanah sewaktu di barzakh.
Tunduk dan rendahkanlah hati.
Sampai bila nak dabik dada.
Pepatah ada berkata:
"Jika mahu melihat peribadi dirinya, berilah dia kuasa."
Selagi tak dapat menjulang agama Allah,
Seperti kekasihnya Muhammad S.A.W
Yang kekal diingati walaupun telah pergi..
Jangan pernah bangga diri.
Lokasi: Bilik bujang
Mood: Tunggu maghrib
14 Feb 2013
No comments:
Post a Comment